ilham Ma'mum

Isnin, 30 Januari 2012

Membedah Dimensi Rezeki 1

By : Selimutsura


Assalamualaikum, salam Mahabbah ana ucapkan..pertamanya marilah kita berselawat & menghadiahkan al-Fatihah bersama sambil memejamkan mata, menghayati bait-bait, agar tumbuh mekar dalam batang tubuh kita rasa kerinduan yang amat pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarganya, para sahabat2nya. Persis tubuh-tubuh yang menegakkan kalimatullah. RadhiAllahu anhum..Allah sentiasa meredhai mereka.

Buat antum semua yang ana cintai, ana hadiahkan kalam rindu melalui penulisan-penulisan dakwah di blog ini, ana tak pandai..ada ilmu sikit je =) sebagai buah tangan, ambil dan rasalah ia kalau manis, manis lah kalau masam, masam lah buah tu hihi kerana Allah lebih mengetahui dan mencipta hikmah pada buah ada rasa yang mukhtalifah (pelbagai)

Sebelum itu mari kita renung dan fikirkan, sebagai seorang doktor sudah pasti PAKAR mempunyai ilmu yang luas tentang teknik-teknik pembedahan dan kedoktorannya. Dari segi preparation untuk membedah pesakit dan cara merawat. Tujuan pembedahan dilakukan bagi mencari jawapan punca kematian atau menyelamatkan mangsa bedah, walaupun peluang yang dihadapi tipis. Kerjaya sebagai seorang doktor bukanlah mudah, memerlukan penelitian dan fokus yang mendalam.

Mari kita meletakkan diri kita sebagai doktor tadi (scr spontan). Tapi kali ini kita bukan ditugaskan untuk membedah mayat atau mangsa untuk diselamatkan. Sama-sama kita bedah mangsa kita yang bernama En. Rezeki. Bagi membedah dimensi rezeki kita memerlukan instruments yang hebat tidak lain tidak bukan adalah : 

{ al-Quran, al-Hadith dan rujukan para ulama }

Rezeki, berasal dari kalimah arab razaqa.
Kita gunakan instrument kita yang pertama ok! (^^.)

Jika kita buka, dan melihat di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan rezeki. Jika kita tidak membukanya manakan dapat jumpa En. Rezeki. hihi Sebagai contoh ayat ini :

 وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ    كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

[ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan ALLAH lah yang memberi REZEKINYA dan DIA mengetahui tempat tinggalnya dan tempat penyimpanannya.

Menurut tafsiran para ulama, 
Binatang melata di sini dimaksudkan sebagai : makhluk Allah yang bernyawa.

Menurut ahli tafsir,
tempat tinggal yang dimaksudkan dalam gagasan ayat di atas adalah DUNIA manakala tempat penyimpanan tersebut ialah AKHIRAT.

Jelas sekali pembedahan kita pada ayat ini, bahawa rezeki di bawah kekuasaan ALLAH Taala, setiap jiwa yang bernyawa, diberi nafas dan makan, telah ditetapkan kadar rezekinya masing-masing dunia dan akhirat. Sebagai orang yang mempercayai dengan mantop, soal rezeki tidak perlu kita risaukan kerana ketetapan yang telah diperuntukkan merupakan DANA KHAS yang ALLAH peruntukkan mengikut kehendakNYA sesuai dengan keadaan hambaNYA.

Akan tetapi, rezeki tersebut tidak akan mudah diberikan melainkan kita perlu membuat permohonan. Bagaimana? Sedangkan kalau nak memohon pinjaman pun, perlu mengikut pelbagai prosedur apatah lagi DANA KHAS ini dari Penguasa yang Maha Agung. (^^.)v

Kita bedah lagi, untuk mencari En. Rezeki bagi merungkai persoalan di atas. Bagaimana? tetapi ana mahu antum sendiri yang bedah dalam instrument yang tersedia. 

Bedah [Surah|Ayat] ye =)

1. Bila di uji jangan menyalahkan ALLAH Taala, perlu sabar dan nikmati hikmahnya.
[89 | 15-16 ]

2. Yakin & percaya rezeki ALLAH itu luas, rezeki ALLAH ada di mana-mana hatta ulat yang hidup dalam batu. [ 67 | 15 ]

3. Selepas kesempitan, pasti ada keluasan rezeki dengan menginfakkan harta ke jalan ALLAH [ 65|7 ]

4. Bergantung kepada ALLAH, merasai cukup dan syukur dengan pemberiaannya..so says "THANK YOU ALLAH" (^^,) [ 65|3 ] - baca ayat 1000 Dinar

KALAU DUIT KITA 1000 DINAR X RM 800..cekire2 haha

5. ALLAH itu Maha Pemberi Rezeki. [ 51|57-58 ]

Kongsi BEDAH ~ Kisah Nabi Isa Alahissalam ttg mukjizat & Rejeki ALLAH dari langit ^^,)
tapi kena la usaha bedah sendiri di [ al-Maidah|110-114 ] Clue sudah ada cari2 hihi

Mari kita ke instrument seterusnya, daripada hikmah hadith-hadith Nabi Muhammad SAW..sebagai pembedahan sesi kedua kita. Banyak gagasan dari Rasulullah SAW yang berkaitan dengan soal rezeki. Bahkan disempurnakan juga kaedah-kaedah amalan untuk memperoleh rezeki yang halal lagi baik. Sudah pastinya kita mahu yang halal lagi baik tambah berkatnya =) Bersambung~ hihi



Khamis, 26 Januari 2012

Biarlah, Asalkan Jangan =)

By : Selimutsura



~Biarlah kita tak sekaya manapun, tetapi kaya dengan pujian padaNYA~

~Biarlah kata2 mereka yg membenci, asalkan kita tak dibenci olehNYA~


~Biarlah bukan pujian, jangan lemparan murkaNYA~


~Biarlah yang tak sudi, janji jangan dibiarkan oleh HIDAYAH-NYA~




buatlah seadanya dengan kesederhanaanmu (^^,) 

Rabu, 25 Januari 2012

Beginilah Cinta Nabi Muhammad SAW ^^,)

By : Selimutsura
Limpahan airmataku
tak dapat menghadirkan apa-apapun
kerana al-Habib telah pun pergi
meninggalkan 1400 tahun yang dulu
tinggalan yang agung
Quran dan Sunnah
persis teguh nan indah
akhlakmu kau semai
kemuliaanmu yang terpancar
membisikkan dengupan nadi
mengalir merah semangat waja
namun tangis ini takkan berguna
kalau Cinta Sunnahmu dilupakan
Hadirkanlah Cintamu
Hadirkanlah Rindumu
Hadirkanlah Sayangmu
diseluruh detik waktu
sunnahmukan dijunjung dan dijinjing
ku ingin bersamamu Ya Rasulullah al-Mustofa..


wa ana fidaaka Ya Khairal Anam..huhu


1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
4.) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?” (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5.) Sebaliknya Baginda tidak suka pabila melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
6.) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7.) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi-bunyian seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
Baginda pernah tanpa rasa segan silu sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Rasulullah SAW hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ 
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

(Surah Ali `Imran: 110)

Sabtu, 21 Januari 2012

Pesanan Kekasih Sebelum Tidur =)

By : Selimutsura


Tiada yang seindah melainkan kita kembali kepada sunnah Rasulillah al-Habib al-Mustofa, inilah pesan kekasih kepada kekasih hatinya Saidatina Aisyah R.a :

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Khatam Al Qur’an,
2. Membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu,
4. Laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasulallah tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur’an, bacakan selawat untukku dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat, beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

(Mafhum Hadis)


Sumber :
http://panduanislam.com/blog/2011/06/pesanan-rasulullah-s-a-w-sebelum-tidur/

Ahad, 15 Januari 2012

Maggi, Hidangan Istimewa dari langit (^^,)

By : Selimutsura
 اللهم نوّر قلوبنا بنور هدايتك

 كما نورت الأرض بنور شمسك أبدا أبدا
[Ya Allah, Pancarkanlah Cahaya Kepada Hati Kami, Dengan Cahaya Hidayahmu Sebagaimana Engkau Cahayai Bumi Dengan Mataharimu Selamanya,. Selamanya,. Selamanya ]

DI M/S 141

Ingat lagi bila bila abah bertanya, satu masa dulu..kiranya ana tika darjah 5, 14 tahun yang lalu. Ni bulan puasa ni, hari jadi kan? Meh abah belikan ayam percik nak tak? Kerut-kerut muka Abah.
Kami ke pasar Keramat, memilih juadah-juadah yang berkenan untuk dijadikan berbuka nanti. Bisalah hero inilah yang rajin mengikutnya. Ana senyap je, faham-faham la kalau senyap itu setuju, Abah kan garang, tak berani nak cakap suka atau tidak.
Tapi hari itu, hari yang gembira kerana dapat makan ayam percik. Biasanya Abah takkan senang-senang je nak beli. JIMAT! Jangan nak ngada-ngada. Mak, senyap tapi dalam hati suka gembira.
Usia kecil ana, banyak diluangkan dengan menangis, kecik-kecik “CIWEK” kata orang Jawa. Asyik nak mengekor Abah ke mana-mana. Abah nak pi toilet pun nak ikut. Aduhyai! (~~)
UKM & abang2 yang comel
Rakan ASAexplore =) memories remain
Imbasan yang terlakar dilembah usiaku kini yang semakin tua, bukan MAHASISWA lagi dah MAHASITUA (<<.) tp dlm kuliah ana yang antara termuda hihi adik la kiranya pada abang2 dan akak2 belaka. Namun begitu, seronok bila dapat belajar sama-sama dengan mereka ni, pengalaman luas kan lagi-lagi mereka ini dikalangan guru-guru dan muallim belaka.
Morocco 2007 =)
Semalam merupakan kuliah terakhir bagi Semester 2010/2011 di tahun 3. Sempat, lepak nan iktikaf  di surau FST UKM sementara menunggu Zuhur. Perbincangan rancak antara Mahasitua-Mahasitua, biasala isu-isu panas nan semasa, 901, PRU, Kerajaan, Pembangkang..rancak-rancak bercerita. Tapi apa yang manisnya, inilah saat yang manis. Dapat berkumpul, berusrah.
Yang comelnya majority berpingat PJK “Perut Jauh Ke Depan” haha =)
SMAKLIAN 2004
Maggi, hidangan ISTIMEWA dari langit
Ini kenangan yang tak leh ana lupa, satu masa di asrama penuh. Kami kenduri makan MAGGI,  malam-malam biasa la budak2 asrama lapor..hiihii. Yang kelakarnya kami masak & makan MAGGI banyak-banyak dalam BALDI, sudunya HANGER yang dipatah-patahkan. Bukan nak tonjolkan apa dalam hal ini tapi UKHWAH yang terbina masa itu. A very memorable memories haha

HIDUP ITU UJIAN KETAHANAN
Kini, ana meniti usia ke kampus separuh abad. Orang lain mungkin lebih banyak liku-likunya walaupun liku-liku yang ditempuhi ini pun banyak. Sebagai, hamba Allah, dan manusia biasa, Dia lebih mengetahui UKURAN KETAHANAN kita “UJIAN”. Di balasi selesai UJIAN itu dengan HIBAH (Hadiah istimewa) yang kita tak sangka-sangka.
Ana lemah dan kurang, tetapi dengan adanya orang-orang disekeliling yang menyayangi, melengkapi KAMPUS ana yang berwarna-warni.
SMKPT 2000-2002
Ada suka, ada sedih
Ada ketawa, ada tangis
Ada bintang, ada bulan
Ada teman, ada sunyi
Ada ramai, ada sendirian

Namun semuanya, terbaik buat ana. Ana memohon ampun salah silap di masa yang lalu, Kenangan yang mengimbau sejak di bangku sekolah hingga sekarang, sentiasa segar buat ana. Kerana HIDUP memberi MAKNA, kerana dengan berkongsi kisah-kisah dulu banyak mengajar diri, moga manfaat ye!!! ^^, 

ALLAH, menganugerahkan kita cerita-cerita yang berbeza, dalam kampus kita, supaya kampus itu menjadi INDAH walaupun ia sebuah penantian.

Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA takkan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang tak terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu..◕‿◕ SABAR itu INDAH

Selasa, 10 Januari 2012

MAHALNYA HARGA MERCEDES NI (@@,)

By : Selimutsura


Keqalbuan ku tersentak
Dengan sentuhan ajaibnya azan itu
Berderai-derai luluh hati
Kerasnya dilembut lentur
Sungai air mata yang sembunyi
Mengalir ditepian pipi cekung ini
Rencah – rencah dosa yang bergelandang
di kampus yang kelabu
hela nafas ku kian laju
sebak ku, pilu ku, sesah hati ku

~Please forgive me Allah ~ at Masjid Khalid al-Walid, Semarak KL

Assalamualaikum, tinta pemula yang indah..tambah serinya bila ia bermula dengan zikir dan tangis, serta senyuman. Selagi usia diberi pinjam oleh Rabbku Rabbmu jua, selagi itu kita perlu membayarnya dengan amal soleh, sesungguhnya diri hamba di sini, lemah dan tiada upaya melainkan Yang hanya ada UPAYA adalah Allah Taala, yang tiada sekutu selayaknya.

Mahalnya harga Mercedes ni..=)

Wah, hebatnya rasa kalau dapat memandu kereta sehebat MERCEDES, BMW, JAGUAR dll..my dream car is LAMBORGHINI..WADUH2 berapa ya harganya, sekali isi minyak mungkin orang yang gaji macam kita ni, makan mee maggi pun tak lepas agaknya. Sebab harganya yang begitu MAHAL di dunia.
OK la kita anggarkan dalam harga MERCEDES CLK dalam RM 200,000. Sebagai contoh..sungguh, membuat mata kita terbeliak bila mendengarnya. Apeeeee....(@@,) mahai nya (slang penang)

Dapat beli mainan pun ok dah hihi
Tetapi terfikirkah anda, berapakah harganya BURAQ? Makhluk Allah yang paling pantas di syurga, sekelip mata pantasnya, selaju kilat bahkan lebih dari itu. KENDERAAN RASULULLAH SAW tika peristiwa ISRA’ wal Mi’raj. Ana buat perbandingan begini. Lebih HEBAT dari kenderaan2 kat atas tu.

Average, orang-orang kita..termasuk ana la..hihi akan keluarkan dari kocek, Kertas BIRU untuk DERMA. layakkah untuk mendapatkan BURAQ dengan harga RM1 walaupun dilaburkan setiap hari sebagai harga? Harga Proton pun paling koman RM 40,000. Itupun garu kepala untuk membayarnya setiap bulan kan2.

Harga BURAQ itu mahal nilainya, apatah lagi SYURGA. SYURGA diciptakan untuk membalas kebaikan orang-orang yang berbuat baik..BANYAK-BANYAK! Hari ini kita buat baik, sikit-sikit..SERINGGIT, SERINGGIT, LAMA2 JADI BUKIT..itu petua yang dipegang. Nak beli apa? Kalau SERINGGIT nak beli Syurga apa? Nak beli kenderaan namanya BURAQ? (<<,) errrr...

KONKLUSI
Ana berpesan buat diri sendiri dan semua yang ana sayangi, tingkatkan nilai pembelian kita, dari RM10 ke RM 15 sampai ke RM50 dan lebih lagi. Kerana perlu ada percaya, semakin banyak kita LABURKAN untuk AKHIRAT, semakin BERKAH dan MENCURAH-CURAH yang akan diberikanNYA. Berlumba-lumbalah untuk memiliki PEMILIKAN DI SYURGA =) Kita doakan bersama-sama semoga amalan kita diterima dan diredhai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA aminnnnnn (~.~) 

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...