ilham Ma'mum

Isnin, 19 November 2012

Ya Ghazzah, Filastin.

By : Selimutsura

Ghazzah
Jantungmu semakin lelah
Dibadai peluru mortar

Ghazzah
Raut wajahmu semakin keruh
Dibanjiri kematian tak sudah

Ghazzah
Kakimu semakin tempang
Dibedil bom berangkai

Ghazzah
Tanganmu semakin longlai
Ditangis airmata dan darah

TETAPI

Ya Ghazzah!
Jantungmu lelah, denyutanmu ALLAH.

Raut wajahmu keruh, jihadmu Fi Sabilillah.

Kakimu tempang, daya kuasamu Tarbiyyah.

Tanganmu longlai, batu-batu bumimu itu Barakah.

Ya Ghazzah, Filastin.

Tiada daya dan usaha, melainkan Allah sudah menyediakan buat kalian. Satu taman yang tidak pernah ada di dunia. Khas buat Syuhada' Ghazzah.

Dimulut memang mudah.perit.
Saudara mu ini, di Malaysia.

Allahumma sallim ikhwanana fi Ghazzah! Allahummarzukna quwwwatan, Ihzimhum wanSurna Alaihim..amin


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...