Adik comey ni nasihat saya jgn sedih hihi |
Saya mengesat peluh didahi dengan jemari yang mengelupas. Mentari begitu terik sekali, jam di tangan menanda jam 3.30 petang. Saya mula menolak troli yang sarat dengan kotak-kotak buku untuk dihantar ke kedai berdekatan. Seorang teman sekerja turut sama membanting-tulang.
Tiba-tiba saya disapa.
"Eh! ni Memel-kan?" Seorang lelaki tinggi lampai, berkemeja kemas tersisip di sisinya i-Tab.
Saya pun tidak perasan kerana agak keletihan saban seharian kerja. "Haaa...ingat-ingat, Ya Allah jumpa kita kat sini. Wah..lain la sekarang."
"Takde-lah, Ko buat apa sekarang ni? Kerja mana?"
"Alahai..inilah kerja aku." Mudah saya membalas sambil tersenyum.
"..aaa..Dengan baju t-shirt macam ni..berpeluh-peluh, panas ni..dah macam kerja buruh pulak aku nengoknya. Berat tu.." Balas teman lama saya, senyum lebar.
Senyum saya menjadi tawar, "hihi..taklah..aku banyak kerja luar, hantar buku, angkat buku, buat marketing camtu la..lebih kurang..dah biasa..Syukur alhamdulillah. Kerja mana sekarang ni lepas habis belajar?" Saya bertanya.
"Oh..dah 2 tahun kerja pegawai kat jab.@#$*%$. Keluar-keluar graduate..3 bulan camtu aku kerja. Nanti ko nak minta tolong, susah-susah panggil aku."
Hati saya, hanya Allah yang tahu. "Aku ok..syukur dengan kerja ni, seronok dengan kawan-kawan takda masalah. Biasalah kerja macam ni orang tak pandang sangat, asalkan kita bahagia dengan kerja kita, dan nilaian best itu pada Allah. Ko pun dah bagus sekarang ni, dahsyat la..hihi."
Dipendekkan cerita.
Kira stok, tidur dengan buku-buku ni =) |
Matanya terkebil-kebil, "Ok la Mel, jumpa lagi la..aku ada meeting ni. Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam, bila-bila nampak aku tegur la eh..ok selamat.." Mata ku kecil. Meneruskan tolakan ke lif kedai berdekatan.
Saya rasa terkilan..
Kuatkan hati memel!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maafkan saya
Maafkan daku duhai sahabat jika ku tak sempurna, kesempurnaan itu milik Allah.
Daku tidak salahkan-mu kerana dirimu tidak mengerti pekerjaan-ku..
Saya berpesan.
Sekalipun Mak Cik Cleaner ditepi jalan, mengelap tingkap, menyapu dan membuang sampah, mereka layak dilayan seperti yang lain. Bagi saya mereka lebih baik kerana menjaga kebersihan kawasan agar persekitaran yang lainnya menjadi bersih.
Orang lain memanfaatkan tenaga dan kudrat seorang Mak Cik Cleaner, menyebabkan anda boleh bekerja dalam keadaan lapang dan selesa.
Jauhilah pandangan sedemikian pada orang lain. Di sisi Allah Taala taqwa itulah pilihan terbaik!
Saya suka, saya bahagia dengan kerja saya.
Ia HALAL LAGI TAYYIBA!
Mudah-mudahan BERKAT..aminn... ^^)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-ayat Cinta
1. Rezeki yang baik {al-Baqarah 172, 212, 254| Al-An'am 142}
2. Urusan Rezeki kerja Allah Taala {Ali-Imran 27, 37| Hud 6 |Ar-Rad 26 | Ar-Rum 37}
dan saya memetik Hadis ini, saya memandang ke cermin diri.
Dari Az Zuba'ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak."
(Riwayat Imam Bukhari).
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Sekitar Jalan Ipoh, 45000 Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan