ilham Ma'mum

Khamis, 27 Disember 2012

Kisah Kedai Gunting Rambut

By : Selimutsura



Saya di meja Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Bangi. Boring nyer asyik menghadap tesis yang perlu disiapkan. Nak membuang boring itu, saya pun teringat kisah ini yang selang beberapa hari yang lalu.

"Krioook..." Bunyi pintu di tolak dari luar. Seorang lelaki, rambut bergaya jambul di depan masuk. Kemudian, saya ternampak di celah-celah pintu ada seorang budak kecil sedang meneropong. Matanya besar bulat, rambut lurus menutupi dahi dan gigi susunya terserlah menutupi bibir bawah.

Saya dikerusi gunting rambut, tersenyum dan mengenyit mata pada budak lelaki yang comel itu. Dia pun menjelirkan lidahnya, lantas membuka pintu.

Sekali lagi "Krioook..."

Saya suka, comel sungguh. Subhanallah!

Disusuli pula 2 orang lagi budak lelaki, bertambah meriah lah kedai gunting rambut Aceh ini. Betul-betul seberang jalan dengan Mee Ketam, dan Masjid al-Arkam. Mereka membuat bising sambil menunggu giliran.

Saya belajar melihat apa yang realiti di depan mata.

Gelagat anak-anak ini, mencuit hati. Apa yang anak-anak kecil suka buat?

1. Memandang dirinya ke cermin, sambil berposing didepan cermin tanpa menghiraukan hal orang dewasa. Dia buat macam-macam aksi wajah, dengan gigi susunya.
2. Merasa berani, menunggu giliran untuk dipotong rambutnya, tanpa mengetahui akibat terlalu berani itu. (Sampaikan ibu dan ayahnya tergelak melihat gelagat anaknya yang geli apabila rambutnya dipotong).hihi
3. Mengacau dan mengganggu mata-mata orang lain, kerana melihat telatah mereka bertiga. Sambil mimik muka meniru ala-ala model rambut pada gambar di dinding.
4. Bermain-main dengan baby kecil "gurl", adiknya yang didukung oleh ibunya di luar kedai terbias pada cermin kedai.

Yang saya suka. Nak pergi gunting rambut pun bawa ramai-ramai. Seronoknya!hihi

Saya memandang untuk belajar. Dari mereka yang lebih tua.

Menjadi sebaik-baik lelaki buat keluarga.

Bermula dari diri. Beri bahagia pulangannya juga bahagia.

Saya ingat pesan Prof Dr. Muhaya itu selalu.

wallahua'lam.

Dahhhhh! Sambung tulis tesis! @@) hehe


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
TSL UKM, 43600 Bangi Darul ilmi.

Selasa, 25 Disember 2012

GAGAL?

By : Selimutsura


Saya sedang bertatih. Menjadi seseorang, dalam diri. Kalau mahu jadi lebih baik. 

Di hadapan jalan itu, saya nampak masih banyak duri, saya mesti membuangnya. Begitu tinggi halangan, saya mesti mendaki untuk menawan ia. Ada masanya saya mendaki tinggi, jauh berlari. Ada kalanya saya jatuh dari tempat yang tinggi, terbabas lari dari landasan.


Itu ketentuanMu, supaya saya bisa mendaki lebih tinggi. Meskipun berlari tempang kaki.

Saya berusaha mengesat airmata, kesusahan hidup itu mendidik ilmu sabar. Acap sesekali ia menyakitkan diri, payah sungguh di dalam hati melihatnya apatah lagi merasa. Saya tiba-tiba mula bangkit, usah dipeduli itu semua.


Biasanya memang susah pada garisan permulaan. Penamatnya hikmah. Hadiahkan syukur.

Ada doa dan mereka yang kuat menyokong.

Lidi yang rapuh, dikumpul menjadi kukuh.

Air pun bisa merempuh, melentur batu.

Apa yang penting? Kerjasamaa!

Bukan saya seorang yang mahu menjadi seseorang, dalam diri.

Seseorang itu kamu. Unik. Peramah. Kelakar. Kuat makan. Berlari laju. Hargainya..

Menjadi tinggi di sisi Allah, menjadi hambaNya serendah di bumi.

*Mak, Abah..saya akan buktikan. InshaAllah segulung Ijazah hadiah buatmu ^^)/

{supaya tidak takut untuk menempuh gagal}
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat surah at-Talaq 2-3, segalanya tidak mungkin dan tidak mustahil.

"Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan 
( yang dikehendaki ) Nya. 
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" 

Kejayaan itu tak semestinya dengan segulung ijazah.

Tetapi dengan segulung SABAR.

Allah Taala yang memberi markah. =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Anak Kunci Syurga

By : Selimutsura




-Kunci Kereta-
Cuaca hari ini begitu terik sekali, Eimam Ukail mengesat peluh yang membanjiri di dahi. Dipandang sisi kiri dan kanan jalan untuk melintas ke seberang. Keretanya diletakkan berdekatan dataran Merdeka.

"Alamak kunci!" Eimam kelam-kabut menyeluk setiap poket seluar dan baju. Bahkan poket-poket beg semua sudah di seluk. Tangannya kesejukan, walaupun mentari membakar.


Dia cuba mengingat.


Tetapi menjadi buntu, pelupa.


Kalau ada kunci, boleh la pergi ke jalan TAR, ke SOGO, ke mana-mana yang disukai.


Duduk dalam "aircond", dengar IKIM.fm, Suria.fm, Hot.fm dan bla..bla..bla.. dalam kereta.


"Bestnyer" dapat relax je tak berpanas hujan.


TAPI MASALAHNYA TAK JUMPA anak KUNCI!!!


Dia pun balik naik "CAB"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-Kunci Rumah-
Eimam menyeluk poketnya, mencari kunci untuk dibuka. Perasaan gelisah mula melanda, rasa berdebar kerana kunci yang dicari gagal dijumpai.

"Aduh..camne ni kunci rumah tak jumpa, nak masuk tak boleh la pulak."


Banyak barang-barang penting dalam rumah, selain TV, radio, kipas, sofa, meja, laptop, dapur dan perkakas berharga.


Kalau ada kunci, boleh berehat, mandi, tidur, buat kerja-kerja yang disukai.


Waduh..nikmatnya dapat masuk rumah.


TAPI MASALAHNYA TAK JUMPA anak KUNCI!!!


Dia pun terbaring di kerusi "pumkin" menunggu kawan pulang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Kunci SYURGA-
Azan sudah dilaungkan, maghrib menjengahkan wajah. Menanti hamba-hamba ALLAH pula menjengahkan wajah menghadap titah.

Eimam, yang pulang keletihan terlelap di "pumkin" ruang legar rumah. Dia tersedar bahawa waktu maghrib sudah pun berkumandang. Oleh kerana kawannya belum pulang, dia pun segera menuju ke Masjid berdekatan.


Dia mengambil wuduk, dan menunaikan solat berjemaah maghrib. Eimam berasa sangat tenang.


Dia tidak perlu anak kunci untuk masuk RUMAH ALLAH, tidak perlu membayar bil air, bil elektrik, dan bil menggunakan ruang masjid untuk ibadah dan berehat.


Anak kunci yang Eimam bawa adalah SOLAT.


"..Kalau nak masuk SYURGA ALLAH, jangan lupa bawa anak kuncinya iaitu SOLAT.." Tertera pada skrin elektronik masjid.


Termenung Eimam seketika, mengingatkan kejadian pada hari itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-ayat Cinta - Kunci Syurga



Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda,
“Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang
dan menara semua perkara ? Aku menjawab, “Sudah
pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua
perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan
menaranya adalah Jihad”.

( H.R Tarmizi )

Sabda Rasulullah s.a.w,
“Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah
syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa
di bulan Ramadhan”. 


( H.R Muslim )


Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah  s.a.w bersabda, 

“Perkara pertama yang ditanya
kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang

amalannya ialah solatnya. 

Jika baik, dia telah
berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka
dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, 

Allah berkata : 

Perhatikan (Malaikat) adakah hamba Ku melakukan
amalan sunat yang boleh menampung
kekurangan amalan fardhunya. 
Kemudian 

dilakukan perkara yang sama pada amalan-amalan lain”. 



( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan lupa KUNCI-nya

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.


Ahad, 23 Disember 2012

Kita, Pembawa Dosa

By : Selimutsura

Saya merajuk. 

