Rabu, 23 Disember 2009

Takziah buat kumpulan AEMAN..al-Fatihah


NajmeeQamar

Industri nasyid tanah air semalam kehilangan seorang lagi permata yang mewarnai irama nasyid Malaysia. Muhammad Hazmirul Hasrul, 15, iaitu anggota kumpulan nasyid Aeman telah pulang ke rahmatullah malam tadi selepas mengalami sesak nafas. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras menjelang waktu zohor hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah...

Shbt2 ana dapat berita ini dari web nasyeed.com...kita kehilangan seorang lagi pejuang cilik...sama2 kita berdoa...amin...ana pernah berjumpa adik2 Aeman sewaktu show di Banting setahun lepas...ramah dan mesra...segalanya ketentuanNya..ana anggap mrk mcm adik sendiri..kita sekeluarga dlm dunia dakwah...

Daei pergi meninggalkan warisan...bukan sanjungan
adikku...tangis sayu kami
pemergian yg bererti
tidak sia2 andai kami tangis

Moga Berjaya!!!

NajmeeQamar


Salam buat shbt2 ana yg akan menghadapi peperiksaan akhir bg semester 2009/2010 di PBJJ UKM ana ucapkan bittaufiq wannajah 4 antum ye..moga2 usaha kita sepanjang pembelajaran ini Allah Taala permudahkan..tak mustahilkan! =)

Walaupun kita belajar parttime je tapi cabarannya sangat besar, umpama belayar di lautan yg berombak...nakhoda yg betul2 fokus dapat menyelamatkan anak2 kapal dan kapalnya dari tenggelam ditelan ombak...insyaAllah..jadi shbt2 ana doakan kita menjadi nakhoda yang najah boleh drive sampai ke pulau impian aminnnn =)

he2 BITTAUFIQ WAN NAJAH...Allah maan!

Selasa, 22 Disember 2009

Takkan jemu menjadi sebutanku..=)



NajmeeQamar

Bila mendengar orang berceritera tentangMu
Gundah hatiku...
Bila ada orang mengatakan gagasanMu
Tunduk kepalaku...
Bila rakan ku menyebut nama-nama Mu
Santun simpuh ku...
Bila semua orang melagukan selawat atas Mu
tiba-tiba...
airmata lembut pun jatuh...
umpama air sungai mengalir...

Sollu alaih..Sollu alaih..
sejuknya airmata ku
membeku seperti salji berteleku
bilakah Ya Rasulullah
ku kan bertemu
lambat lagikah masanya
mustahil...
Ummati...Ummati...Ummati...
Sabda yg membuai aku rasa sedih...
aku percaya...
sedih ku akan terubat
ku sedang mengumpul segala ukiran cinta
semai dan ku baja
pagari dan ku patri

Ya Nabi...Salamun alaik
Ya Habibi...Salamun alaik
Sunyinya dunia andai
semua sunyi dari berceritera
tentang kamu
Takkan jemu jadi sebutan
Junjungan agung..Kekasih Allah =)
Syukran Ya Rasulullah...



Get yourself inspired =)

Isnin, 21 Disember 2009

MAHER ZAIN...the newcomers of Nasyeeds World =)

NajmeeQamar


Salam Sahabat2, kini muncul lagi artis nasyid universal 2009 di bawah syarikat yang tidak asing lagi dalam dunia nasyeed Awakening Records. Selain Sami Yusuf dan Nazeel Azami, Maher Zain menempah nama berkonsepkan kontemporari...yg menarik minat ana ada juga lagu2 nya berentak arabic music...keaslian nasyid masih dikekalkan. Lagu single nya adalah "InsyaAllah/tHANk You Allah" dan "Palestine will be free" menjadi pilihan penasyid muda ini.


Alfun Mabruk buat industri nasyid islam dan Siiruuu ala Barakatillah =)

Selasa, 15 Disember 2009

Yuk! simpan janggut =)

NajmeeQamar


Ana mohon izin Iqbal post gambar ni...comelkan =)

Assalamualaikum shbt2 muslimin sekalian...berbicara tentang tajuk diatas sangat menarik minat ana utk mendedahkan galakan para Ulama' utk menyimpan janggut bersandarkan gagasan hadith Nabi Muhammad SAW. Bagi yang muslimat, antunna boleh beri galakkan kepada Abie,abah,papa,zauj,adik beradik laki2 antunna, utk menyimpan janggut kerana ia adalah sunnah yang sunat hukumnya. Pahala free2 je Allah Taala beri, menyimpan janggut juga merupakan pelaburan atau bonus amalan selain ibadah wajib kepada seorang muslim.


Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Menarikkan, Junjungan besar Nabi Muhammad menganjurkan kaum muslimin menyimpan janggut kerana hikmah2 tertentu. Bukan susahpun...tapi bila simpan janggut tu rapikan ia, jaga sebaiknya agar nampak lebih kemas dan bersih =)

Sabda Baginda SAW tentang anjuran menyimpan lihyah(janggut) & menipiskan misai
daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Bukhari & Muslim.


inilah gagasan hadith yg dianjurkan Baginda SAW kpd kaum Adam sume...jangan lupa juga menipiskan misai..bukan aper agar mudah nak makan tak la tersangkut kat misai hehe anjuran2 ini menunjukkan betapa pentingnya kekemasan dalam Islam. Jangan salah anggap..menyimpan misai ini boleh, alangkah comelnya jika nipis nampak kemas. Menyimpan janggut dan menipiskan misai adalah sunat, ia juga sunnah yg Nabi Muhammad SAW tinggalkan sebagai khazanah kebaikan yg patut diikuti. Nahnu ittiba'uka Ya Rasulullah..Ya Habiballah =)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.”
Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

antum dapat fikir2kan, ini anjuran oleh Nabi Muhammad SAW. perkara ini menjadi perbahasan antara Ulama' tetapi antum dapat membezakan yang baik dan buruk. jangan kita tiru gaya org2 Yahudi dan Nasrani krn mereka memang jelas untuk menyesatkan kita dengan trend2 janggut dan misai yg pelbagai bentuk.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sahabat2 sume...mudah je nak praktikkan =) namun begitu niat kta perlu selari iaitu matlamatnya utk mendapat Keredhaan Allah. Moga2 Allah terima amalan kita walau sehalus kuman, sekecil debu, sekelumit rasa wallahua'lam =)

