ilham Ma'mum

Ahad, 19 Disember 2010

Rupanya dia menjadi isteriku.. =)



Team (Komuniti Teman Inteam) menggondol tempat ke - 3 pada Sabtu yang lepas, Kejohanan Bowling anjuran Nasyid Rijal di Ampang Point, no 1 & 2 team Rabbani..Tahniah Ukhwah kerana Allah (foto by Nazabi)
By : Selimutsura

Meronta - ronta bertabur - tabur
Gula yang manis mencair di lebur air
Gugupnya sang pencinta ditirai tabir
Memohon sembah pengampunan dosa tergugur

Kali - kali semboyan bergema
Bahagi - bahagi rezeki bersama
Berdarab - darab ribuan berdoa
Bertolak - tolak jauhi gempita

Assalamualaikum sahabat2 semua, mula jari menaip semula blog kesayangan ini, kerinduan menitis dititipan kekunci komputer, menaip serba cerita yang masih segar, sebagai ibrah dan juga renungan sesama beriman pada Allah Yang Empunya Kuasa =)

Maaf ana ucapkan sekian lama, sebulan juga tidak menjenguk blog ni, ke - BUSY - an yg mendatang rebutlah andai ada kelapangan, kerana terhujah dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang mulia, Rebutlah 5 sebelum 5..tenteramkan jiwa, bermain - main dengan mainan dunia, berwaspada di padang permainan ini, semata - mata hanya untuk Allah Taala dan kebaikan umat Islam.

Ana sudah berjanji akan menyambung..sambungan posting yg lepas tetapi ana terlupa buku catitan ana tertinggal di rumah, yang pasti tunggu di posting yg akan datang.
Sepanjang minggu lepas dan minggu ini ana sedang menghadapi imtihan nihaei, kelancaran dan kemudahan mohon doa kalian amin..

KISAH - rupanya dia isteriku (Cinta Tempe Goreng)
oleh : Selimutsura

Hebat sungguh penulis buku ini..tersentuh hatiku. Membaca hingga ke muka akhirnya. Mungkin ini kali pertama ku habiskan buku novel ini, kebanyakan nya hanya separuh jalan tidakpun hanya terselit rapi di ruang almari sebagai hiasan dinding yang berlubang. Penulisnya berlabel nama sastera Wangi Iman. Hebat2..menginjakkan inspirasi ku untuk semangat menjalani hidup.

Aku hanya si penjual tempe di bahu jalan. Cuaca hari ini agak mendamaikan, kelihatan mentari segan - segan ditutup awan. Kadangkala angin bayu membadai khemah kedaiku, membayangkan hujan ataupun sebaliknya. Tempe - tempe mula berenang di lautan minyak, tempe bersalut tepung yang enak.

"Mari3..tempe enak, rasa madu, sekali pasti nak lagi.."

Sudah bertahun - tahun ku berniaga tempe disitu, boleh dikatakan sekitar kota sudah mengenali ku. Apa lagi tempahan2 pakcik makcik sekitar kota, disiapkan bungkus lagi. Macam McDonald nak wat style Take Away lebih kurang..hihi Tempe goreng cicah sambal kicap..ummmp..panas2.

"Assalamualaikum, umm..sedapnya bau..bagi saya tempe goreng 5 ringgit". Seorang gadis berbusana muslimah senyum melihat tempe - tempe ku. "OK..beres" mudah jawapan ku, kelihatan perasaan gembira terlakar pada riak wajahnya..mungkin pertama kali beli kot..hihi whatever lah..asalkan bahagia. Detik hatiku.

Hari - hari , gadis yang sama datang membeli tempe - tempe goreng ku. suatu hari tiba - tiba terdetik untuk bertanya "Adik ni kerja kat sini ke? Pertanyaan ku mencari konklusi. "Oh..saya kerja kat Toko Kedai depan tu..baru je 2 minggu lepas, saya terdengar ada orang jual tempe goreng sedap kat sini..saya saja singgah..tapi memang enak saya suke..alhamdulillah".

"Oh..kita mesti kreatif, salutannya mesti kemas, had masa gorengnya pun mesti dijaga, kerapuhan dan kelembutannya, kebersihan dan kesucian juga mesti dipelihara..baru la ramai pelanggan datang. Kalau goreng, hati mesti bersih, barulah tempenya wangi dan enak, yang paling penting mulakan dengan bismillah..baru ada class.." kata ku menamatkan cerita.

Manifestasi daripada Buku karangan Wangi Iman, "Goreng2 Kreatif" menyedarkan aku tentang selok belok menggoreng yang betul..

Muslimah itu pun tersenyum.."betul3" katanya.

Aku adalah anak yatim piatu, aku duduk bersama Pakcik Ajwad dan isterinya Makcik Rasyidah. Ku anggap mereka sudah seperti ibu dan ayahku. Kematian kedua buah hatiku yang meragut mereka ketika menunggang motosikal membeli tempe - tempe di pasar borong. Semenjak itu ku meneruskan kerja sebagai penjual tempe, kerana dengan cara inilah membolehkan ku membina jaringan silaturrahmi dengan kenalan2 ibu dan ayah.

Dari Ibu Mas'ud ra bahawa seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah saw, "Manakah amal yang lebih utama?". Beliau menjawab : "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kpd ibu bapa dan berjuang di jalan Allah".

Ku belek semula wajah novel Wangi Iman muka 102 :

"gOrengan yang Rangup, mestilah gaulan antara tepung dan mentega dengan mesra,sudah pasti tuan yang menggaul itu jua mestilah seorang yang mesra, rangup digigi mesra di mulut dengan zikir" - manifestasi novel "Goreng2 Kreatif"

hmmm..secret recipe.. =)
seharian kaedah2 ini menjadi intrepetasi kepada tempe - tempe ku, alhamdulillah kini tersergam indah kedai "Tempe Enak Rasa Madu", impian sudah menjadi kenyataan..syukur rasanya. Kini pelanggan tak perlu berpanas2 mencari tempe, bahkan mereka boleh mendapatkannya melalui frozen sahaja, yang perlu ada ketulenannya.

Manifestasi Novel Goreng2 Kreatif muka 141 :

"Tulen itu Keaslian, Istiqamah salutan dan bakaran, yang tetap itu disukai Allah"

Sedang aku membelek2 plastik di bawah meja kaunter tempahan..
"Assalamualaikum, umm..sedapnya bau..bagi saya tempe goreng 50 bungkus".
Macam pernah dengar suara ini, ku berdiri..
"eh..waalaikumussalam, awak yg selalu beli tempe saya masa dulu2 tu kan?"

"tak sangka, awak sudah berjaya sekarang ini..Mabruk!" kata gadis muslimah berjubah hijau. "hihi..rezeki Allah alhamdulillah..ni sume berkat doa semua..dan tak lupa juga my secret inspiration "Goreng2 Kreatif".. (^^.)

"Goreng2 Kreatif???" tanya gadis itu.
"yup..tulisan Wangi Iman..saya dapat semangat melalui novel ini selama ini..menjadi pembakar semangat saya selama ini". Jawab ku dengan penuh semangat.

Tiba-tiba gadis itu terus pergi setelah mendapatkan bungkusannya,
"Saudari sekejap...siapa nama awak? - Tanyaku
"NurEiman Utrah!"- jawabnya mudah...dalam benak hatiku...NurEiman..Utrah...
Eiman = Iman ,Utrah = Wangian.........ape.......

Selepas 5 tahun kemudian...

Lafaz nikah sudahpun terucap, riang sungguh hari itu subuhnya begitu syahdu..suam - suam tanpa kemaraan cahaya mentari. Masih terbayang lagi ungkapan itu..menerjah fikiran ku hingga membawa ku tersenyum leka..

