Kunjung ke Blog Saya
Selasa, 31 Ogos 2010
Nuskhah Musafir Ramadhan (~~,)
NajmeeQamar
Assalamualaikum sahabat2..lama antum menunggu ana menulis cerita di sini? perasaan rindu ana untuk menaip segala cerita bulan Ramadhan yg barkah ini. Sudah hampir ke penghujung Nuskhah Ramadhan kita lalui, pantas sungguh masa malarikan diri meninggalkan insan-insan yang lalai akan kebesaran bulan ini, tetapi pantas lagi terasa bagi mereka-mereka yang memenuhi bersesak ke BAZAAR Ramadhan, Tetapi pada hakikatnya malah lebih pantas lagi buat Mujahid-Mujahid dan Mujahidah-Mujahidah yang berpusu-pusu tanpa keluh dan kesah ke GEDUNG-GEDUNG IBADAH, menyinari malam-malam dengan lampu-lampu sentir dan neon rindu pada Allah Taala, menanti..mencari dan memburu satu malam yang lebih ampuh dari seribu bulannya "Lailah al-Qadr"
Para Muhaddithin yg Ma'ruf seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, At-Turmudzi dan Ibn Majah meriwayatkan satu gagasan hadith sabda Baginda Rasulullah SAW : "Carilah malam Lailatul Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadhan"
Pendapat al-Faqih Imam As-Syafie menyatakan bahawa jatuh malam Lailah al-Qadr itu pada malam 27 Ramadhan ini disokong jua oleh Imam-Imam Mazhab yg lain. Imam Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa suasana malam Lailah al-QAdr itu tenang, damai, tidak panas dan tidak dingin, Sumber Sahih Muslim ada meriwayatkan lebih 70,000 Malaikat akan turun ke bumi daripada Sidratul Muntaha, Para Malaikah ini membawa rahmatb Allah akan mengunjungi rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang islam.
Bila Ramadhan ini, mengingatkan ana pada saudara2 kita di Palestin..walau terpenjara oleh tembok2 Yahudi Laknatullah, namun jiwa mereka bebas meraikan HARI RAYA "Ramadhan Kareem" dengan meriahnya walaupun dalam keadaan kekurangan. Doa antum dan sedekah antum amatlah diharapkan, bukan mohon simpati tetapi tanggungjawab kita sbg Muslim, Lancarkan derma Jihad antum krn bulan Ramadhan inilah amal ibadah kita diterima tanpa hijab, Allah Taala membuka seluas2 pintu rahmat dan barkat. Begitu jua Ikhwah kita di Pakistan yang kini dilanda musibah. Sama-sama kita ringankan beban yg mereka tanggungi sekurang-kurangnya mereka melakar senyuman dengan sedekah kecil yg kita lakukan amin..inshaAllah =)
Sabda Rasulullah SAW :
" HARTA TIDAK AKAN BERKURANGAN DENGAN SEBAB BERSEDEKAH, DAN ALLAH AKAN MENAMBAHKAN KEMULIAAN BAGI HAMBANYA YANG PEMAAF DAN ORANG YANG BERTAWADHU', AKAN ALLAH ANGKAT DARAJATNYA " ( Rawahu Muslim )
Selama 15 hari, ana keluar bermusafir keliling satu Jazirah(Semenanjung) Malaysia mengungkap pelbagai al-kesah Ramadhan, perit getir lelah dan gembira..mencorakkan perbezaan Ramadhan yg ana lalui sebelum=-sebelum ini. Ana yakin dan percaya perancangan Allah Taala memilih ana menyusuri jalan dakwah ini melalui satu pengembaraan yang tidak dapat diungkapkan. Secara panjang lebar memang memakan masa dan waktu..inshaAllah ana akan qasr(pendek) kan nya perihal Musafir lillah yang ana layari sepanjang 2 minggu lebih di perantauan dan negeri orang. Ini tempoh atau masawaat yang panjang selepas pengembaraan ana ke bumi Morocco 3 tahun yang lepas. Tugasan Musafir ana ini sangatlah berbeza dengan tugasan yg lepas, sambil mengembara ana bersama sepasukan rakan kerja akan memasak BUBUR LAMBUK disetiap persinggahan yg kami lalui.
Sebanyak 14 tempat persinggahan destinasi bubur lambuk yang mesti kami sediakan, 5 periuk setiap tempat, membungkus lebih kurang 2500 bungkus sehari, 6 hingga 8 jam tempoh menyediakannya daripada penyediaan alatan, mengangkat, menurunkan dari lori, menghidupkan unggun api, menumis rempah ratus dan mendidihkan air, memotong mencincang daging bawang halia, mengaul menunggu hingga beras kembang, sauna kepanasan mentari + kepanasan unggun, kekeringan tekak yg serius, berpanas hujan dingin dan mendung, hinggalah kebungkusan, kepanasan bubur berwap-wap, akhirnya kelegaan dan kepuasan memberi pada para jemaah masjid dan qaryah, tersenyum simpul memdapatkan bubur lambuk, kami percaya pada melalui Kalamullah ini :
" dan belanjakan hartamu di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu sendiri ke lembah kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (al-Baqarah : 195)
kalau mahu diceritakan setiap persinggahan ada ceritanya, ada manis ada pahit ada duka, namun segalanya adalah kisah yang Allah tuliskan sebagai ujian, menguji hambaNYA yang taat dan sabar. Walaupun penat dan lelah, ada sabar dan tabah, ada gula dan garam, ada sunyi dan ragam, detik yang layu bertukar detik syahdu, rasa takut dan berani, rasa sedih dan happy hihi =)Segalanya ini untukMU ya Allah, ana menggagahkan diri pengorbanan dugaan cabaran di bulan pose tahun ini, ada kisahnya nanti ana bukukan hihi taklah ana ceritakan ye..Salam Ramadhan Kareem, bersama ini ada sisipkan sedikit gambar2 Musafir ana, moga amalan kita diterima Allah amiiiin Ya Robbb (^^.)/
Setiap tempat ada kisahnya..ni la antara tempat2 Bubur Lambuk =)
Rembau, Nogoie SomBilan
Masjid Ar-Rahman, Merlimau Melaka
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai Johor
Masjid Dato' Ghulam, Mersing Johor
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin Pahang
TTC, Kuala Terengganu tapi ni kat Bandar Kuala Terengganu
Masjid Daerah Kubang Batang, Tumpat
Menara Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas
Masjid Daerah Taiping, Perak
Masjid Daerah Tapah
MaLaM LaILaH Al-QaDr, LaILah SeRibu BuLAn yg Ahyar, Ketenteraan Malaikat dan Ruh BeLAyar, Izin Allah Maha Agung al-Akbar, SaLAm..SeNtosa..RahMat..BarKah hingga FAjaR...Airmata BErtASbIH Lah..
Isnin, 2 Ogos 2010
Kembara Hikmah Langkawi =)
NajmeeQamar
Lailahaillah Muhammadur Rasulullah =)
Bismillah permulaan kembara ana ke Pulau nun Langkawi..bermatlamatkan Allah, demi cinta agung, ana memulakan langkahan kembara ke sana buat kali kedua selepas 12 tahun yang lepas. Berzikir dan berfikir hikmah musafir menuntut kekuatan rohani dan jasmani. Penerokaan ziarah ana ke sana ingin bertemu sahabat yang dirindui, walau ada keje sedikit di sana ..sekian lama tidak ketemu. Berjalan-jalan sekitar Pulau Langkawi menyimpan seribu hikmah..melihat betapa besar keagungan ciptaan Allah, membuka mata dan hati ana untuk sentiasa tunduk merendahkan hati sebagai hambaNYA yang tidak punya apa-apa. Satu kisah yang menarik di sana adalah segala yang di rancang oleh Allah itu sangat manis dan lazat. Ana merancang untuk menziarahi Akh Zulfakhri merupakan anak jati Langkawi jika sampai di jeti pulau. Setiba di jeti untuk berangkat ke feri..Allah mengizinkan kami bertemu di situ, ana tak menyangka kami akan bertemu. Alhamdulillah tersenyum tergelak2 bila ketemu kerana dahulunya kami sebilik sekuliah di Universiti. Banyak kisah antara kami sebagai roommate, menyimpan kisah suka duka sebagai Mahasisiwa Muslim =)
Kita sebagai Muslim digalakkan supaya mengembara untuk mencari ilmu, kembara ilmu secara tidak formal atau formal tidak jauh bedanya, keyakinan kita melalui pengembaraan untuk mempelajari sesuatu yang belum kita ketahui. Segala ilmu itu hanyalah milik Allah Taala, kita ini adalah musafir atau pengembara di atas dunia. Pengalaman, cerita2 dan kisah2 yang kita lalui itu jua merupakan satu sistem tarbiyatun nafs untuk menambah koleksi-koleksi amal sebagai bekalan akhirat yg kekal abadi.
Mengingatkan ana bahawa dalam sabda Baginda SAW :
" Dan sesipa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan maka Allah akan menempuh satu jalan untuknya ke syurga" (Riwayat Muslim)
Kembara ini ana berkongsi bersama agar ada manfaatnya, ada ilmunya, ada sukanya, ada dukanya sepanjang perjalanan...(<<.)
Sewaktu dalam perjalanan, kami mengharungi beberapa kisah tepi lebuhraya yang agak menarik. Sempat jua ana tangkap sisi gambar ini sebuah lori treler yang membawa muatan gula prai terbakar di tepi jalan, patut la harga gula mahal..para pekerja sedang sibuk mengutip gula-gula yang bertaburan. Dalam fikiran ana, mungkin ini alasan suruh kita kurangkan makan gula, ubah gaya hidup...hmmm =} sebelum itu kami melihat sebuah MPV Alphard terjatuh ke dalam gaung yang meragut 4 orang penumpang di kilometer berdekatan Gua Tempurung. Trak tunda kelihatan sedang menarik keluar kendeaan tersebut, remuk teruk..dalam hati innalillah wa inna ilaihi rajiun...ana berdoa dalam hati, Allahummakhtim li bi khusnil khotimah aminnnn...
Separuh perjalanan sudah ditempuhi, kini melalui Pulau Pinang. Kesesakan mulai membanjiri jalanraya. Ana pernah singgah di Pulau Pinang, mengimbau program-program motivasi Asaexplore bersama-sama adik2 di Sg.Ara, Kepala Batas dan Taman Senangan hihi ape yang adik2 buat sekarang ni ye moga jadi insan yang berbakti buat ibu ayah. Berbakti pada mereka sementara masih ada di dunia, riangkan hati mereka, tanpa mereka mustahil kita boleh merasai kehidupan hingga kini, Teringat jua Bro.Anis dan family sempat melawat mereka dengan anak-anak kecilnya yang comei2...tapi baby baru tak sempat nak tengok lagi inshaAllah ana pasang niat dulu hihi Apabila kita mengembara banyak sisi ilmu dan ibadah yang kita perlu praktikkan dan ketahui. Pertamanya Solat Jama' Qasar yg disyariatkan kepada umat Muhammad SAW untuk memudahkan perjalanan Musafir2. Solat merupakan tunjang menjadi kewajipan bagi setiap Mukallaf. Perjalanan yg jauh menuntut ketenangan jiwa dan hati..antara jarak2 itu kita sebagai hamba memerlukan masa dan ruang bagi pemanduan yang cermat dan berhati-hati agar matlamat untuk tiba ke destinasi dengan selamat inshaAllah.
Gagasan Hadith ini jelas menerangkan hikmahnya :
" Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda : Solat lima waktu dan solat Jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa di antara jarak waktu masing-masing " (Riwayat Muslim)
Perhentian inilah ana bertemu dengan Akh Zul, terkejut juga kerana tak sangka jumpa di jeti. Beliau dari KUIN yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman ketika itu. Kami seferi la nampaknya. Bila dah bertemu banyak mulut pulak ana ni hihi bertanya khabar kerana masing-masing lama jua tidak ketemu. Kini beliau belajar di Kolej Universiti Insaniah di Kedah. "Uthlubul ilma minal mahdi ilal lahdi" jadilah penuntut ilmu yang setia menuntut ilmu..tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Walau di mana kita menuntut ilmu, jauh atau dekat bergantung jua pada tuan punya diri. =)
Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Kareem :
(Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan.") (An-Naml: 93)
Pantai pepasir nan memutih, halus bagai memijak permaidani
Bumi ini tuan bertuah, pemilik Allah sentiasa abadi
Angin memukau membadai lautan, pasir menyinggah di pesisir muara
Sedih menangis disisi kecintaan, Betapa besar rahmah barakahNYA
Berkenderai kereta kepunyaan Akhi Zul, kami bersolat jumaat di Masjid berdekatan. Selesai menunaikan kewajipan sebagai muslim kami pun bersiar-siar sebentar sekitar Langkawi. Kelihatan syabab2 maahad tahfiz dalam perjalanan pulang ke pondok mereka. Di Langkawi, zikir selepas solatnya agak berbeza sedikit. Namun begitu ia tidak membezakan apa-apa kerana akidah itu perlu sama tiada beda...aqidah ahlus sunnah wal jamaah. Kemudian Akh Zul mengajak ana ke kawasan Cable Car, alangkah sedih tak dapat nak naik kerana cuaca tidak mengizinkan..la baksa inshaAllah lain kali amin =)
Antara pic di sana.
