ilham Ma'mum

Selasa, 25 September 2012

Kisah Kuantan 1

By : Selimutsura

Detik jam sudah menunjukkan 11.32 malam. Saya sedang menatap dan menaip blog kesayangan, diselang bersama irama lagu pilihan law kana bainana sungguh mendamaikan. Pinjam laptop ye..hihi

Apa saya nak tulis eh..hihi hmm..oh ya..bermula hari ini saya mula berkampung di Kuantan, Pahang. Masafah (masa perjalanan) daripada Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam dan check in di Season View Hotel berdekatan Kuantan Parade. 

Tersergam indah Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah di tengah-tengah bandaraya umpama pusat utama yang menghubungkan tempat-tempat sekitarnya. Belum sempat saya singgah..inshaAllah.

Sehentinya saya di Kuantan Parade, pertemuan yang tak diduga dengan izin Allah saya telah dipertemukan dengan sahabat lama, 10 tahun yang lalu adalah kali terakhir kami berjumpa. Alhamdulillah beliau sudah bernikah dan mempunyai seorang cahaya mata. 

Terjegil-jegil matanya melihat saya, tidak disangka. MashaAllah.

Petang di Kuantan disusuli hujan lebat. Curahan rahmat menenggelam kepenatan badan seketika, membawa khabar masanya doa mustajab. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Seandainya kita sedar, setiap titisan hujan yang Allah turunkan itu membawa rahmat dari langit. Membasahkan bumi yang kering dan gersang.

Surah An-Naml | 60 maksudnya:
"Lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu kebun-kebun (subur) dengan indahnya.."

Seumpama jiwa seperti tanah.Ianya akan subur, indah, permai dan indah.

Rajin-rajinlah siram dengan melodi al-Quran, tarian zikir, lirikan ayat-ayat cinta pada Rasul, kata ucap yang santun. Pesan buat diri!

Malam pertama, saya dan teman-teman singgah sebentar ke Tanjung Lumpur. Katanya ikan bakar di sana enak-enak. Bayu malam menghembus, asyik menyapa pipi. Ikan siakap tiga rasa dan pari masak petai sebagai menu santapan, Saya menoleh kanan dan kiri. Boleh tahan, boleh cuba!

Allahumma Solli ala Saiyyidina Muhammad, wa ala alihi wa sohbihi ajmain

Sampai sini saja. Masih lama lagi di Kuantan, Lailah Saedah!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kuantan, Pahang Darul Makmur

Khamis, 20 September 2012

Perangai Budak-Budak!

By : Selimutsura

Bismillahirrahmanirrahim,
Mula dengan ucap mulia ini, tiap tingkah dan gerak gaya.
Supaya tidak lerai sebagai amal ibadah, tidak jadi sia-sia dan murah.
Kereta Tamiya

"Nak mainan beli sendiri, abah tak da duit." Tegas bicara abah.

Sejak kecil, minat saya pada kereta mainan. "Vroom..vroom..vroom!" Sekejap ditolak kedepan, dan diseret ke belakang. Sekejap kereta memotong lori, lori pula membalas potong.

Saya sanggup tidak rehat di kantin, tidak berbelanja semasa di kelas sekolah rendah lagipun mendapat bantuan makanan tambahan (RMT) untuk student-student kurang mampu macam saya. Duit belanja saya kumpul, demi sebiji kereta impian yang menjadi kegilaan zaman budak-budak ketika itu. "Kereta Tamiya". Kereta canggih yang bergerak pantas memotong tanpa diseret, kuasa bateri AA membakar enjin kereta untuk meluncur laju di celah-celah longkang, belakang lorong.

Rm 10 saya laburkan. Adik saya pun ikut sama beli.

Rm 10 maknanya kereta Tamiya cabuk la. Kelajuan minimum antara kawan-kawan yang lain. Tamiya palsu yang saya miliki sekarang, berbanding kawan-kawan mempunyai kereta Tamiya berharga Rm 50 sebuah lengkap dengan body kit yang menarik. Geram..tengok! Cantik..=)

Subhanallah, bijaknya manusia bijak lagi Allah Taala.

