By : Selimutsura
Ditahan Polis
Eimam Ukail meluncur laju menunggang motosikal kapcai Honda Bon Siew, menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Kopiah berbelang-belang biru disarungkan ke kepala yang baru saja dibelinya ketika di Kuantan, Pahang.
Azan pun berkumandang, sahut memanggil.
Selepas melepasi simpang trafik, Eimam memecut sekitar 50 parameter mendaki Bukit Keramat yang agak tinggi. Alangkah tergamamnya Eimam pemanduan yang ceria untuk ke masjid bertukar 180 darjah.
Polis menahannya di balik Bukit Keramat.
"Allahuakbar..." Bibir Eimam mula mengetap.
"Nak pergi mana ni?" Salah seorang anggota menyapa.
"Pergi masjid bang..nak solat." Eimam cuba menjawab dengan senyuman kerang busuk.
"..Oh..tengok lesen.." Seorang lagi anggota pun datang, bersama kapcai Yamaha 135LC.
"aaa...saya tak bawa la bang, nak gi masjid je.." Eimam mengenakan pakaian baju melayu memang tiada poket, dan kain pelikat.
Brader polis yang baru datang pun mencelah." Kau tak bawa lesen, lepas tu tak pakai topi keledar, ikut undang-undang kau ni salah. Sekarang ni kau nak buat apa?"
"Semacam je bunyi nye.." benak hati Eimam berkata-kata.
"Oklah..bang, sekarang ni saya nak gi solat dulu, nak mengadap Raja Segala Raja, saya kena turut dahulu yang wajib! Undang-undang Allah Taala! Lepas tu abang nak saman ke, nak bayar denda ke lepas kita tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Kalau tidak kita juga akan dihukum oleh Raja penguasa undang-undang. Jom ikut sama!"
Terdiam...#bunyi cengkerik#hihi#
Suara iqamah pun bergema. Polis-polis itu pun tersipu-sipu dan seorang berkata. "Ok..takpe-takpe...pergi la solat dulu. Lepas tu datang sini balik."
Eimam pun berlalu pergi ke tujuannya.
Usai solat maghrib berjemaah. Eimam melaui kawasan itu semula. Semua anggota polis sudah tiada.
"Alhamdulillah..moga-moga mereka sedar undang-undang siapakah yang patut didahulukan.."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallahil-azim wa bihamdih.
Allah adalah penguasa hati, penguasa lautan dan langit, penguasa alam dan semesta.
Sekecil-kecil zarah, DNA, Sel, dan sebesar-besar kejadian semua itu dibawah kawalan dan urus-tadbir Allah Rabbul Jalil. Jalla Jalaluh!
Sunnatullah dan Syariatullah.
Bulan dan bintang, patuh dan tunduk.
Matahari dan awan, taat dan menyembah.
Semut dan kala, tersungkur dan bersujud.
Para penghuni langit dan bumi, luar dan dalam semesta.
Semuanya, every single things, kulluhum..
..pasti dan mesti menghadap Raja Segala Raja..
bertasbih, memuji-muja, bertakbir, membesarkan.
Patuh. Tunduk. Taat. Sembah. Sujud. MUTLAK!
Tapi manusia, selalu takabbur dan sombong..
"Saya selalu takabbur dan sombong! Ya Allah ampun..ampun..ampun."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hudud dan perundangan Islam
Siapakah Penguasa bumi, dan alam semesta? {al-ikhlas|1-4}
Undang-undang siapakah yang patut kita dahulukan? {al-an'am 57 & 114-115}
Siapa yang ditaklif atas mukabumi (dipertanggungjawab)? {al-Baqarah |30}
Apakah hikmah jika ikut undang-undang Allah?
لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا
"Hukum Hudud yang dilaksanakan di muka bumi adalah lebih baik bagi penduduk bumi dari mereka diberi hujan tiga puluh pagi."
(Hadith Riwayat An-Nasa-ie , dari Abu Hurairah , Sahih Ibnu Majah no; 2057,
Ibnu Majah 2/848 no : 2538)
Siapakah kita untuk menyatakan tidak? {al-Haj 30} {al-Baqarah |229} {an-Nahl |89}
Mengapa perlu ikut Undang-Undang Allah bukan manusia? {al-An'am |116}
Bukti? {al-Quran & Hadis}
Apa itu al-Quran? Kalamullah! Petunjuk! {al-Baqarah |1-5}
Apa itu Hadis? Wahyu melalui lidah, aturcara dan sandaran drpd Nabi Muhammad S.a.w.
Semulia-mulia makhluk. Allahumma Solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain.
Para alim ulama' ada tak?
Kenapa tak tanya pada mereka?
Kenapa Ulama' pula kena tanya persetujuan kamu?
Mengapa kamu banyak soal?
Terlalu memandang berat pandangan yang bukan Islam?
Ini hukum fitrah, ALLAH lebih Tahu dari kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah lebih Mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalanNya. Dan Dia lebih Mengetahui tentang orang yang mendapat petunjuk.
{al-An'am 117}
Dan beringatlah wahai-wahai kalian yang sombong kepada Allah!!!
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”
{an-Nisaa' |115}
Se-hina inikah gambaran kalian? Bertaubatlah.
Islam datang bukan untuk menghukum
tetapi mendidik.
Wallahua'lam.
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan