ilham Ma'mum

Khamis, 15 Disember 2011

Makin Tua Makin Manis & Beijing Part 2

By : Selimutsura

Assalamualaikum, awal kalam yang membuka pahala sebagai santunan peribadi
[ Terhakis segala curiga, bila tampak keyakinan pada khusnu zhon "pandangan positif", cuba membunuh keimunan hati yang berperang dengan virus-virus jahat, adakah keimunan hati itu akan terus bertahan, menguasai semula jajahan hati yang dulunya dimilikinya, segala jawapannya adalah pada tangan penguasa hati itu, atau menjadi tawanan ]

Pasti pernah anda melihat secara peribadi, atuk atau nenek anda sendiri yang sedang senyum. Wajah yang berkedut, kelopak mata yang redup, berserta giginya yang jarang, kalau tak pun luruh sekaligus. Manis tak senyuman mereka? Jawapannya selepas ini.

Baru-baru ini, ku singgahi Beijing, China. Banyak kerenah, tingkah laku, cara hidup, secara sejarahnya adalah peradabannya, berkisarkan kehebatan pemerintahnya, ketaksuban pada memahami kepercayaan walaupun tidak fahaminya, aksi kungfu, mitos metafora, itulah tempoh pendidikan mereka di sana, menjadi adat biasa yang lumrah.
Bila anda ke sana, ini yang anda akan laluinya (^^,) moga perkongsian singgah di Beijing ini ada manfaat, ku berpegang pada prinsip "Hidup dengan Makna" Hidup yang saling memberi dan menerima, kerana kita sebagai muslim umpama satu badan, terasa impak demam bersama, itulah yang ku buat untuk anda fahamiku.

1. Makanan Halal
Di Beijing, makanan halal sangat mudah dicari. Berpandukan papan tanda yang tertera tulisan khat cina Arab "al-Mat'am al-Islami" bermaksud Restoran Islam berwarna hijau pada tulisan. Secara umum makanannya berasaskan minyak juga, banyak yang dimasak goreng. Ada ayam, daging lembu / kambing yang pastinya akan digoreng bersama sayur-sayuran. Penggunaan rempah seperti lada hitam yang sangat menyengat (spicy). Jangan lupa untuk merasai teh cina, rasa dulu baru anda tahu hihi Ku anak jati Malaysia, tidak ketinggalan memesan telur dadar. Sup disini sangat bedanya dengan sup di rantau kita, ku mengelak merasainya, seperti orang demam yang tiada selera rasa. =)

Anda perlu berhati-hati untuk membeli makanan di Beijing, apatah lagi ditepi-tepi jalan, perlu memilih yang bersih dan halal. Biasanya mereka faham, orang muslim Malaysia tidak menggunakan stik, sudu dan garfu sudah tersedia, tapi lebih enak makan dengan sudu asli, mula bismillah.

2. Jangan lupa bawa bersama air botol
Ini pesanan ku tahap kritikal, kalau anda berjalan-jalan sekitar Beijing janganlah lupa air botol dan air mineral. Bukan oleh kerana kehausan, itu satu hal. Pada hal yang lainnya juga sangat penting adalah kebanyakan tandas awamnya tidak disediakan "Paip dan Air" ada tisu itu kalau disediakan la. 

Amat kasihan bagi sahabat-sahabat ku, bagai nak pengsan bila melihat tandas awam ni haha pergi masuk dulu, jangan bagi jawapan, simpan sendiri rahsia itu haha. Bayangkan tandas tersebut tiada penghadang yang sempurna, pintu tanpa pengunci, pandai-pandai la. Tetapi ku menegaskan tidak semuanya begitu. Sebab hanya satu tandas yang paling bersih dan rapi terjaga yang di temui, di Masjid Nan Dou Ya.


Air sangat penting, untuk pelbagai keperluan.

3. Barang palsu dan original

Bila singgah di Beijing, pastinya masa shopping buat semua gembira. Namun ku agak kurang berminat untuk membeli-belah tetapi membeli-manfaat. Ku dan yang lain, di bawa ke satu mall yang sangat besar bertingkat-tingkat. Jasmin (Pemandu Pelancong) memberi pesan hati-hati, jangan tertipu dengan original China.