Bermuhasabah diri, memandang cermin peribadi. Saya adalah hamba, kita semua.
Apa nilai saya disisi ALLAH jika masih lalai, masih sibuk, kurang memikirkan hari esok.
Beg galas apakah yang saya mahu bawa, saatnya mendaki keampunanMu.
Saya memohon ampun, Ya ALLAH :(


Kita, atas dunia
Sebagai hamba
Bukan mimpi
Namun realiti

Kita, seadanya suka
Kadang kalanya duka
Menempuh gembira
Memendam derita

Kita, sudah dibayang dunia
Seenaknya lupa bila diluka
Imanmu dihiris kau ketawa
Rasa sentosa saat berdosa

Kita, atas dunia
Sebagai hamba
Bukan selalunya lama
Namun semuanya pergi

Kita, bertaubatlah
Selagi masih ada
Kita, pembawa berdosa
Minta ampun segala

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik 
(di dunia)…”

(Surah Hud: 3)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. 

(lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).


Kita, pembawa dosa

kan melekat, bila kita tidak bertaubat.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 17 Disember 2012

Rumah Sabar

By : Selimutsura

Lailahaillallah Muhammad Rasulullah

Segalanya Allah yang mengatur. Cantik nan indah susunanNya. Berapa kali kita membilang nikmat, sememangnya tiada terbilang. Satu nikmat mungkin Allah akan tarik tetapi berapa banyak nikmat pula yang diberi.

Allahuakbar!

Alhamdulillah..saya memanjatkan syukur.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini kali ke-5 kami berpindah.

Abah selalu kata,  "Sabar..inshaAllah, banyakkan sabar..besar nikmatnya".

Cukup 35 tahun Abah menetap di Kuala Lumpur dengan menyewa. Susah lebih banyak dari senang dan itulah ujian Allah yang menguji supaya sabar.

Mak sempat menitiskan airmata. Lalu meluah sama, "Ini barulah rumah namanya."

Selama 25 tahun, barulah saya dapat mengecap diam di rumah sendiri. Selama menghuni di rumah sewa "rumah orang" begitu lelah untuk diceritakan. Rumah kecil yang dihuni 10 orang, saya dan 2 adik lelaki hanya membentang tilam toto tidur di ruang tamu sejak kecil. Bila ada tetamu datang 8 beradik akan bergegas ke dalam bilik kecil.

Kadang orang bertanya. "Mana anak-anak kau Mus?"

"Ada..dalam bilik." Mesti terfikir, macam mana lah anak-anak Mus ni belajar dengan rumah sesempit ini. Ruang masing-masing cukup untuk tidur.

Mak tidak pernah merungut hadapi hidup bersama abah, rumah yang kecil, sempit, panas. Ibu saya, seorang yang menerima seadanya mampu. Tidak perlu mewah, cukup dapat menduga hidup dengan baik. MashaAllah.

8 Adik-beradik saya, biasalah macam-macam kerenah dan hal. Namun Abah didik supaya kami bersabar, dan mensyukuri nikmat. Berjimat-cermat selalu, keperluan keluarga melebihi keperluan sendiri. Mak dan Abah, mendahulukan anak sebelum dirinya.

Abah buat sedaya mampu, biarpun lama. Memotivasi kan anak-anak untuk hidup susah.

"SABAR..SABAR..SABAR..nanti Allah beri, lebih dari SABAR."

Alhamdulilah!

Anak-anak Abah, dengan izin Allah :

Kaklong - Polisas (Jurutera Awam)
Angah Saya - Kuis..tak lama UKM (Pemasaran)
Kaklang - Uitm Puncak Alam (Cikgu)
Achik - Uitm S.Alam
Adik - Uitm Jengka
Adik - Spm
Adik - Pmr
Ucu - Darjah 6

Semua Allah mengatur, mengetahui yang terbaik buat kita.

Bagaimana membesarkan 8 orang anak di Kuala Lumpur dengan gaji kerani? Mak berjual kuih, kalau bukan kerana AMANAH, SAYANG dan AMAL SOLEH. Semua kuasa Allah Taala.

Sering pagi, selepas solat Subuh Abah membaca asmaul husna, Mak pula tidak lupa dengan surah Yasin. 

Allahummaghfir li walidayya, warhamhum kama robbayani soghiro. Tu'tihum jannatak Ya Arhamar Rohimin.
Ya Allah ampuni dosa kedua ibu bapaku, rahmati mereka dan jagalah mereka sebaiknya seperti jagaan ketika kecilku, 
kurniakan SYURGAMU buat mereka.
Wahai Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hebatnya SABAR

Rumah itu rumah SABAR. Allah akan terus menguji untuk kita berSABAR. Orang muda, lebih-lebih lagi yang baru mendirikan rumah tangga, tanamlah sifat SABAR kuat-kuat.