Minat saya. Masih sama, my first choice is Lamborghini. Semua orang ada minat dan hobi tersembunyi. Saya juga..perangai budak-budak masih rimbun. Bila, ada saja kereta seperti Ferrari, Meserati, Bently, Mercedes memecut..saya jadi teruja melihatnya.

Subhanallah! bijaknya manusia, bijak lagi Allah Taala. Tidak salah, kita suka sesuatu yang mustahil, kerana bagi Allah Taala tidak ada yang mustahil.

Wallahua'lam.
Koleksi saya..sikit-sikit..lain sorokkan.


TERIMA KASIH YA ALLAH! =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Datuk Keramat, Kuala Lumpur


Rabu, 19 September 2012

Nama saya Zikir

By : Selimutsura
Ya Rabbul arsyil-adzhim, 
Rapatkan jiwaku pada taqwa, 
Jadikanlah diri ini semakin syukur,  
Di dalam hatinya mahmudah bertambah subur,
Ku mohon jauh sombong dan takabbur, 
Ku bermohon dekat bersamaMU riang berhibur.
Saya berdoa dan bersiap untuk ke tempat kerja...terpandang pula si kecil, liak-liuk mencelikkan mata di subuh hari.


Izz sudah bijak mengoceh-oceh, pada ibu-ayahnya, nenek-atuknya, kakak-abangnya, paman dan bibik. "hee..uuu...hee..uuuuwwah!" Kakinya akan menghentak-hentak bila mana di dukung, "Ini bakal kuat berlari, mendapatkan ibu ayah, jadi atlet yang hebat, setidaknya kuat berlari ke masjid InshaAllah."

Subhanallah. Minggu lepas saya rehlah ke Seremban dan Bukit Palah, Melaka. Jejak kembara kali ini bersama sahabat dan teman perjuangan memenui satu misi penting. Berada di konti televisyen al-Hijrah mengundang syukur yang tinggi. Allah merancang, kita hamba sujud dan akur..menghiasi erti hidup.

Rancangan Assalamualaikum, 8 Sept 2012 yang lepas
Malam di Seremban, 14 Sept. Sambil bernasyid, kami berceloteh sebentar bersama adik-adik Sek. Ren. Islam Seremban. Saya, Jijoi dan Kimi. Kami buat kontes untuk menguji 2 anak kecil beradu siapa paling hebat bertarannum dan hadiahnya duit raya. Seorang boboboi, dan girl-gurl..berseloroh ala-ala internasional seorang dari Zimbabwe dan seorang lagi dari Kenya. ;)

Demo mula suratul-Fatihah dialunkan oleh tuan Imam Kimi. Adik lelaki berbaju pink mengalunkan bacaannya, selepas itu adik perempuan berkebaya hijau menunjukkan bakatnya. Hebat! Sejuk hati mendengarnya. Akhirnya, pemenang kita dirangkul oleh tn. Imam Kimi sendiri, kerana agak sengit dan senget.haha 

Duit raya rezeki buat kedua cilik tadi.Tapi tak sempat beri masa akhir majlis kerana kedua peserta tersebut telah pulang terbang ke negara masing-masing. =)

Memel, Kimi, & Jijoi
Sekitar 15 Sept, saya dan teman terus bergerak ke rumah terbuka di Bandar Baru Bangi. Siapa tidak kenal Ustaz Nabil Ahmad. Susuk gagah lulusan al-Azhar, Mesir yang sering muncul di kaca TV, apatah lagi dia salah seorang vokalis nasyid FarEast. Alhamdulillah, beliau dan Kak Chik baru beberapa bulan dikurniakan cahaya mata. Tak sangka, saya berkongsi nama anak saudara dengan anaknya. Izz Amsyar juga.haha Cha..cha..cha..

Nostalgik saya, teman-teman dan Ustaz Nabil ada kisahnya. Kenangan makan burger double special, penambah perisa ukhwah kami dulu. Sama-sama kaki bowling, kaki makan kambing, dan kaki bernasyid. Lain-lain biarlah rahsia..hehe
Rumah Terbuka Ustaz Nabil Ahmad
Malam 15 Sept, kami terus diterbangkan ala-ala departured ke Melaka, dengan penerbangan tambang murah MPV Avanza (full sit) secara terus. Hening-hening malam, membuat para penumpang diulit keletihan dan kekenyangan. Lantas melandingkan kepala di sofa murah kereta. Enakkan. Saya pula meluncur laju, mengawal pesawat yang dijangka tiba di Masjid al-Azim, Melaka. Ditemani dendang lagu, memecah kesunyian malam.

Misi 16 Sept. di Melaka Bandaraya Islam, zaman Kesultanan Melaka.

Saya dan teman-teman Munsyideen membantu meluruskan bacaan zikir Istighosah al-Kubra menjadi mudah. Sebagai orang-orang muda, ilmu pun masih cilik, mengharapkan siraman ahli ulama' sebagai pembimbing. Apa itu Istighosah? 

Mari buka al-Quran lihat suratul-Anfal (9)


Firman Allah yang Maha Mulia bermaksud :
9. (Ingatlah wahai Muhammad), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu DIA memakbulkan permohonanmu, Sesunggunya AKU akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang tanpa henti.

Ayat ini, diturunkan ketika kecamuk di medan Badar. 313 menumbang 1000 Musyrik.
Bersama Kiyai Hj. Nur Iskandar
Saat kita berada di hujung pedang, detik genting dan kebingungan. Ketika Umat Islam diasak-asak musuh, api fitnah berkali-kali dilempar..dikala saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya, Selatan Thai, Filipina dan pelusuk bumi. Termasuk Malaysia, banyak peluru-peluru musuh mula dilepaskan, secara hina dan tersembunyi.

Zikir-zikir yang dibaca bukan sekadar sebagai doa.Ia adalah Peluru umat Islam menghadapi dunia masakini peperangan secara luaran dan maya. Erti benarnya sebagai perutusan kepada Allah, menurunkan bantuan, mengabulkan pengharapan, sesuatu yang diluar kebiasaan. InshaAllah. Amin. Saya kongsikan zikir-zikir Istighosah antaranya :
  • Astaghfirullahal-azhim
  • Ilahi lastu lil firdaus
  • La Haw La wa La Quwwata illa Billah
  • Solawat Ibrahimiyyah
  • Lailahailla anta
  • Ya Allah Ya Latiff
  • Solawat Tafrijiyyah
  • Hasbunallah wa Ni'mal Wakil
  • Ya Muhaimin Ya Salam
  • Asmaul-Husna
Link selawat Istig :http://www.youtube.com/watch?v=dOozgCcCVx4&feature=context-gau

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nama saya Zikir. Anda semua juga Zikir.
Berjalan-jalan di Banda Hilir, Adam, Muzafar, Kimi, Jijoi, Zahir, Danial
Kehidupan yang kita lalui adalah zikir. Peringatan! Allah menciptakan kita untuk saling ingat-mengingati. Zikir dan fikir setiap kejadian sekeliling.



190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; 
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

(Ali-Imran)

Saya suka melihat alam, menjadi guru untuk saya menjadi zikir. AgungNya DIA!


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Seremban, N.Sebilan- Bangi, Selangor-Bukit Palah,Melaka

Rabu, 12 September 2012

Masjid, Taman Rekreasi si kecil

By : Selimutsura
Saya siap solat sunat qobliah maghrib..sengaja bersandar dibalik tiang masjid sementara menunggu iqamah. Kelihatan 3 anak kecil sedang mengikut ayahnya melakukan solat sunat. Si abang berbaju Harimau Malaya, adik lelaki berbaju biru dan adik bongsu hanya baju tidur hello kitty dipakainya. 

Selesai solat..si abang menarik tangan adik bongsu dan membiarkannya duduk dipangku. Ciuman pipi si abang dan memeluk erat adiknya membuatkan saya tersentuh hati. Sejuk melihat gelagat ini di dalam masjid Khalid.