Ahad, 13 Disember 2009

Cinta yang ku tulis..=)



“Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengangkat tandingan-tandingan selain Allah,
mereka mencintaiNya sebagaimana mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tiga perkara, barang siapa terdapat di dalam dirinya ketiga perkara itu, maka ia pasti mendapatkan manisnya iman, iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari pada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah, benci (tidak mahu kembali) kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci kalau dicampakkan kedalam api". (Rawahu Bukhari & Muslim)


NajmeeQamar

Pejamkan mata hai hamba
sepenuh jiwa kau akan rasa
setiap jalinan ikatan cinta
yang ingin ku tuliskan

sebati mimpi jua realiti
angan-angan yang terbang dalam hati
berembun airmata tadahan suci
mengingati kembali milik sendiri



milik siapakah cinta itu
jika kau kembalikan
anugerah apakah lentera cintamu
pada pagar-pagar berduri

tertaut siang dengan malam
warna putih dan hitam
sedih silu dengan senyum
dedaunan dan sekuntum



Tulisan cinta yang aku tuliskan
sekelumit penghargaan cinta
apalah sangat hasil tulisku
andai hanya dijadikan sekadar tulisan



Hai jiwa2 yg bersih, yg berdebu, yg hitam
pilih jalanmu...tulis cintamu...
cintamu yg putih bersih bukan hitam dan berdebu...

Ya Sayyidi Ya Allah...make me blessing
don't let me...
forgive me my Lord...

Isnin, 7 Disember 2009

Dedikasi Ukhwah kita =)



NajmeeQamar

Semurni kasih ilahi

Gagasan rindu tangis bersemi

Hujan gerimis bertalu dihati

Inspirasi cinta abadi

Alam dilamar angkasa

Bintang-bintang mula menyerlah

Malam takkan suram

Suara hiba kian sepi


Rama-rama dan bunga

Memadu senyum sendu

Kelopak merah yang garang

Mekar berteman riang

Terbang meraikan cinta

Menari zikir begitu asyik

Bagai lagu dan lirik

Itulah Ukhwah kita semua…=)

)عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَن
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Khamis, 3 Disember 2009

Masjid di Syurga =)

NajmeeQamar


Salam..sahabat2 ana yg akan melangsungkan walimah mereka pada tahun ini ana dengan rasa takzimnya mengucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga, moga antum sume Sakinah dan Mahabbah wa Rahmah =)

expecially buat Saudara Shaharuddin Salleh di Pulapol, Jln Semarak KL. majlis perkahwinan pada 5 dan 12 Disember ini moga jadi Zauj yang penyayang dan soleh.


buat rakan sekelas ana di kuliah Kak Syazwani Zainal Abidin di Grik Perak dan Kak Fauziatul (GEE) di Tmn Maluri, KL. Selamat2....insyaAllah jadi Zaujah Solehah ya he2

Gagasan hadis tentang Nikah buat santapan antum di najmeeqamar blog =)

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” Riwayat Imam Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi karena empat hal, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” Muttafaqun Alaih.

Rabu, 2 Disember 2009

BBC Radio United Kingdom menemuramah INTEAM

NajmeeQamar

Salam shbt2 baru2 ni dunia nasyid tanahair dikunjungi oleh wartawan dari luar negara. ini artikel yang ana perolehi sumbernya dari Inteam.com.my oleh Abg Amin Inteam beserta gambar =)



abg Amin Inteam :

Alhamdulillah,
baru-baru ini Inteam telah terpilih untuk ditemuramah oleh seorang wartawan yang bertugas di bahagian religious affairs dari BBC Radio United Kingdom.

Wartawan tersebut yang bernama Christopher Landau telah tiba di Malaysia dari UK pada khamis lepas untuk beberapa tugas termasuk sesi temuramah bersama Inteam bertempat di Studio Haramain, inteam records pada Ahad lepas.

Antara yang ditanya ialah berkaitan kebenaran atau larangan hiburan dan muzik dalam Islam. Halatuju perjuangan nasyid dan berkaitan dengan cita-cita Inteam.

Menurut beliau, sesi temuramah ini akan di keudarakan di Radio BBC yang didengari di seluruh pelusuk Eropah hujung tahun ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan beliau nanti. Artikel bertulis juga akan dikeluarkan di website berita BBC, insya Allah.

Semoga apa yang kami cuba sampaikan dapat memberi manfaat kepada para pendengar yang terdiri dari ramai non muslim dan muslim di eropah.

Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana beliau mengenali Inteam, katanya beliau mendapat tahu dari rakan sekerjanya bahawa inteam akan mengadakan persembahan di Universiti sheffield tahun hadapan. Beliau turut merujuk tentang inteam di website ini ruangan English Version.

Maknanya kita kena improve jugaklah ruangan english versio tu, sebab ada juga orang diluar Malaysia yang merujuk di situ.

Insya Allah, semoga ini menjadi titik tolak bagi kami melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia insya Allah...
semuanya disusun oleh Allah, ditakdirkan olehnya... kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...

Alfun Mabruk abg2 Inteam...semoga perjuangan kalian diberkTi Allah =) Chaiyok2!

Ishrah Qulubana =)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...