ilham Ma'mum

Rabu, 14 November 2012

Memori | Saya dan KUIS 1

By : Selimutsura
Subhanallah, Subuh di Kuis. Saya shoot dari tingkap asrama dulu
Tidak dapat saya bayangkan sudah 3 tahun meninggalkan bumi KUIS. Mula-mula daftar atas nama KISDAR penghujung september 2005, ketika itu asrama lelaki di Kolej Shahabuddin yang kini menjadi asrama pelajar muslimah. Kini tersergam asrama kondominium.

Masih segar dalam ingatan, zaman masih slim di KUIS..Ini apa yang saya alami dulu, dan apa pelajar KUIS tidak alami sekarang. Mungkin!hihi

Susur jalan ke kuliah melalui susur ke masjid. Dulu tidak berbumbung, pelajar-pelajar yang melaluinya akan berbasah hujan sejauh 500 meter ke Bangunan Fakulti Pengajian Islam.
berjaya menawan puncak KUIS
Waktu jalan kaki paling indah, ketika saya menyusuri susur itu untuk solat Subuh berjemaah sambil-sambil itu saya suka melihat ke langit. Bebintang dan bulan kadang menemani, sejuk, tenang, gelap, seram..hanya saya dan Allah yang tahu. Kini laluan itu berbumbung dan khusus untuk kaum Hawa sahaja.

Masjid adalah jantung KUIS, menepati ciri-ciri pengajian seperti di Masjid al-Azhar, Kaherah. Bukan sekadar solat, tempat berusrah, berbincang, menunggu sebelum masuk peperiksaan..dan tempat saya tidur, sementara masuk waktu Zuhur dan kuliah petang.
Ala-ala kulit album
Tapi saya, pernah memanjat menara Masjid al-Azhar, KUIS. Mudah saja, dulu memang sengaja suka-suka.hihi

KUIS fames sangat dengan tasik! Saya jatuh cinta dengan tasik KUIS.
Pagi-pagi saya akan berjogging bersama teman-teman mengelilingi tasik, dan di hujung tasik ada buah-buahan. Kami pernah tanya pada Ustaz, boleh ke makan buah yang ditanam sekitar tasik KUIS itu. Ustaz cakap halal sebab tapak KUIS ini dibina atas tanah waqaf.
Juara kayak tahunan, acah jer..haha
Saya juga berkayak. Sekarang mungkin dah tidak boleh sejak kes kematian seorang pelajar dulu. Hati-hati selalu ya!

Rindunyer dengan meja saya ni..hoho
Saya ada meja belajar yang menarik. Biasalah untuk dapatkan mood belajar yang mantop, tempat pun kena mantooop! Tengok meja kawan-kawan lain masih kosong tanpa sebarang hiasan. Kelam kelabu.

Teman akrab bilik G302 menggamit kenangan, kami bertujuh Faiz, Zul, Khamis, Lutfi, Bazli, tak ingat sorang lagi junior~maaf. dan saya.
kami memang suka berjemaah kemana-mana, tepi tu lecturer baju biru.
Faiz, pelajar Mass Comm yang agak popular ketika itu. Orang Penang yang pandai berkata-kata dan bergaya ala artis, satu yang perkara tentang dia yang saya tak lupa makan megi dengan bawang yang ditanam sendiri.Dia juga pandai mengayat orang perempuan.hihi tapi alhamdulillah dia sudah dikurniakan seorang cahaya mata dan menetap di Butterworth.

Zul, pelajar Usuluddin..mai dari Langkawi. Sifat tegas dalam bab-bab agama menjadikan dia dikedudukan pelajar cemerlang. Bahasa Arabnya juga tip-top tapi kami bersaing kuat ketika itu, belajar tak salahkan beri pecutan hebat! Satu yang istimewa tentang Zul, dia minat sukan-sukan ektrim seperti parkour. Pakaiannya suka ala-ala tentera sikit tapi sebenarnya dalam hati ada taman indah. Akhirnya dia dijodohkan juga dengan wanita yang dia sendiri idamkan. Solehah..Mabruk!hihi

Khamis, jenis pendiam macam diam-diam ubi berisi..berasal dari Johor. Siapa tahu, dulu di KUIS hanya sekadar diam, kini di UKM seorang perwakilan pelajar yang masyhur. Mengambil jurusan Dip. Syariah Undang-Undang, dia juga pelajar cemerlang. Satu yang menarik tentang Khamis, sikapnya yang bersahaja dan melakukan senaman dalaman ala-ala yoga setiap pagi. Saya saksikan saja hihi..hujung tahun ni nikah. Subhanallah.

Lutfi, sahabat sekuliah Dip. Syariah. Orang Selayang yang sangat pemalu. Bila ada saja pelajar-pelajar muslimah melalui, dia dengan saya memecut laju seperti lipas kudung. Itulah malu pada kami ketika itu. Pagi-pagi atau malam-malam dia akan siap menyeterika baju di atas katil miliknya. Selalu jadi ketua kelas Syariah B 3 tahun berturut-turut, menang tanpa bertanding. Kini sudah ber-graduasi di UKM.
Kelas saya, hanya 4 orang lelaki sahaja. 25 orang perempuan. Waaaaa!

Bazli, Umur lebih tua dikalangan kami, tapi sekali tengok macam junior kami.haha Saya dan teman-teman panggil dia POKLEE berasal dari Besut, Terengganu. Satu jurusan dengan Faiz dan satu statement dia yang saya masih ingat, "aku doh tokse makang ayang, jemuuuu!". Sebab dia kerja di KFC selama 2-3 tahun, semenjak itu lauk nasi dan ikang saja. Bazli pulang ke Terengganu, dan memulakan kariernya di sana.

Seorang lagi...haaa Nazirul. Dia junior saya, masuk ketika kami semester 4. Tak banyak tentang dirinya tetapi satu yang kami buat, kejut Subuh sampai terpaksa siram air ke muka.

Budak malas belajar!
Itulah saya dan KUIS. Serba sedikit.

Banyak yang saya belajar, 
bersyukur pada Allah menemukan kami, dan perpisahan itu juga rahmat. 

Bersambung...dalam episod "Kami dan KUIS" pula.hihi

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

1 ulasan:

  1. assalam nak tanya klau permohonan kuis ni klau kte tolak pihak kuis terima balik x wlaupun sebelum ni sye dah buat permohonan secara online

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...