Sangat suka bila si-kecil begitu ramai mendampingi masjid. Terima kasih ayah ibu kerana bawa saya ke masjid!

Walaupun secara fisikanya, asal ada kanak-kanak di masjid atau surau. Ini lemparan dalam fikiran kita :

1. Bising
2. Ganggu
3. Serabut
4. ...nak marah sebab buat no. 1 dan 2

Ajarlah mereka untuk ke masjid. Awal-awal memang perkara 1 dan 2 tak dapat dielakkan. InshaAllah lama-kelamaan mereka akan turut ikut kita rukuk, sujud, duduk tasyahud. Didikan secara langsung secara tidak sengaja.

Awalluddin ma'rifatullah! Awal agama mengenal Allah!

Lepas solat pula, ada zikir secara jemaah. Sambil-sambil Subhanallah..merekapun Subhanallah. ;)

Pernah satu kejadian, saya kuliah di An-Naim. Hangat ustaz menyampaikan kuliah, tiba-tiba berlari-lari datang ke meja ustaz..si kecil bertudung merenung muka ustaz...alahai comel sangat, aksinya membuat kariah tertawa. Alangkah seronoknya.

Begitupun, si kecil tidak mengetahui apa-apa, tetapi dengan menghadiri ke musolla merupakan terapi hati dan minda buat si kecil. Mengapa?

1. Tempat mustajab doa. Doalah ayah ibu untuk anak anda. Direct!
2. Umpama taman syurga, jadikan sebagai taman permainan mereka.
3. Tempat asas si kecil ekplorasi dunia luar. Praktis!
4. Tempat dialunkan azan, zikir, bacaan al-Quran, kuliah ilmu dll.
4. "set minda mereka sejak mula" - seronok pegi masjid, lama-lama CINTA akan berputik pada masjid.

Jangan sempitkan ruang masjid hanya sekadar tempat solat.

Tetapi tempat kita REKREASI IBADAT bersama anak-anak.

Bukan maksud saya, macam taman rekreasi di taman-taman biasa. Inilah taman syurga yang disediakan di atas dunia, tempat berekreasi bersama keluarga untuk bersolat jemaah, membaca Quran bersama, berzikir bersama, berbincang isu-isu berkaitan dengan kekeluargaan dan lain-lain.

Ø£َØ­َبُّ الْبِÙ„َادِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ Ù…َسَاجِدُÙ‡َا ÙˆَØ£َبْغَضُ الْبِÙ„َادِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ Ø£َسْÙˆَاقُÙ‡َا
"Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya". (Riwayat Muslim)

..Satu hari nanti, saya juga akan menjadi bapa. Mari, ayah nak dukung kamu ke masjid dan surau..kita pergi bersama ibu kamu...

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh!” 
[As-Shaffat :100]

Saya kongsikan, 10 Tips for Children to Commemorate Prophet’s Life klik link ini :

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Sebelum sujud jemaah solat Maghrib, Khalid al-Walid KL




Isnin, 3 September 2012

Kita Makhluk Luar Biasa

By : Selimutsura
Seketika di Beijing, China
Sahabat kampus saya pernah berkata, mampukah dirinya memperoleh segulung ijazah sarjana? Sedang usianya sudah lanjut, otak kian mundur, tubuh sudah repot, tanggungan masih sekolah, isteri perlu dinafkahkan. Banyak hingga tak masuk ke dalam telinga.

Saya sudah berada mula di tahun 4 pengajian, InsyaAllah dengan izin Allah saya bisa menggenggam skrol buat kali kedua. Pada waktu sama, saya sudah bekerja membanting tulang untuk sesuap kehidupan, memenuhi masa bersama Ayah dan Ibu, adik-beradik dan anak saudara baru, baby Izz Amsyar tiap hari menjadi mangsa ciuman pamannya.

