SOLAT! Anda sedang Online
dengan Allah?
Hari-hari sudah pasti kita
tidak terlepas berdepan dengan pelbagai masalah. Jiwa kacau, tidak aman dan
tenteram. Rasa gundah yang membusung di hati membisik-bisik, boleh ke aku buat
macam ni? Betul ke apa yang aku buat? Bos bagi kerja banyak sangat la, Ok ke KO? Masa penuh dengan kerja-kerja
kat ofis, kantor dan di lapangan. Dengan cahaya matahari yang terik di atas
kepala, suhu bumi yang panas, berpeluh-peluh melaksanakan tugas dan melunaskan
kehendak orang lain.
Letih, penat dan lesu turut mengiringi
sakit-sakit sendi. Kerja mengangkut dan mengangkat barang, memukat dan menjala
di lautan, mengajar dan menerangkan di sekolah, ke hulu ke hilir menjaga
keselamatan, berniaga dan berjual-jual, menulis dan memerah idea, menggoreng
dan memasak di dapur, menyapu dan mencuci, menggalas beg menjinjing fail. Etc
Selesai tugas awal pagi hingga
tengahari, waktu rehat pula dihabiskan dengan makan dan minum, berbual-bual
dengan rakan sekerja, setidaknya solat tidak diabaikan sebagai kewajipan hamba
pada BOS yang Maha Agung. 5 waktu yang wajib sebagai MODAL dan solat-solat
sunat umpama BONUS Keuntungan, bicara al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah.
Perlu ambil tahu, perbuatan
WUDUK adalah terapi pertama yang mampu mengurangkan tekanan yang memenuhi ruang
fikiran. Wajah yang kering dan kontang akan kembali pulih, kian berseri dan
bersih. Automatisnya otak kian segar dan
sihat, proses recharge berlaku. Tangan yang kotor selepas kerja-kerja memunggah
kembali tampak lembut, jika tidak tadi kasar. Kaki yang dibaluti stoking
melembap, pasti tidak enak aromanya~~)eeei.. dengan wuduk dapat membersihkan
tapak kaki dari anasir bakteria kelembapan yang menarik-narik untuk malas ke
tempat solat.
Wuduk mampu membuang kotor
fizikal, bahkan mampu menerjah kotoran dalaman umpama malas, hasad, riak dan
sebagainya. Oleh yang demikian, seusai wuduk kita disunatkan untuk berdoa, agar
kita jadi insan standard (VVVVVip di hadapan ALLAH Taala).
Mari doa:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu
wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal
mutathahhiriin waj’alnii min ‘ibadikassolihin.
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa
sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah ,
masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah
aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci dan hambamu yang soleh.
Sudah cun dan anggun, wajah dan
anggota kita. Pakaian menutup aurat dan suci sudah cukup untuk ONLINE di hadapan ALLAH, jadi inilah
masanya.
Mengapa saya katakan ONLINE dengan ALLAH itu adalah SOLAT
secara anda sedar mahupun tidak. Saya jawab ye persoalan ini :
1. Rukun Salat ada 13 seperti lazimnya yang
kita ketahui. Sudah pasti niat anda? Jadi niatlah. Perkara pertama yang diajar
adalah NIAT. Praktikalnya dalam setiap ibadah, wajib dimulai dengan NIAT. Kita
luaskan skop, maka apa jua pekerjaan yang anda lakukan mesti dimulai dengan
NIAT. Mahu nikah? Mesti pasang niat, mahu berjualan? Mesti fokus niat. Mahu
belajar? NIATlah! Tapi niatnya LILLAHITAALA. Memutuskan perbuatan itu peroleh
pahala atau sia-sia.
Sudah akses kata laluan? Akses
Pasword?
Secara automatiknya anda telah CONTACT
dengan Tuhan tentang tujuan perbuatan itu. Ok anda sedang dalam talian.
Besar betul kuasa akses niat ini, Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada
niat” [Al-Bukhari dan Muslim]
2. Takbiratul Ihram adalah takbir yang
mula-mula. Hebatnya setiap gerakan kita iringi dengan takbir (takbir Intiqal). Membesarkan kebesaran
ALLAH Taala yang Maha Agung. Sebagai pengucapan menTAKBIRkanNYA(membesarkan), menTAKZIMkanNYA(memuliakan),
kekaguman kita hamba lemah dan kerdil datang penuh harap, penuh sopan, penuh tawaduk.
(Rendah diri) Nak mohon kerja pun kena la, buat penemu duga suka kan2? ALLAH
Taala sangat suka hambaNya yang bersyukur, memujiNYA kerana DIA layak dipuja
puji.
