ilham Ma'mum

Isnin, 2 Ogos 2010

Kembara Hikmah Langkawi =)



NajmeeQamar

Lailahaillah Muhammadur Rasulullah =)

Bismillah permulaan kembara ana ke Pulau nun Langkawi..bermatlamatkan Allah, demi cinta agung, ana memulakan langkahan kembara ke sana buat kali kedua selepas 12 tahun yang lepas. Berzikir dan berfikir hikmah musafir menuntut kekuatan rohani dan jasmani. Penerokaan ziarah ana ke sana ingin bertemu sahabat yang dirindui, walau ada keje sedikit di sana ..sekian lama tidak ketemu. Berjalan-jalan sekitar Pulau Langkawi menyimpan seribu hikmah..melihat betapa besar keagungan ciptaan Allah, membuka mata dan hati ana untuk sentiasa tunduk merendahkan hati sebagai hambaNYA yang tidak punya apa-apa. Satu kisah yang menarik di sana adalah segala yang di rancang oleh Allah itu sangat manis dan lazat. Ana merancang untuk menziarahi Akh Zulfakhri merupakan anak jati Langkawi jika sampai di jeti pulau. Setiba di jeti untuk berangkat ke feri..Allah mengizinkan kami bertemu di situ, ana tak menyangka kami akan bertemu. Alhamdulillah tersenyum tergelak2 bila ketemu kerana dahulunya kami sebilik sekuliah di Universiti. Banyak kisah antara kami sebagai roommate, menyimpan kisah suka duka sebagai Mahasisiwa Muslim =)


Kita sebagai Muslim digalakkan supaya mengembara untuk mencari ilmu, kembara ilmu secara tidak formal atau formal tidak jauh bedanya, keyakinan kita melalui pengembaraan untuk mempelajari sesuatu yang belum kita ketahui. Segala ilmu itu hanyalah milik Allah Taala, kita ini adalah musafir atau pengembara di atas dunia. Pengalaman, cerita2 dan kisah2 yang kita lalui itu jua merupakan satu sistem tarbiyatun nafs untuk menambah koleksi-koleksi amal sebagai bekalan akhirat yg kekal abadi.
Mengingatkan ana bahawa dalam sabda Baginda SAW :
" Dan sesipa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan maka Allah akan menempuh satu jalan untuknya ke syurga" (Riwayat Muslim)

Kembara ini ana berkongsi bersama agar ada manfaatnya, ada ilmunya, ada sukanya, ada dukanya sepanjang perjalanan...(<<.)




Sewaktu dalam perjalanan, kami mengharungi beberapa kisah tepi lebuhraya yang agak menarik. Sempat jua ana tangkap sisi gambar ini sebuah lori treler yang membawa muatan gula prai terbakar di tepi jalan, patut la harga gula mahal..para pekerja sedang sibuk mengutip gula-gula yang bertaburan. Dalam fikiran ana, mungkin ini alasan suruh kita kurangkan makan gula, ubah gaya hidup...hmmm =} sebelum itu kami melihat sebuah MPV Alphard terjatuh ke dalam gaung yang meragut 4 orang penumpang di kilometer berdekatan Gua Tempurung. Trak tunda kelihatan sedang menarik keluar kendeaan tersebut, remuk teruk..dalam hati innalillah wa inna ilaihi rajiun...ana berdoa dalam hati, Allahummakhtim li bi khusnil khotimah aminnnn...



Separuh perjalanan sudah ditempuhi, kini melalui Pulau Pinang. Kesesakan mulai membanjiri jalanraya. Ana pernah singgah di Pulau Pinang, mengimbau program-program motivasi Asaexplore bersama-sama adik2 di Sg.Ara, Kepala Batas dan Taman Senangan hihi ape yang adik2 buat sekarang ni ye moga jadi insan yang berbakti buat ibu ayah. Berbakti pada mereka sementara masih ada di dunia, riangkan hati mereka, tanpa mereka mustahil kita boleh merasai kehidupan hingga kini, Teringat jua Bro.Anis dan family sempat melawat mereka dengan anak-anak kecilnya yang comei2...tapi baby baru tak sempat nak tengok lagi inshaAllah ana pasang niat dulu hihi Apabila kita mengembara banyak sisi ilmu dan ibadah yang kita perlu praktikkan dan ketahui. Pertamanya Solat Jama' Qasar yg disyariatkan kepada umat Muhammad SAW untuk memudahkan perjalanan Musafir2. Solat merupakan tunjang menjadi kewajipan bagi setiap Mukallaf. Perjalanan yg jauh menuntut ketenangan jiwa dan hati..antara jarak2 itu kita sebagai hamba memerlukan masa dan ruang bagi pemanduan yang cermat dan berhati-hati agar matlamat untuk tiba ke destinasi dengan selamat inshaAllah.

Gagasan Hadith ini jelas menerangkan hikmahnya :
" Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda : Solat lima waktu dan solat Jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa di antara jarak waktu masing-masing " (Riwayat Muslim)




Perhentian inilah ana bertemu dengan Akh Zul, terkejut juga kerana tak sangka jumpa di jeti. Beliau dari KUIN yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman ketika itu. Kami seferi la nampaknya. Bila dah bertemu banyak mulut pulak ana ni hihi bertanya khabar kerana masing-masing lama jua tidak ketemu. Kini beliau belajar di Kolej Universiti Insaniah di Kedah. "Uthlubul ilma minal mahdi ilal lahdi" jadilah penuntut ilmu yang setia menuntut ilmu..tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Walau di mana kita menuntut ilmu, jauh atau dekat bergantung jua pada tuan punya diri. =)



Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Kareem :
(Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan.") (An-Naml: 93)

Pantai pepasir nan memutih, halus bagai memijak permaidani
Bumi ini tuan bertuah, pemilik Allah sentiasa abadi

Angin memukau membadai lautan, pasir menyinggah di pesisir muara
Sedih menangis disisi kecintaan, Betapa besar rahmah barakahNYA




Berkenderai kereta kepunyaan Akhi Zul, kami bersolat jumaat di Masjid berdekatan. Selesai menunaikan kewajipan sebagai muslim kami pun bersiar-siar sebentar sekitar Langkawi. Kelihatan syabab2 maahad tahfiz dalam perjalanan pulang ke pondok mereka. Di Langkawi, zikir selepas solatnya agak berbeza sedikit. Namun begitu ia tidak membezakan apa-apa kerana akidah itu perlu sama tiada beda...aqidah ahlus sunnah wal jamaah. Kemudian Akh Zul mengajak ana ke kawasan Cable Car, alangkah sedih tak dapat nak naik kerana cuaca tidak mengizinkan..la baksa inshaAllah lain kali amin =)
Antara pic di sana.


Pintu Gerbang Cable Car


Gunung Machinchang yang tinggi nun..subhanallah


Asam-asin yang memikat hati..=)


Memberi ikan2 makan (asam asin yang kami tak habis, bagi kat ikan2 makan hihi)


Rakus ikan2 ni makan..minat asam rupanya =)


Peta lokasi Cable Car


Baby comel yg bernama Dia Khairin..sempat bergambar bersama di jambatan hihi


Rusa-rusa yang jinak terdapat di Taman sekitar kawasan Cable Car.


Alhamdulillah, kami bertemu di Langkawi..Akh Zul dan Akh Syihab yang pada masa yg sama ada program hari keluarga sekolahnya. =)


Sebelum berpisah kami menyantap Laksa yang familiar kat kaw langkawi ni..Laksa Power.

Tidak memadai sekadar berjalan2 saja, sempat jua ana mengisi masa dengan teman setia yg bernama kitab, sebagai bacaan menambah sedikit2 ilmu di jiwa. Alangkah rugi waktu itu di sia-siakan. Bacaan sebelum melelapkan Uyuni mata sebenarnya hihi kadang-kadang buku yang baca kita.(<<,)Allah menciptakan malam untuk hamba-hambaNya berehat dan siang untuk bekerja mencari rezeki. Mencitakan kedua-duanya untuk keredhaanNYA.
Jelas dalam al-Quran " Tidak AKU menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKU (ALLAH) "







Kucing yg berjaya mencuri tumpuan ana di Beras Terbakar =)

Pada pengembaraan seterusnya, ana ke Beras Terbakar..kisahnya begini pada zaman dahulukala, Siam datang untuk menawan Pulau Langkawi. Pada masa itu, padi merupakan penanaman utama di Langkawi. Pakatan Ketua dan penduduk kampung untuk mengelak padi mereka dirampas dan diambil oleh Siam, mereka menggali satu lubang besar dan membakar padi secara besar-besaran di situ. Kini padi2 atau beras2 yang terbakar dah tiada hanya sebagai tapak pembakaran beras sahaja. Sempat ana jalan2 padang Ma'sirat beli2 sedikit ole2 untuk keluarga. Suasana agak hambar sedikit kerana kawasan pelancongan di situ sudah semakin tidak mendapat sambutan. Keletihan berjalan-jalan ana singgah membasahi tekak yang kering..air nyo'@kelapa menjadi mangsa kehausan yang melanda =)

Kalau ana ceritakan semuanya, tiadalah lagi rahsia hihi rahsia Allah menjalankan KEKASIHNYA Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Masjidil AQsa jua tidak secara detailnya diperincikan namun hikmah kembara yang ingin dibuktikan dalam peristiwa itu ialah pengsyariatan Solat serta Perjalanan yang berbentuk keyakinan dan aqidah tentang kebesaran Allah Taala yang menolak kemustahilan. Bagaimana manusia kini boleh berfikir untuk menciptakan roket yang boleh menerjah ke ruang angkasa, sedangkan peristiwa isra' dan mi'raj pula menuntut keimanan kita supaya mempercayai alam ghaib yang maha luas menaiki Buraq yang jauh lebih hebat..Allahuakbar!!!





Souq el-lail yg bersinar2..ma'kulat (makanan) arab pun ada kat sini.


Berniaga kecil-kecilan sedikit =)


Khadaik Halawaah (Taman Coklat2) (<<,)v


Masa ana masuk kedai Cokelat ni..terkejut tengok cokelat banyak..juling mata tengok hihi sakit gigi la pasni adik2 ana =)

Sebelum bergerak pulang sahabat ana sempat bawa ana gi umah pemilik kilang gamat Warisan Salju. Dapatlah beli sedikit dengan harga diskaun =) Anak-anak Pemilik Gamat comel2 belaka dan kelakar..masa kami datang memang excited sangat hihi


Berdekatan Kilang Gamat ada markas PAS Kg. Bayas merupakan markas utama di Pulau Langkawi..Allahuarbar!!!


Pemandangan Gunung Jerai..semasa perjalanan pulang daripada Pulau Langkawi.


Pengembaraan yang memenatkan ini menyimpan kisah suka dan duka. Ana memang suka mengembara menjadi impian untuk mengembara ke Timur Tengah dan negara2 luar. Melihat sendiri kebesaran Allah, pelbagai bangsa dan agama, tatacara hidup dan adat, Islam itu sebagai cara hidup...yang memenuhi fitrah insani. Semoga kembara-kembara ini mengerlipkan cahaya-cahaya mencintaiMU. Siapalah ku ini Ya Allah hanyalah hambaMU yang kerdil...(~~.)

Buat sahabat2 semua, mengembaralah mencari cinta~ =)

2 ulasan:

  1. assallamualaikum...teruskan mewarnai minda dan mewangikan persekitarannya .
    Alhamdulillah.

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...