ilham Ma'mum

Rabu, 31 Mac 2010

Khaleefah Cinta - Ubi rebus =)


NajmeeQamar

Senyum Khaleef bersambung - sambung hingga kelas berakhir. Khaleef mengemas buku-buku sambil kilas pandangan pada jam dinding yang menunjukkan pukul 2 petang. "Ya Allah aku dah lambat ni...Abi mesti risau tunggu Khaleef". Bergegas Khaleef mendapatkan basikal pemberian Tok Wan. Kayuhan Khaleef sederas yang mungkin boleh dikatakan seperti kepantasan kuda Pahlawan Islam Saidina Khalid Al-Walid r.a yang mengalahkan tentera-tentera Rom di Mu'tah, melonjak semangat menggerunkan musuh-musuh Allah..
Allahuakbar!!!.

Petang-petang begini Khaleef membantu Tok Wan menjual ubi rebus dengan basikal tuanya. Tok Wan pandai merebus ubi, berbeza dengan orang lain kerana gaya masakannya mementingkan kebersihan dan kesucian dari sudut keberkatan. Formulasi luaran dan dalaman yang diamalkan menghasilkan keenakan dan kelazatan ubi rebus Tok Wan. Kelembutan dan kemanisannya sudah pasti tidak boleh di sangkal lagi."Khaleef.... makanan yang baik mestilah halal dan baik untuk kesihatan rohani dan jasmani, membina benteng-benteng kecerdikan dan kesihatan". Pesan Tok Wan yang aku takkan gugurkan dari hayat dan masa yang kian berlari.


Kalam Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Sebakul ubi rebus dan kelapa parut aku letakkan di dalam raga. Penjelajahan pertama ubi dan Khaleef adalah padang bola...di sana kemeriahan syabab bersukan, dan ubi lah sebagai pengubat lelah mereka setelah bermain. Keriangan mula terpancar di wajah apabila Khaleef tiba." Assalamualaikum! Ubi-ubi sedap punya!" Jeritan ku memukau seketika bukan sahaja syabab-syabab tadi bahkan kerbau di tepi perigi berdekatan, senyuman mereka menggembirakan hati ku. "Khaleef...kami nak 5 bungkus, isi parut kelapa lebih sket eh...kalau tak pekena ubi Tok Wan kau tak sah..he2", puji Zunnur tersengih-sengih mengharapkan isi kelapa yang banyak. "Boleh sangat Zunnur, kau kan pelanggan tetap ubi rebus Tok Wan...Alhamdulillah rezeki kau la". Itulah manhaj yang Tok Wan ajar pada Khaleef..mesti jadi orang yang pemurah kerana yang kaya itu hanyalah Allah Taala.

Banyak destinasi menjadi singgahan ku hari ini, ini adalah bungkusan yang terakhir. Khaleef menyorong basikalnya setelah penat mengayuh sepanjang hari. "Khaleef.............sini nak". aku terpinga-pinga, gendang hati memalu deru. "Oh...Mak Jijah Ya Alah.." renjatan Mak Jijah kembali tenang." Ada lagi tak ubi rebus Tok Wan kamu tu? anak-anak Mak Jijah balik dari luar negara hari ni...jadi Mak Jijah nak beli la bagi mereka rasa". "Rezeki Mak Jijah la ni...tinggal sebungkus je...isi kelapa pun ada la sikit. kalau nak sedap lagi cicah gula Mak Jijah". Mak Jijah tersenyum simpul kerana anak kesayangannya akan pulang dari bumi Morocco setelah 3 tahun mencari mutiara ilmu di sana. Aku menanam cita-cita untuk belajar di luar negara..impian dan harapan setinggi bintang, seluas semesta tetapi tak mustahil kan2 aminnnn =)

Aku pulang membawa hasil titik peluh yang mencurah-curah, rezeki harian yang menjadi duit belanja makan dan minum seharian ku bersama Abi tercinta. Lebihnya aku masuk ke dalam tabung buluh yang Tok Wan buat khas untukku, ku ukir nama "Khaleefah". Tok Wan menyambut kepulangan ku dengan riang. "Assalamualaikum...ubi rebus Abi laku hari ni, Khaleef lapar la Abi..he2". "Subhanallah...syukrulillah, pergi la kat dapur tu Abi dah masakkan". Khaleef berselera menjamah nasi putih bertemankan ikan masin, sayur kangkung dan kuah kicap, air suam-suam dari perigi menjadi minuman kegemaran. Sambil aku menyuapkan makanan ke dalam mulutku, airmata ku mengalir..bercucuran..huhu aku masih dapat makan, sedangkan ada yang lebih teruk dari ku..


Sudah termaktub dalam surah Luqman ayat 12 maksudnya :

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

Malam menyelimuti siang itulah sunnatullah, bintang kejora tampak persis dan anggun menadahkan keampunannya pada bibit-bibit cahaya....riang ria cengkerik menambah kesyahduan malam ku...=)

Rabu, 24 Mac 2010

Khaleefah Cinta ...=) - Cokelat Manis



NajmeeQamar

BAB 1 - COKELAT MANIS

Kicauan yang mendendang alunan-aluan mengiringi perjalanan ku ke sekolah. Aku mendongakkan kepala memandang jauh ke depan, perhatian ku tertumpu pada simpang jalan. Ramai orang mengerumuni pondok kecil tepi kedai Pak Lat. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Qaryah disini tahu Pak Lat ni pandai berceloteh, ada saja modalnya untuk buat penduduk kampung tertawa. Kalau ikutkan aku pun turut terpedaya dengan cerita-ceritanya. "Eh...manja mari sini kamu", Wak tiba-tiba menyapa. "Assalamualaikum Wak, ada ape?". Pandangan ku khilaf dari rancangan ala-ala Raja Lawak Pak Lat.

PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

"Ni Tok Wan kamu ada pesan petai semalam dia lupa nak ambil, nah..masuk dalam beg plastik kamu ye". Wajah Wak begitu serius sekali, lalu aku melemparkan senyuman padanya. Wak hanya mengangguk saja sebab wak malu. Ada 3batang gigi yang masih utuh di pinggir gusi.he2 =) Aku membawa petai-petai ke sekolah, bersama beg plastik sekolah ku..beginilah hidup ku serba kekurangan tetapi aku cukup bersyukur...alhamdulillah. Aku mengayuh laju ke sekolah, perjalanan jauh lebih kurang 10KM, umpama seorang pengembara agung Ibn Battutah yang menyusuri gelombang lautan, di hempas badai biru.

Khaleef melepaskan sesak di dadanya dengan menarik nafas panjang-panjang, di ikat basikal tua kuat-kuat lalu berlari menuju ke kelasnya.


Tok2!!!"Assalamualaikum Cikgu..kawan-kawan semua". Salam ku sampaikan kerana aku sudah lewat beberapa minit. Kelewatan ku menarik reaksi mujahid dan mujahidah semua. Aku berasa hairan senyuman yang mereka ukir kan, umpama ukiran-ukiran pasir yang musnah di badai ombak sayu. Kalau bahasa mudahnya macam "kerang busuk" he2 "Maaf Cikgu, Khaleef lewat lagi" sejenak kesunyian melintasi ruang-ruang legar kelas. "Duduk Khaleef...Cikgu tak marah tapi lain kali kena lebih awal ok, dah jom kita belajar sama-sama". Kata-kata cikgu Mahmudah setiap hari menjadi Cokelat yang paling manis buatku...aku bersyukur mempunyai cikgu dan sodiq-sodiq yang memahami. Campuran karamel Iman yang mencair, menadah bisikan-bisikan rendah diri pada Pencipta...hendak saja aku terbang membawa manis-manis Ukhwah ini.
Sahabat2 sume, Khaleef.....sayang pada kalian, perjuangan ini manis dan lazat kerana aku tidak keseorangan, kerana itu juga kayuhan ku semakin laju walau jauh dan berliku...huhuuhuhuhuhuuuhuhu Alhamdulillah =)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”

Riwayat At - Tirmidzi

Menadah tangan, berhujan kan airmata,
menambah ketakutan, menambah ketakwaan,
aku hilang arah, menuju jalan salah,
berilah harapan, agar titis tangisan,
menerjah ruang Hati kesyukuran...

Selasa, 23 Mac 2010

Khaleefah Cinta ...=)



NajmeeQamar

"antara harta dan ilmu, mana yang kamu pilih wahai anakku?" Gemersik suara Tok Wan membelah malam-malam yang sunyi selepas selesai solat isyak. " Abi...Khaleef pilih ilmu", mudah jawapan ku pada Murabbi. Aku memanjakan kepala di paha Tok Wan.

"kamu memilih madu Khaleef, kamu bukan sahaja merasai manisnya bahkan khasiatnya". Senyuman mesra Tok Wan menggirangkan suasana malam, tidak hairanlah aku di gelar anak Wan Manja. Kemana sahaja Tok Wan pergi, jemari kecilku pasti menggenggam erat jemarinya.

Kemuliaan dunia adalah kekayaan dan kemuliaan akhirat adalah ketakwaan. Kamu, baik laki-laki maupun perempuan, kemuliaanmu adalah kekayaanmu, keutamaanmu adalah ketakwaanmu, kedudukanmu adalah akhlakmu dan (kebanggaan) keturunanmu adalah amal perbuatanmu.
(HR. Ad-Dailami)


Malam bertemankan bintang-bintang, kerdip-kerdip membentangkan cerita...pada masa yang sama rembulan membuai ketenangan. Nada Tok Wan menghembus rindu pada yang Esa..."Subhanallah..anakku lihat angkasaraya bahawasanya tiada apa yang dapat menandingi DIA, segalanya telah lengkap terbukti". "Abi...Khaleef suka tengok bintang dan bulan, mereka bergandingan".

Daripada Muaz r.a berkata: semasa aku berpisah dgn Rasulullah saw dan aku bertanya: "amalan manakah yang dicintai oleh Allah?" sebagai menjawab Rasullullah saw bersabda: " basahilah lidahmu dengan zikrullah"

Tok Wan mengorbankan malam bersamaku..lelap dan lena di pangkuan Tok Wan. Aku adalah anak yatim sejak dilahirkan. Ummi ku baru sahaja pergi jauh meninggalkan ku. Kasih Cinta sudah terputus tapi doalah sebagai sendu dan rinduku pada Ummi. Moga Ummi dan Abi sejahtera bersama para solihin.amin. "Ummi..Khaleef rindu sangat2 kat Ummi tau...nape Ummi pergi jauh..huhu". Bisikan nurani ku meronta-ronta, nasib ku bertuah masih ada Tok Wan, "Aceh...Tok Wan".


Nilai cinta dan kasih, ada iman yang memandu...lurah dan tebing hati-hati melaluinya. Setiap hari ku ke sekolah bersama basikal tua Tok Wan. "Kriok-Kriok" bunyi betapa tuanya basikal itu, mendendangkan lagu bersama nyanyian unggas dan serangga. Kampung nan indah damai dan permai, barangkali kucupan-kucupan tasbih makhluk-makhluk Allah berpagi-pagi keluar mencari rezeki masing-masing.

Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa-apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka kerjakan. (surah an-Nuur; 24:41)

sahabat2 ana mencuba untuk menulis hehe percubaan je ni. InsyaAllah ada la kesah2 lain nanti ye. Kalau ku kira banyak nya nikmat, memang tak terjangkau untuk ku kira, tetapi nikmat ini membuat aku rindu dan cinta, yang memutuskan benak-benak kejahilan, aku tidak tahu bagaimana ucapan syukur dan terima kasih ku, ku rasa malu kerana syukur ku kurang dan tak bergula, ku ingin kan perasaan itu, yang membelah dada ku menyintai MU..Salam Semerbak Harum =)

Rabu, 17 Mac 2010

Cinta Maroc 2 =)

NajmeeQamar

Lafazkan kalimah semerdu
kicau2 riuh sekampung
Berlari-lari riang dan girang
Embun titisan bingkisan rindu













Gagasan Hadith :

"Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya."
(HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Cinta Maroc =)

NajmeeQamar

Salam shbt2 sebenarnya ana rindukan MOROCCO he2 buat tatapan mata dan hati ana dan antum sume ye =)

Firman Allah Taala :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri."
( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )











Rabu, 10 Mac 2010

Mahar bernilai...


NajmeeQamar

Merintih tak tertahan
Menangis yang mengalir
Tidak boleh terungkap pada ucapan
kaku jua pada bibir

kelu lidah tak berbasah
tajam renungan pun kan redup
tunduk berjalan hijab pandangan
mahu saja berbaring lumpuh

Ghaib iman yang istimewa
Cinta pada yg bukan pada zahir
Sorakan kata2 mahupun tertawa

Cinta itu pasti mengalir
umpama sungai2 firdausi
airmata tinta termahal
Mahar yang bernilai...


Bismillahirrahmanirrahim,
Firman Allah Taala yang bermaksud :

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An Najm / Gugusan Bintang) : 43)

Selasa, 9 Mac 2010

Apa tunggu lagi..pakat2 tempah tiket ke Syurga =)

NajmeeQamar


Assalamualaikum sahabat2 sekalian...Puji dan memuji Pencipta seluruh makhluk2 bernyawa dan yang tidak bernyawa "Allah Azza wa Jalla" menjunjung kasih dan cinta buat Rasulullah tersayang Muhammad Habiballah Habibina abadaa =)
Teristimewa juga buat "Mak, Abah, Mama, papa, Ibu, Ayah, Ummi, Abie...all da best greeting for u with my simply smilez he2 =)

be a "Saudagar Senyuman" walaupun juz nampak gigi haha he2

Syurga dan Jannah =) something interesting about Heaven...sume orang nak menjadi Rakyat atau Mujtamak di sana. Barangkali kita hanya mendengar khabar dan teringin untuk menempahkan diri di dalam syurga. Namun begitu, hanya di mulut ia berlegar2 dan bermain2...mungkin juga dah berbuih2 kan? =)

Apa yang menariknya, Syurga adalah tempat yang indah yang banyak di nukilkan dalam ayat2 suci Al-Quran dan Hadith, janji2 yang di berikan Allah Taala kepada hambaNya yang taat dan berjaya meniti gelombang masa dan waktu hidup di dunia..kita sebagai orang Islam yang mukmin (percaya dan mengimaninya) adalah sangat relevan jika menempah tiket2 ke syurga? Bagaimana? antum tahu tak caranya...

Anas bin Malik r.a berkata:

Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Tiket Pertama : Menziarahi saudaranya ketika sakit atau uzur


Gagasan Hadis Rasulullah SAW

"Seorang muslim apabila menjenguk saudaranya yang sedang sakit, dia tetap berada di taman Syurga hingga dia pulang"
(Riwayat Imam Muslim)

Amalan ziarah menziarahi, bertanya khabar merupakan tuntutan yang amat di anjurkan oleh Islam. Apatah lagi keadaan saudara semuslim yang berada dlm kesempitan, kesedihan, kemiskinan, kesakitan...dan sebagainya..

Tiket Kedua : Menghadiri Majlis Zikir atau Ilmu


Gagasan Hadis Nabawi

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga singgahlah dan nikmatilah sajiannya"
Para sahabat bertanya : "Rasulullah SAW..apakah taman-taman syuga itu?"
Rasulullah SAW lalu menjawab : "Majlis-majlis zikir. Allah memiliki para malaikat yang selalu berkelililng mencari majlis zikir ini. Apabila mereka datang ke tempat itu, mereka akan duduk bersama orang yang berzikir".
(Riwayat Imam Muslim)

Majlis yang membawa melodi mengingati Allah Taala (segala yang berbentuk ilmiah Ukhrawi dan Duniawi). Mengalunkan persona cinta, merah kan semangat pada umat, untuk meraih redha...

Tiket Ketiga : Solat di Masjid Nabawi


Gagasan Hadith Anas bin Malik meriwayatkan Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Di antara bilikku dengan mimbarku terletak sebuah taman di antara taman-taman syurga".

Masjid Nabawi merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah penghijrahan baginda berserta para sahabat dan pengikut setia ke Madinah. Masjid tersebut dibangunkan pada bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah bersamaan September 622 Masihi.

Huhu ana nak gi sana la..moga Allah makbulkan permintaan aminnnn. Antum??? pastinya mempunyai perasaan yang sama kan =) Niat dalam hati..tak mustahilkan kalau Allah nak bagi rezeki kan2 .

Banyak lagi tiket2 yang boleh kita tempah, kalau ada kesungguhan insyaAllah. Sekiranya singgah , walaupun sekejap , sekurang-kurangnya kita cuba mencalonkan diri menjadi penghuni syurga di Akhirat..amin Ya Rooob amin Ya Allah =)

Khamis, 4 Mac 2010

Kerana Allah tidak pernah Jauh =)


NajmeeQamar

Emas dan tinta
Mutiara dan permata
Selautan dunia dan seisinya
Bulan Bintang dan angkasa
Tumbuhan awan-awan dan Suria
Jiwa-jiwa Hamba kerdil dan makhlukNya
Samada zahir dan Batin, yang jelas dan tersembunyi
yang nampak serta terhijab
Bertasbihlah memuji yang Maha


Maha Agung
Maha Kaya dan Karya
Maha Kuasa dan tidak terkalah
Maha Lemah Lembut yang mengasihani
Maha A'lim Tahu semua
Dialah yang Maha
Rabbul Jalalah
Allahu Rabbi, Rabbuna, Rabbul Alamin.

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Lailahaillallh, Wahdahu La Syarikalah,
LahulMulku wa Hua A'la Kulli Syai'n Qadeer..

Nikmat mana yang kita kufuri
Harta mana yang kita khianati
Jalinan apa yang kita putuskan
Ikatan apa yang kita ragukan

Kembalilah mencari bintang Sinar Iman
Kerlip2 yang memukau
Kerdip2 yang jauh tak terjangkau
Jangan mati kerana jauh
kerana Allah tidak pernah jauh...=)


“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥ (Hadith)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...