Masa saya juga padat, saat dan detik begitu bermakna buat mahasiswa bekerjaya, apatah lagi masa dengan Allah Subhanahu wa Taala. Usaha, doa dan meletakkan harapan. Hobi  dan minat sepenuh masa dalam industri nyanyian islamik di Malaysia, masih berterusan bersama teman-teman. Terbang kesana-kemari demi misi, visi Islam menyampaikan "indahnya Islam dalam kehidupan".


Usia 3 tahun dalam pengajian, menggariskan lukisan yang kadang lurus, kadang senget dan bergetaran. Kapal yang berlayar tidak selalunnya berada di laut yang tenang, pasti ia akan dibadai bergelora, ditiup ribut dan angin monsun. Jangan diberatkan yurannya mahal, atau ongkosnya kosong, insyaAllah Dia ada, dan sudi turunkan bantu cuma kita saja yang tidak mohon. Saya selama ini, fikir logik memang tidak cukup. Tapi mesti ada jalan.

Saya cari dan saya dapat. Ada solusi.

Allah Taala gagahkan saya untuk terus mengaji.

Kerja..kerja..kerja..(Adakah ayat ini melambangkan tekanan?) Ubahlah.

Kerja..kerja..kerja..syoknya! 

Saya tahu, saya faham kerja memang meletihkan, menghauskan tekak, mengeluarkan keringat, mengurangkan masa, dan mengganggu.

Tapi, semua yang letih, haus, peluh, masa dan ganggu hasilnya seronok jika ;
  • Kerana Allah dan RasulNya.
  • Boleh kongsi rezeki dengan Ayah Ibu, famili dan teman-teman.
  • Khidmat kebajikan atas dunia, diganjar di akhirat.

Wang yang banyak, tapi masih tidak sihat pun tak berguna, Alhamdulillah mohon pada Allah diberi kuat dan mahmudah dalam siri penjelajahan mencari gali ilmu. Bukan ilmu itu bermakna di universitas-universitas saja, pastinya di madrasah, musolla, mosque, dan di  tepi-tepi jalan pun ada. Saya lebih suka, menelusuri pemusafiran mencedok seberapa mungkin ilmu dari guru-guru disekeliling.

Orang masih mengata jangan, tapi saya menyatakan Ya!

Ya, memang saya degil. Ibu cakap, "anak pusar 2 ni memang degil." Bukan degil kerana saya ingkar perintah tetapi degil mahu kedepan, bukan menggadai maruah, tetapi membeli nilai hidup yang lebih tuntas dan aktif. Saya suka cabaran, ustaz Farid ada meyebut..semakin besar cabaran kamu, semakin dekat kecintaan kamu kepada Allah. Taqarrub!

Masa cilik dulu, rotan pernah menyinggah di tapak tangan. Degilku mahu tengok cerita Doraemon malam-malam. Sambil menangis di ruang kotak televisi, terlelap berbantalkan lengan bukan di tilam toto.hihi

Saya punya misi. Visi yang mesti ditunaikan. Hajat yang wajib dipinta, Impian yang mesti saya langsaikan. Saya yakin, kita makhluk luar biasa. Bagaimana bisa mampu Abdullah, zaman Nabi Sulaiman A.S mengangkat istana Balqis sekerlipan mata? Bagaimana pula orang yang tak lulus peperiksaan umpama Bill Gates boleh membina perisian windows yang kita guna hingga kini, kalau dia Islam saham sudah banyak untuk akhirat.

Subhanallah..setiap manusia mempunyai impian untuk digapai, haruslah tidak gentar mengambil langkah bahaya atau luar biasa, kata-kata omongan orang sentiasa bercicipan difikiran mungkin juga terbawa-bawa hingga mimpi, jika ada mahu, ada susur yang Allah mudahkan untuk ditempuhi insyaAllah.. ;) Siiru ala Barakatillah

Capai impianmu walaupun usiamu sudah lanjut, otak kian mundur, badan sudah repot.

Di mana ada kemahuan, di situ Allah akan beri jawaban.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Menyusur jalan ke Shah Alam-Meru-Bangi, Selangor

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...