Pintu Gerbang Cable Car
Gunung Machinchang yang tinggi nun..subhanallah
Asam-asin yang memikat hati..=)
Memberi ikan2 makan (asam asin yang kami tak habis, bagi kat ikan2 makan hihi)
Rakus ikan2 ni makan..minat asam rupanya =)
Peta lokasi Cable Car
Baby comel yg bernama Dia Khairin..sempat bergambar bersama di jambatan hihi
Rusa-rusa yang jinak terdapat di Taman sekitar kawasan Cable Car.
Alhamdulillah, kami bertemu di Langkawi..Akh Zul dan Akh Syihab yang pada masa yg sama ada program hari keluarga sekolahnya. =)
Sebelum berpisah kami menyantap Laksa yang familiar kat kaw langkawi ni..Laksa Power.
Tidak memadai sekadar berjalan2 saja, sempat jua ana mengisi masa dengan teman setia yg bernama kitab, sebagai bacaan menambah sedikit2 ilmu di jiwa. Alangkah rugi waktu itu di sia-siakan. Bacaan sebelum melelapkan Uyuni mata sebenarnya hihi kadang-kadang buku yang baca kita.(<<,)Allah menciptakan malam untuk hamba-hambaNya berehat dan siang untuk bekerja mencari rezeki. Mencitakan kedua-duanya untuk keredhaanNYA.
Jelas dalam al-Quran " Tidak AKU menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKU (ALLAH) "
Kucing yg berjaya mencuri tumpuan ana di Beras Terbakar =)
Pada pengembaraan seterusnya, ana ke Beras Terbakar..kisahnya begini pada zaman dahulukala, Siam datang untuk menawan Pulau Langkawi. Pada masa itu, padi merupakan penanaman utama di Langkawi. Pakatan Ketua dan penduduk kampung untuk mengelak padi mereka dirampas dan diambil oleh Siam, mereka menggali satu lubang besar dan membakar padi secara besar-besaran di situ. Kini padi2 atau beras2 yang terbakar dah tiada hanya sebagai tapak pembakaran beras sahaja. Sempat ana jalan2 padang Ma'sirat beli2 sedikit ole2 untuk keluarga. Suasana agak hambar sedikit kerana kawasan pelancongan di situ sudah semakin tidak mendapat sambutan. Keletihan berjalan-jalan ana singgah membasahi tekak yang kering..air nyo'@kelapa menjadi mangsa kehausan yang melanda =)
Kalau ana ceritakan semuanya, tiadalah lagi rahsia hihi rahsia Allah menjalankan KEKASIHNYA Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Masjidil AQsa jua tidak secara detailnya diperincikan namun hikmah kembara yang ingin dibuktikan dalam peristiwa itu ialah pengsyariatan Solat serta Perjalanan yang berbentuk keyakinan dan aqidah tentang kebesaran Allah Taala yang menolak kemustahilan. Bagaimana manusia kini boleh berfikir untuk menciptakan roket yang boleh menerjah ke ruang angkasa, sedangkan peristiwa isra' dan mi'raj pula menuntut keimanan kita supaya mempercayai alam ghaib yang maha luas menaiki Buraq yang jauh lebih hebat..Allahuakbar!!!
Souq el-lail yg bersinar2..ma'kulat (makanan) arab pun ada kat sini.
Berniaga kecil-kecilan sedikit =)
Khadaik Halawaah (Taman Coklat2) (<<,)v
Masa ana masuk kedai Cokelat ni..terkejut tengok cokelat banyak..juling mata tengok hihi sakit gigi la pasni adik2 ana =)
Sebelum bergerak pulang sahabat ana sempat bawa ana gi umah pemilik kilang gamat Warisan Salju. Dapatlah beli sedikit dengan harga diskaun =) Anak-anak Pemilik Gamat comel2 belaka dan kelakar..masa kami datang memang excited sangat hihi
Berdekatan Kilang Gamat ada markas PAS Kg. Bayas merupakan markas utama di Pulau Langkawi..Allahuarbar!!!
Pemandangan Gunung Jerai..semasa perjalanan pulang daripada Pulau Langkawi.
Pengembaraan yang memenatkan ini menyimpan kisah suka dan duka. Ana memang suka mengembara menjadi impian untuk mengembara ke Timur Tengah dan negara2 luar. Melihat sendiri kebesaran Allah, pelbagai bangsa dan agama, tatacara hidup dan adat, Islam itu sebagai cara hidup...yang memenuhi fitrah insani. Semoga kembara-kembara ini mengerlipkan cahaya-cahaya mencintaiMU. Siapalah ku ini Ya Allah hanyalah hambaMU yang kerdil...(~~.)
Buat sahabat2 semua, mengembaralah mencari cinta~ =)
Langgan:
Catatan (Atom)