Bacaan Doa Iftitah, pembuka seri ONLINE
kita. Mari lihat teliti maknanya sangat besar hikmah dan pengharapan. Kita
beradab dan berhadap, tampil dengan penuh kekerdilan dan juga mengakui bahawa
segala-galanya lillahitaala. Anda sedang ONLINE!
Secara LIVE!
Perhatikan, ayat Innassolatiy, wa
nusuki, wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil Alamin. Dan dengan itu aku
DIPERINTAH dan aku adalah golongan orang-orang Muslim, confirmation that you’re Muslim bro! Must obey. Pendaftaran secara ONLINE!
3. Perlu ambil tahu, semasa dan tika kita
membaca surah al-Fatihah..secara langsungnya kita sedang berkomunikasi dengan
ALLAH secara ONLINE, LIVE dalam
Solat. Pada awal bacaan, kita memuji ALLAH sebagai RABB sekalian alam, layak
hanya DIA dipuja-dipuji (Penguasa alam Kiamat, alam malakut, alam barzakh, alam
dunia, alam Rahim). Kita pun bermohon, apa permohonan kita? Lihat ayat 5 – 7.
Perkataan yang
begitu humble memujuk rayu pada ALLAH
Taala. Kita meminta dan memohon di dalam solat. Petunjuk dan hidayah jangan
disesatkan berulang-ulang dalam setiap rakaat. Permohonan kita itu, didengari
ALLAH secara LIVE. Para Malaikat juga mohon pada ALLAH agar permintaan hambaNya
itu diterima. Inilah permintaan yang DIRECT
ONLINE. Tetapi kita mudah lalai, leka masa waktu solat pun, melilau fikir
pasal kerjalah, fikir pasal duitlah. ADUHHH!Nauzubillah.
4. Menghadirkan diri dalam solat, memerlukan
aura yang kuat. Hebatlah mukmin tersebut jika dapat merasai, menghayati, kusyuk
yang sedar akan dihadapannya ALLAH Taala. (Seolah-olah kalian merasai
kehadiranNYA). Keyakinan yang ajaib sebagai bukti kita beriman(believe without boundaries and doubt).
ONLINE secara langsung ini, menunjukkan betapa dekatnya kita dengan Maha
Pencipta. Sedangkan, kita menghadapnya dalam solat dalam keadaan yang tidak
cun, tidak bersungguh-sungguh. Ruginya! Solat bukan sekadar taat melakukannya
tetapi memberi sepenuh penumpuan dan fokus (fikiran dan jiwa).
5. Ok ana bukakan satu lagi permintaan kita,
tikanya waktu kita duduk antara dua sujud :
{ Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii,
wa'afinii, wa'fu'annii }
(Wahai Tuhanku, AMPUNIlah
aku, RAHMATIlah aku, CUKUPKAN aku, TINGGIKAN DARJATku, KURNIAKAN REZEKI aku, TUNJUKIlah
aku, SIHATKANlah aku, dan MAAFkanlah segala kesalahanku.)
Waktu tersimpuh duduk,
selepas bersujud (tanda serendah kehambaan) kita membacanya. Permohonan secara
DIRECT ini, komunikasi yang mudah dan bermakna. Praktis ONLINE secara langsung
yang didengari oleh ALLAH dalam solat. Sedar atau tidak? Semuanya dijawab oleh
ALLAH, mudah-mudahan ALLAH Subhanahu wa Taala memakbulkan. Amin
TAHNIAH ORANG SABAR!
Sebenarnya banyak lagi,
amalan-amalan secara ONLINE dengan ALLAH Taala bukan sekadar baca al-Quran,
berdoa, berzikir, iktiqaf di masjid sahaja, anda perlu EXPLORE! Melihat kebesaran
ALLAH disekeliling kita, gunung-ganang, dasar lautan terbentang, kutub utara
selatan, bintang dan bulan, alam yang luas terbentang, SEGALANYA ITU ONLINE. Anda sendiri perlu membongkarnya. Oleh yang
demikian, mereka yang sedar akan hal ini jiwanya kental..keyakinannya melebihi
tahap keraguan (MUSLIM SUPER). Kerana mereka RASA ALLAH itu sentiasa mendengar,
yang kurang, yang lemah, yang tidak cukup. ALLAH membayar CASH pada yang sabar,
di dunia lagi apalagi Akhirat. InshaAllah.
Salah silap mohon tegur =)
“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka
beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Hud| ayat 11)
Ana tinggalkan link yang baik
(Mengerjakan Solat Lengkap)
Masjid al-Azhar, KUIS Bangi
20 MAC 2012