Bukan semuanya datang bergolek dengan cepat, ada rempuhan dan halangan sebelum sampai ke lembah.

Bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian!

Dunia ini tempat susah, akhirat itulah tempat bersenang-senang! 


“Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

al-Baqarah | 155


Fikir-fikir, betapa hebatnya SABAR Rasulullah s.a.w

Subhanallah!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 12 Disember 2012

4 Tahun : Selimutsura

By : Selimutsura

Sudah 4 tahun saya berlari, kini lebih laju dari dulu.

Semakin hari, inshaALLAH lebih baik.

Dakwah melalui Blog.

Saya akan terus, berlari dan memecut.

Menjadi hambaNya yang gagah, saatnya susah dan senang.

Terima kasih semua yang membaca.

Ilmu tak segunung mana, itu lah saya.

Berusaha mencapai mampu.

Menjadi tinggi disisi Allah. 

4 tahun, umpama kanak-kanak kecil.

Inilah titisan cerita dan kongsi.

Menuai hasil, esok InshaAllah.

SYURGA. Amin. ^^)

Tak jadi penulis buku pun tak mengapa, jadi penulis blog pun mantop!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 11 Disember 2012

Berkayuh Untuk Menikah

By : Selimutsura

"Mahu jadi suami kamu perlu memahami, erti sebenar pernikahan." Kata Pak Ajmil pada Eimam.


Perkahwinan bukannya kita masih berfikir 
"main pondok-pondok" atau "main kawen-kawen."

Pernikahan adalah satu tahap yang berbeza. Sebelum ini kalau hidup membujang, makan pun sorang-sorang, dengan kawan-kawan. Kalau pergi jalan-jalan, keputusan sendiri-sendiri takpun syok dengan cadangan sendiri. Beli barang kat pasaraya pun, baju kemeja T, seluar panjang, kopiah dll, ubat gigi pun beli yang paling kecik.

"Satu soalan..apa yang kamu faham tentang kahwin ni?"

Eimam terkebil-kebil mahu menyatakan jawapan. Soalan Ondspot macam kena speedtrap  dengan AES.

"Biasanya orang beri jawapan, kahwin ni kita nak ada teman hidup sampai akhir hayat..lagi nanti ada orang jaga makan minum...lagi boleh jadi tempat merajuk dan berkongsi cerita...lagi boleh berkongsi tawa dan tangis..lagi dan lagi dan lagi...

Ada juga orang bagi jawapan,..saya nak ikut sunnah sebab Nabi S.a.w kahwin, ohhh ..sebab saya nak pelihara nafsu dari melakukan maksiat, ohhh..saya mahu cinta yang halal dan diredhai Allah, sebab...saya mahu ini, mahu itu."

Eimam masih kabur, dalam hatinya. "Habis tu apa sebenarnya perkahwinan itu Pak Ajmil?"

Pak Ajmil, berasa lucu dengan sikap Eimam yang menggaru-garukan kepalanya.

"PERKAHWINAN itu ialah IBADAH!!!"

Kalau kamu kata boleh jadi teman kongsi bercerita, jaga makan minum, tawa dan tangis, pergi jalan ada teman, sana sini..itu BIASA! Macam orang lain yang berkahwin lalui. Sama je la..harian kamu.

Kalau kamu kata ikut sunnah Nabi berkahwin, orang yang bukan Islam juga kahwin cuma cara yang berbeza. Orang Kristian kahwin dengan cara mereka, orang Hindu kahwin dengan cara mereka. Bukan mahu menidakkan, betullah kita ikut sunnah Nabi Muhammad S.a.w yang mulia, suruhan ALLAH yang Tahu fitrah hambaNya.

Tetapi..dalaman, spiritual yang terkandung dalam PERNIKAHAN itu-nilai IBADAH. Seperti mana yang diekstrakkan dan dipraktikkan oleh Baginda S.a.w sebagai suami yang memahami erti perkahwinan.

Orang bukan Islam, nikah itu IBADAH kah?
Orang Beriman memandang
~Nilai IBADAH itukan tinggi disisi ALLAH, ada pahala yang besar~

Contoh :

Rasulullah S.a.w, suami membantu isteri melakukan kerja rumah, itukan indah kerana IBADAH. Bila datang waktu solat, Baginda S.a.w pun segera ke Masjid.

Rasulullah S.a.w, berkejar-kejaran dengan Saidatina Aisyah R.a, itukan indah bila kejar-kejaran itu IBADAH.

Rasulullah S.a.w melihat wajah isterinya Saidatina Khadijah R.a, lalu tenteram jiwanya malah bersemangat untuk bekerja, itu juga indah kerana ada IBADAH disitu.

Bilamana ia adalah IBADAH, pernikahan itu membuatkan kedua-duanya bersaing untuk memperoleh PAHALA disisi ALLAH Taala.

Itulah bukti anda sedang berCINTA.

Ada FAHAM! Eimam!" Pak Ajmil, mengusik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-Ayat Cinta


Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Rum | 21)
---------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:

“Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya.”
                                        
        (Riwayat al-Tirmizi)
----------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:


“Sebaik-baik perempuan/ isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau, dan bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan bila engkau tiada di rumah dia menjaga dirinya dan harta engkau.”
            (Riwayat al-Nasai) 
---------------------------------------------------------------

Seorang suami, menjadi pelindung bukan saja di dunia, tetapi menjadi pelindung kepada isteri dan keluarganya dari api neraka.

..kerana Nikah itu Ibadah..

Berkayuh Untuk Bernikah!

wallahua'lam, tegurlah saya ya!

Perkongsian dari yang lebih ariiiiffff.. ^^)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 10 Disember 2012

Pemandu Dunia VS Pemandu Akhirat

By : Selimutsura

Ketika kita memandu, tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dari belakang lalu memotong anda dengan bahaya terus ke depan kereta.

"Ini dah potong sayur..tak boleh jadi! Hisssh!"

Lalu dengan perasaan marah kita pun memecut, mengejar.

Bermulalah angan-angan menjadi pemandu kereta F1 walaupun hanya menunggang Kancil!

Kereta Kancil jer..Bro!

Letih.

Apabila kita berada di jalanraya, kitalah pemandu. Memandu dengan betul tu baguslah.

Katakan anda pemandu kereta. Anda yang memegang stering, mengawal minyak dan kelajuan. Seorang pemandu kereta mestilah :

a) Lesen hidup, takda kena saman/kompaun. (Peraturan tetap peraturan)
b) Keyakinan, ramai juga orang ada lesen tetapi tak yakin boleh memandu kereta sendiri. Kurang yakin dengan diri..TAKUT. dan macam-macam alasan.
c) Ilmu, seorang pemandu mestilah ada ilmu untuk memotong, kawalan minyak dan klas, dan brek, penggunaan kenderaan. Ikut peraturan jalanraya. Mudahnya..ilmu memandu!

3 Ciri ini melengkapkan, anda seorang pemandu yang bagus di jalanraya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini bermakna anda juga adalah pemandu akhirat. Cermin diri sekarang.

SEBAB? Anda juga seorang pemandu dimensi lain,

a) Allah memberikan kita LESEN terbesar iaitu ISLAM sebagai satu cara hidup. Title Muslim!
b) Keyakinan "iman" TERSEMAT selalu, mengukuhkan akidah, gerak kerja kuat. Ibadah menjadi lipat ganda.
c) Bila ada keyakinan keimanan yang kuat, ditambah dengan rajin tuntut ilmu agama InshaAllah, inilah PEMANDU AKHIRAT.

Sebenarnya orang yang memandu dengan baik, adalah pemandu akhirat yang baik.

Kenapa saya katakan begitu?

Orang yang memandu berhati-hati dijalanraya :
dia menjaga keselamatan dirinya dan orang sekeliling. Dia begitu berakhlak semasa memandu. Menjaga nyawa itu termasuk dalam perkara keutamaan dalam syariah.

"Cintai orang yang tersayang!"

Oleh itu orang yang memandu secara semberono adalah ciri-ciri orang yang?

Baik atau Tak?

Fikirkan bersama.

"Oleh itu berhati-hatilah semasa memandu, kerana anda sedang menuju ke destinasi AKHIRAT."

Wallahua'lam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

 “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, 
Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. 
Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, 
dan dunia tidak akan datang kepadanya 
kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” 

(Riwayat al-Tirmizi)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...