Mall ini bagaikan syurga membeli dan membelah. Apa sahaja barangan kulit, bulu, aksesori lelaki & wanita, barangan elektronik segala bagai I-Tab, I-Pad, I-Phone, anda boleh dapat. Cuma rezeki masing-masing kalau dapat yang terbaik, tapi jarang sekali. Sahabatku tertipu, membeli 2 tas jam tangan, di bawa pulang ke hotel. Satu tas elok, satu tas lagi sudah tercabut jarumnya. Tetapi siapa yang membeli barangan kulit pastinya berpuas hati, seakan-akan original.

Kaki sangat lenguh, ku hanya membeli manfaat. Keluar dari mall melihat suasana malam. Sekitar Beijing, yang hidup dengan lampu lip lap, berpusu-pusu kesana-kemari manusia. Belajar melihat negara orang yang berbeza dengan tanah air sendiri.

4. Semakin sejuk, apatah lagi malam
Berlapis-lapis pakaian pun namun tusukan angin malam berjaya menggetarkan tubuhku. Sarung tangan yang ku beli di Morocco dulu masih elok diguna. Melindungi kesejukan malam yang kian memuncak. Kali ini sarung tangan & baju tebal itu tidak dapat menyelamatkan tubuh ini. Sepertinya sudah tiba saatnya kiamat, tidak ada yang terkecuali, kecuali yang diizinkanNya.

Salju dunia, tetapi hatiku berbisik jika turun salji malam ni alangkah indahnya Ya Allah. Mustahillah..benak dada memberitahu. Secara realitinya malam itu masih diparas 7 darjah celcius, kata temanku kalau -5 darjah celcius insyaAllah.

5. Sujudku di Beijing


Apa yang menarik dan menyentuh hatiku di Beijing ini adalah komuniti masyarakat Muslimnya. Walaupun bilangan mereka adalah minoriti, ia bukanlah satu yang gharib (asing) bagi mereka menjalankan aktiviti seharian sebagai seorang Muslim. Bahkan komuniti Muslim di sini sangat sepakat dan bersatu hati.


Masjid Nan Dou Ya, tiangnya hijau berlatar putih. Terdapat di tengah gerbangnya bentuk kubah bertahta bulan dan 2 menara bertahta bintang. Solat Jumaat dilakukan selepas 2 jam masuk waktu zuhur (sekitar jam 12), ku datangi masjid pada jam 1.45 petang kelihatan ada seorang ustaz sedang berkuliah. Jam 2 petang azan sekali berkumandang dan diikuti khutbah Jumaat, akhirnya solat Jumaat dilangsaikan.


Khutbah di Beijing, China ini dalam bahasa Arab, ada faham? hihi =)


6. Kedai Runcit
Sekali sekala ku menemani rakan ke kedai runcit kecil-kecilan. Pastinya yang ini bukan kedai Muslim. Tersusun segala jenisnya, adik-beradik rokok dan kerabatnya di almari cermin seperti di kedai emas, tunggu pelanggan memilih. Lalu datang seorang pembeli cina, ditunjuk pilihan rokok, si pekedai itu mencampakkannya sekotak seolah gaya macam berniaga ala mafia. Tetapi jangan risau ini sudah kebiasaan di sini.


7. Tempat Wuduk & Mandi
Sebelum terlupa, tempat wuduk di Masjid Nan Dou Ya ini sangat unik. Ku orang Malaysia tidak mengerti caranya, pertama kali kan. Apatah lagi ketika itu musim sejuk di Beijing. Mengambil wuduk dengan mengambil teko mencampurkan antara air di sinki (air sejuk) dan air di tempat wuduk (air panas), nak kata betapa bingungnya diri ku hihi hanya berwuduk menggunakan air panas saja. Aduhyai~


Di kamar wuduk juga terdapat bilik-bilik mandi yang sangat banyak, untuk pengetahuan semua Muslim di sini, sebelum mereka mengerjakan solat terlebih dahulu mereka membersihkan diri dahulu. Mereka akan mengelap-lap badan mereka dengan tuala yang disediakan. Rendaman air panas dan sejuk itu tadi mengembalikan keselesaan dan ketenangan. Islam sangat menuntut kebersihan dan kesucian diri apatah lagi apabila hendak menghadap ALLAH Rabbul Jalil.


Jadi jangan buat pandai, tanya pakcik-pakcik kat masjid tu lain kali haha pesanan buat ku.






8. Semangat Harimau
Negara China, sangat teruja dengan Naga mereka, kita di Malaysia dengan Harimaunya. Sebagai peminat tegar bola sepak sejak kecil pastinya tidak terlepas dengan perkembangan bola sepak negara, yang kini kian meningkat. Hari terakhir di Beijing ku sempat menyarung jersi Malaysia di sana, kerana rasa bangga dan syukur sebagai rakyat Malaysia. Apatah lagi Malaysia berjaya menewaskan Thailand pada 11 November lalu dalam Sea Games 2011.
Semangat sang Harimau, bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu menjadi pembakar semangat ku untuk bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu, dan mencapai impian. Bak pepatah Arab "Man Jadda wa Jada, wa Man Zara'a Hasola"


Kejayaan di dunia, lagi2 Akhirat aminnn (^^,)


Jawapan soalan di atas
Ku tidak tahu apa jawapan kalian.


Jawapan sendiri : Mestilah manis
Sebab jawapan : Bila makin tua, gula semakin banyak dalam diri, jadi memang dah manis pun walaupun dengan senyuman, jadi kurangkan makanan bergula, kerana semakin tua semakin manis. (^^,) haha ntah ape2 la ku merepek ni.


Ok wassalam sahaja dari saya, inshaAllah Ganu (Terengganu) jupo kawe sana deh!Makang Ikang! hihi

Rabu, 7 Disember 2011

(^.______.^) kita juga Abdullah

By : Selimutsura

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Alhamdulillah pagi yang baik, hari ini 11 Muharam 1433 Hijrah
Hari-hari yang lalu kelam kelabu, 
Awan berasak-asak membuat perhimpunan, menuruti perintah sang Cipta Agung,
Burung lelayang, berpancaragam sebagai makhluk yang riang dan syukur,
Mentari yang masih segan silu, insyaAllah tidak lagi berselindung disebalik malu,
Menyebarkan kehangatan, menabur jasa sebagai Abdu-ar-Rahman.
Subahanallah (^^,)


InshaAllah ana akan kongsikan lagi sepanjang perjalanan di Beijing =) mg ana sempat amin

Ahad, 20 November 2011

Aku tidak layak ke syurgaMU

By : Selimutsura

Ya ALLAH merinduiMU merupakan perkara yang terindah
bukan perkara biasa dan sahaja
banyak merungkai dan memecahkan kerungsingan
melodi realiti tersedia

Bukan rasanya perkara terindah..bernoktah
merinduiMU juga IBADAH
kusut dan masai
celaru dan gelisah
susur yang pelbagai berbilang



Kompasku hancur terjatuh
jarum penunjuk pun patah
berderai di hampar bumi
panduan hilang tiada arah


Ku mula mencarinya tanpa penunjuk arah
dengan apa yang ALLAH sudah tersedia
tampak cahayaMU meredah qalbuku
gerbangnya ku bukakan sepenuh raga
ruang khas tersedia
hanya untukMU 

hanya yang layak
dan Engkau yang Terlayak

حسبي ربي جل الله

ما في قلبي غير الله


Ampuni aku Ya ALLAH, aku ini terlalu berdosa, biarkan ku tangisi selalu, merintih selalu..rayuanku..aku tidak layak ke syurgaMU
namun apakan dayaku azab nerakaMU..

Khamis, 17 November 2011

Kembara Cahaya Beijing 1



By : Selimutsura


مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ


Bingkisan kata oleh al-Imam as-Syafie Rahimahullah yang bermaksud :

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu Dan barangsiapa yang menghendaki akhirat, maka hendaknya dia berilmu, Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat (kedua-duanya) maka hendaknya dia berilmu..]

Lapangan Terbang Tianjin Bianhai International Airport
Ana menerima sms.
"Tut..tut..tut.mel, assalamualaikum..jom kita ke China."- Z
"Apo..betul ke ni, habis tu tiket sume macam mana? harga pakej?" - M
"Z nak confirm kan tempat ni, nak order tiket sekali" - Z
"Bagi mel masa sikit, petang ni mel bagi jawapan" kalau ikutkan duit bulan ni cukup-cukup, untuk family, untuk kereta, simpanan sikit.
Bas bercamtum di Bandar Beijing
Lama juga ana memikirkan, malam pulang dari kerja ana pun memberi jawapan, mahu pergi tetapi ALLAH bukakan jalan untuk ana sms "Confirm Z, Mel nak gi sana jgk".

Tak merancangpun, takpelah mungkin ada sesuatu yang ALLAH mahu tunjukkan.

9|11|2011
Tiba di Beijing, China 
Mungkin kita keliru dengan kata-kata ini, [ tuntutlah ilmu walau ke negeri China ] sebenarnya ia bukanlah hadis atau perkataan yang disandarkan pada Rasulullah SAW, ianya adalah kata-kata peribahasa arab yang lazim dan sangat popular diperkatakan oleh orang ramai. Bahkan [ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad ] juga merupakan bukan hadis yang disandarkan pada Rasulullah SAW, sahihnya ia adalah kata-kata Imam Ahmad Hanbal Rahimahullah, kita perlu jelas disini.

Almond terbaik dari China
Segala bermula disini, sebelum bertolak ana berkumpul di Setapak di rumah sahabat baik namanya (Z), jam 5 pagi bersantapkan air coco honey (Ana Edar). Terus langsung ke LCCT, KLIA dan tiba pada jam 6.15 pagi menaiki teksi diiringi hujan yang agak lebat. Berkumpul bersama 8 orang lagi yang mengikuti.

Selesai check in barang dan tiket, kami bersubuh. Memohon pd ALLAH agar dipermudahkan perjalanan dan keselamatan sepanjang penerbangan pergi. Lebih 6 jam kami berada di dalam kapal terbang Air Asia (D7 312) di sit 27H sekali lagi sebelah sayap kanan, jam 8.30 pagi bertolak dan tiba pada jam 2.35 ptg di Tianjin Bianhai International Airport, Tianjin.

Solat adalah tuntutan, walau berada di mana, situasi atau keadaan, solat wajib dilakukan. Biasalah dalam flight tiada ruang, apatah lagi Air Asia memang sempit. Wuduk masih ada, laksana solat jama' di kerusi. Inilah tarbiah secara praktis.
Perjalanan ke Beijing

Suhu di Tianjin ketika ini, 9 Nov adalah 10*c siangnya. Menyua muka ke luar Airport memang cukup terasa kesejukannya. Kami dipertemu dengan Jacky dan Jasmin (Tourism Guide). 2 watak yang cukup hemah dan peramah. Jasmin pandai berbahasa Melayu (slang Indonesia), ana cukup teruja dan menganggap ianya sesuatu yang luar biasa, sedangkan kita pun tak reti langsung berbahasa Cina.

Beijing di huni 26 Juta manusia (jumlah penduduk Malaysia), 500,000 nya adalah sandara Muslim. Dinasti China mencapai tamadunnya yang tersendiri selama 5000 tahun, bahkan terkemuka di dunia. Pernah diperintah oleh Dinasti Mongol (Raja Genghiz) watak pejuang Muslim pada ketika. Laksaman Cheng Ho diberi mandat pd zmn Dinasti Ming, bersama 27,000 anak kapal dan 307 armada.

2jam perjalanan dari Tianjin ke Kota Beijing. Sambil Jasmin menerangkan secara ringkas sejarah China, mata sudah tertawan dengan sekitarnya. Lebuh 2 lane jalan, berpemandangan tanah rata yang kering dan berdebu.  Namun masih subur dengan tanaman padi, jagung. Rumah, kilang, lopak tasik dan jalaran sungai. Pepohon di  warna putih pada batang bawahnya seperti memakai kain menutup aurat, kaedah mengelak kulat.

Pertunjukan Akrobatik
Di Beijing, tidak sah sekiranya kita tidak dijamu dengan persembahan akrobatik dan kungfu. Sudah pastinya pertunjukan ini sangat mengagumkan. Kebudayaan rakyat Cina moden dan tradisi yang memikat penonton-penontonnya. Dewan kebudayaan di tengah kota Beijing. Sembah tari loncatan, gasing cina, topi ajaib, dan yang menakjubkan ialah Akribatik Motorsikalnya. Bertambah kagum lagi apabila salah seorang penunggangnya adalah wanita, berani menggalas cabaran. Tak mustahil, wanita boleh melakukannya. Jasmin menyatakan bhw zaman pemerintahan Dinasti China, wanita dianggap golongan yang lemah (sama pandangnya seperti org arab Jahiliah).



al-MaT'am al-Islami
Di Beijing, cukup mudah untuk mengetahui tempat-tempat makanan halal. Namun begitu ia lebih mudah apabila mencarinya di kawasan bandar. Tertera tulisan arab [al-MaT'am al-Islami] di hadapan kedainya, setidak-tidaknya tulisan Bismillah dan Lailahaillallah. Kini musim sejuk jadi lupakan saja Air batu campur, teo ais, fresh2 ais yang ada hanya air suam panas dan teh cina. "No - ais ok"

Kebanyakan cina non-Muslim juga suka untuk menjamu selera di restoran orang Islam krn kebersihannya dan selesa. Menjadi kelaziman masyarakat cina, sup sebagai hidangan pemanas badan. Kebanyakan jenis makanannya berminyak, dan tidak sah jika daging, ayam dan ikan tersebut di campur bersama sayur. Makanan sihat dan seimbang. Tidak hairanlah, jika sudah berumur 100 tahun pun masih kuat bertenaga.



Baitul-Muslim di Beijing
Baitul Muslim
Mesti dalam fikiran kita, menganggap BaitulMuslim sebagai tempat untuk mencari jodoh. Tapi ini sangat berbeza, baitulMuslim adalah sebuah pasaraya besar yang terdapat di Kota Beijing, ala-ala mart GIANT & MYDIN di Malaysia. Terjelas sekali di tempat ini semuanya produk-produk halal tayyiba. Malam sebelum check in kami membeli barangan keperluan dan kudap-kudapan.

Memejam mata di Taishun Bussiness Hotel
Mata ini sudah tidak tertahan lagi, penat perjalanan 6 jam di dlm flight dan 2 jam menaiki van komuter, dibawa pula pusing-pusing ke Kota Beijing, merasai aroma negara China. Maghrib di Beijing pada jam 5.04 ptg dan Isyak pada jam 6.30 ptg. Beijing mula gelap pada jam 4.30 ptg, suhu nya mula meningkat lebih kurang 6*celcius. Seusai solat..ana sms family di Malaysia, selamat malam Beijing.

10|11|2011
Juyongguan Badaling (Great Wall of China pintu Juyongguan)


Selepas bersarapan pagi, kami bertolak ke wilayah utara Beijing melalui Dengzhuang Bridge menghala ke Jingxang Expressway. Oleh kerana menghala ke utara, suhunya mencecah 7*celcius. Pagi tersebut ana memakai 4 lapis pakaian, apatah lagi mendaki Great Wall.


Jasmin (Tourism Guide) memberitahu kami, Great Wall ini dibina ketika Dinasti Ming pada abad ke 14. Mempunyai kejauhan 7000KM, melalui 9 wilayah di China. Binaan teragung bangsa Cina ini dikatakan boleh dilihat di angkasa. Tembok Besar China ini dibina untuk mempertahankan kota di bawah kekuasaan Dinasti Ming dari serangan orang-orang monggol dan serangan musuh.


Subhanallah, begitu hebat
Alhamdulillah, ana berjaya menjejakkan kaki di sini
Allahuakbar, sungguh hebat ciptaan manusia ini tetapi perlu dilihat pula siapakah yang menciptakan si pencipta Tembok Besar ini. Itulah yang terlintas dihati, ana bersama 2 orang sahabat berjaya menawan hingga ke checkpoint yang kedua sahaja, itupun dah tercungap keletihan.


Berada di ketinggian itu, terasa satu perasaan yang menakjubkan..hebatnya Ya Allah, kerdilnya diri ini. Bila berada di atas Tembok Besar, kebergantungan kita pasti pada ALLAH, melihat sekitar pemandangan yang begitu cantik dan indah. Kelihatan tangga-tangga yang kami naiki tampak mudah, tetapi curam dan besar-besar.






Ujian belum berakhir, masa mendaki memang pantas, masa untuk menuruni tangga itulah ujian sebenar keberanian diri ini, pada paras ketinggian itu, jantung berdegup laju, kalau terjatuh wallahua'lam, yang membuat ana hairan, masa turun adalah lebih sukar dari mendakinya. Lutut terasa goyang dan ketar.


Tidak hairan lah kata-kata sarjana Cina, 


"Tidak digelar pahlawan jika tidak sampai ditembok besar china"



Kilang Jade, Cristal dan Sutera
Sudah pastinya, negara China merupakan syurga membeli belah bagi mereka yang meminati barangan perhiasan terutama golongan wanita, termasuklah yang lelaki. Kami dibawa ke sebuah bangunan besar yang menempatkan barangan Jade di JADE BONA  Museum. Kami diberi penerangan cara-cara Jade di ukir, kenal palsu dan jade sebenar serta petua memilih jade yang baik.


Begitu juga kristal, pemilihannya sangat memukau mata-mata yang memandang. Ada beberapa jenis kristal, yang paling terbaik adalah di China yang ditemui di makam di raja. Pertama kali ana memegang sutera, begitu halus dan lembut sekali. Satu fakta yang sangat menarik ttg sutera adalah ia tidak menyerap habuk atau debu seperti kapas dan kapuk. 












Sutera sangat baik untuk kesihatan dan keselesaan. Tetapi Islam mengharamkan kaum lelaki krn ia adalah pakaian khusus untuk wanita, disebalik hikmah tersebut sutera melambangkan kehalusan sesuai dengan watak seorang muslimah.


Satu petua yang hebat ttg jade ini, Harga yang mahal pada batu jade bukan pada jade tersebut, tetapi kepada siapakah yang mengukir jade tersebut, jika keturunannya merupakan pengukir jade terbaik dan turun temurun,itulah yang termahal.
Sempat membeli potato rebus














itu adalah KPI JADE, kalau KPI orang Muslim adalah TAQWA.












Firman ALLAH dalam khazanah teragung al-Karim 
[ Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.]
(Al-Hujurat:13)
Taman YIHE (Taman Musim Panas)

Taman Yihe terletak di Daerah Haidian, Kota Beijing, luas 290 hektar, 20 km lebih dari Tian An Men. Ia dikenali dengan nama Taman Musim Panas kerana ditempat inilah terdapat sebuah singgahsana Maharani Suzi, pemerintah dinasti yang terakhir.

Taman Yihe terdiri dari Gunung Wanshou dan Danau Kunming, pemandangan sangat indah berlatar belakangkan "SUNSET Subhanallah sungguh indah sekali. Dikatakan pada musim salji, tasik Kunming ini akan membeku dan menjadi tempat untuk bermain ski. 

Kami merupakan rombongan terakhir untuk menaiki feri kecil untuk melihat kapal yang diperbuat daripada batu, sungguh menakjubkan, sungguh terpana dan jatuh cinta. Bersambung =)





Isnin, 7 November 2011

Asyik Adha al-Akbar

By : Selimutsura


Oh hari Aidil Adha
Subuhnya indah begitu
Takbir bergema alam ceria
Suasana sentosa jiwa hilanglah lara


Allahuakbar wa lillahilhamd
















Bermandi sunat tanda pemula ibadah
Bibir basah nya zikir memerdukan suara
Sikat rambut rapi disapu minyaknya
Berwangi bersih kopiah dirapi
Menghirup secangkir teh o suam
dan rendang kerisik


Allahuakbar wa lillahilhamd


Berlabuh jubah terlukis senyuman
Menuju ke masjid wuduk disempurnakan sebelumnya
Solat dua rakaat ditunaikan
Laungan takbir berkumandang dan didendang
Berjemaah meluahkan seiring


Allahuakbar wa lillahilhamd


Oh Aidil Adha
Aku rindu dan cinta
Saat ini
Damainya suasana 
Damai lagi hati ini


Percikan darah melimpah bumi
Korban bukan sekadar korban
Korban sejujur mana ikhlasmu
Pertaruh sesuci mana imanmu


Ya Allah
ku dakapi ketenangan ini
biar ia berlama-lama dalam hatiku
Allahuakbar wa lillahilhamd


[ Salam Eidul Adha buat semua muslimin & muslimat, raikan ia dengan penuh keimanan dan ketaqwaan ]


Selepas Morocco & Riau, Indonesia, ana akan bertolak ke Beijing, China pagi esoknya untuk meneruskan MUSAFIR SELIMUTSURA ke negara yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dunia lebih-lebih lagi sejarah Islam, di mana terdapat makam sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kalau berkesempatan insyaAllah ana akan kongsikan bersama manfaatnya, ana mohon maaf buat semua yang mengenali, doakan perjalanan ana ke sana selama 4 hari ini diredhai Allah Taala, dipermudahkan, dipelihara sentiasa...(^^,)


Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...