Tuzawwijha NurEiman Utrah binti Elyas dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai wa Qobiltu..

siapa sangka si penjual tempe bertemu jodohnya dengan anak Toko Kedai Buku terkenal rupanya yang merupakan pemulis novel "Goreng2 Kreatif" karangan Wangi Iman.Sebagai anak Toko Kedai, dia tidak pernah ambil kesempatan untuk memiliki kemewahan bapanya, katanya dia mahu berdikari sendiri kerana dia mahu rasa kepuasan dalam mengejar impian menjadi penulis novel. Aku merestui kehendaknya..sokongan dan dorongan agar dirinya kuat dan tabah..

Muqaddimah kisah ini bermula kerana minatnya pada tempe gorengan ku. Selesai tugas di Toko bapanya, dia selalu singgah di gerai kecilku untuk membawa bekal makanan pulang ke rumah. Katanya tempe goreng ku memang asli dan enak.

hingga hari ini, dia sentiasa menemaniku berjualan sambil memberi ku kata2 semangat pengganti "Goreng2 Kreatif" novelnya. Rupa - rupanya dia menjadi isteriku..hihi

-TAMMMMAT-

aLHAMdulillah ini percubaan ja sahabat2 huhu mohon komen yang membina, Jazakumullah selamat menikmati hidangan Tempe dari ana =)

Ahad, 12 Disember 2010

3 KISAH - LRT, SOGO, MASJID AS-SOBIRIN

NajmeeQamar
3 Kisah - LRT, SOGO dan Masjid Assobirin

Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, ku bersiap-siap bergegas ke stesen LRT Damai. Biasanya pada waktu ini semua orang berpusu – pusu untuk ke tempat kerja. Lebih kurang 5 minit berjalan ke Stesen itupun dengan langkah seribu. Ku kenakan jaket sukan hitam kerana kini cuaca tak menentu kadang langit menangis tak henti – henti ( hujan lebat hingga banjir) sekitar tempat kerja. Payung yang ku bawa entah mana ku letak mungkin tertinggal dalam dalam LRT minggu lepas gamaknya.

Ku langkah kaki kanan ke dalam tren, pergi ke sisi kiri terus memegang palang. Mata melirik melihat kebanyakan orang. Hari ini agak tidak ramai mungkin orang – orang sudah memilih hujung tahun untuk mengambil cuti lebih bersama anak – anak..(mungkin). Tak sedar dihadapan ku dua hamba Allah Zauj dan Zaujah (Suami Isteri) kedua – duanya buta..berbisik – bisik tapi terbias ke muka telingaku omongan si suami, “ sudah sampai ka kita ni?”. “Belum bang…rosak la suara operator”. Dipegang tangan suaminya mungkin si isteri masih dapat melihat sedikit, meruntun rasa kasih pada suaminya, ditangan kiri digenggam tongkat 3 patah (biasa digunakan oleh orang buta). Senyum ku ukir melihatnya, doa buat mereka cinta sampai syurga amin. “Ding Dong!” sampai stesen Masjid Jamek berjalan keluar menuju ke LRT Star pula. Terpaksa melintas ke seberang, sekitar LRT berpuluh – puluh meja kecil (jual sarapan pagi) dibuka di tepi bahu jalan yang Melayu, Cina..Indonesia. Lapar berlagu – lagu melalui kawasan itu.

*Sekecil manapun kebaikan kalian, Allah melihatnya walaupun hanya dengan berniat, apatah lagi kita perbuat, pasti berganda pahalanya*

“Maka barangsiapa yang mengerjakan amal kebaikan walau sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, Maka barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya”
(Surah Al-Zilzal : 7 & 8)

Baru – baru ini, ana sengaja singgah di Sogo KL..biasalah murah2 baju kat Jalan TAR, baju pun sudah capuk dimamah usia, baju di kolej dulupun masih dipakai.. Dipoket ada sedikit wang..biasanya ana bawa yang perlu, bajet nak beli baju sehelai dengan seluar. Khabar – khabarnya sekarang ada “SALE” kita tengok dulu sejauhmana kemurahan dan keSALE-an nya =) Pusing – pusing Alhamdulillah, jumpa satu T-Shirt lengan panjang harga pun standard, tak mahal tak murah..(fikir sendiri). Pusing – pusing lagi tak jumpa seluar yang sesuai. Bila dah sampai sini, ana takkan lepaskan peluang ke Tingkat 4 rasanya. Kalau kanak – kanak memang kawasan ini ma’ruf jiddan (familiar). Tersergam barang – barang mainan, potongan – potongan harga kian rancak. Memang rezeki ditakdirkan murah time tu, ana pun jadi rambang mata melihat robot2, kereta2 mainan, BEN10, Tranformers lagi. Sekadar datang untuk melihat sahaja, tapi macammana dah minat dan suka, tangan tiba – tiba gatal nak ambil akhirnya berjaya membeli satu hihi Tingkat 4 merupakan kawasan kanak – kanak, baby wears. Memang banyak la mak ayah dengan baby masing2.

anak Jiran depan umah..memberi senyuman pada Lensa ana =)

*Didiklah anak – anakmu mengenal Allah dan Rasul, mencintai Allahdan Rasul, dan asuhlah dengan baik sepertimana kasihnya Rasulullah SAW terhadap anak – anaknya*

Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian:
“Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”

Stok untuk bulan ini hantar ke Kedah

Selesai kuliah di universiti jam 6 petang, ana bergegas ke Lembah Keramat, Masjid As-Sobirin AU5. Malam ini ada kuliah yang akan disampaikan oleh Ustaz Khazim Elias, pendakwah yang tidak asing selepas ana terbaca satu banner di simpang jalan menuju ke Taman Permata (hala ke Giants) minggu sebelumnya. Pertama kali singgah di Masjid itu, alangkah cantiknya Sihrij (Kolah wuduk) nya, Zinah (Hiasan) kawasan ambil wuduk penuh ngan marmar kecil dan halus. Berwarna – warni sekitarnya, dihujung satu ruang bermeja – meja hidangan roti. Kelihatan masjid penuh hingga ke saf yang terakhir begitulah kehangatannya majlis ilmu malam itu. Antara intipatri ceramah pada malam itu ialah bacaan hadis kitab Bahrul Mazi. Namun bagi memudahkan perkongsian ini ana buat secara numeral (~~.) inshaAllah.
3M ada makna (^^.)

1.Isu umur perkahwinan antara Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah R.A, kekeliruan masyarakat apabila anak gadis berkahwin di bawah umur (undang-undang Malaysia menetapkan umur 16 tahun kebawah dilarang berkahwin kecuali dengan keizinan pihak mahkamah syariah). Mengikut syariat seorang anak gadis sah jika cukup syarat2nya. Ustaz Khazim menjelaskan isunya bukan faktor umur tetapi kerana kelayakannya diharuskan berkahwin (Layak atau tidak layak). Isu ini timbul apabila ada puak – puak tertentu mempersoalkan hak wanita dalam satu resepsi majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak JAWI secara beramai – ramai, apabila ada salah satu pasangan umur si lelaki 23 tahun berkahwin dengan pasangan pilihannya yang berumur 14 tahun. Isu lapuk ini sudahpun terjawab lama tapi sengaja di jadikan isu semula.

2.Galakan Nabi Muhammad SAW, supaya memberi peringatan dan pesan – pesanan dari kalangan orang – orang terdekat dahulu iaitu keluarga, saudara-mara dll (Akrobin).
3.Saidatina Aisyah R.a juga dikenali sebagai Siti Aisyah As-Siddiq

4.Pesanan Rasulullah SAW supaya sentiasa meningkatkan amal soleh kerana dengan amal soleh lah dapat menyelamatkan kita dari azab neraka dan azab di Yaumul Hisab, yang membawa kita selamat dunia akhirat ini bukan pegangan politik dan sebagainya tetapi amal soleh. Di Malaysia, manusia lebih berbincang tentang politik, perpecahan orang melayu, isu itu isu ini tetapi kita tak sedar isu agama, isu ibadah, isu akhirat yang jauh lebih afdal. Sesebuah parti itu bagus, tetapi yang menjadikan parti itu tercemar adalah kerana orang – orang yang merosakkan imej parti itu sendiri samalah seperti Islam, ia indah cantik..tetapi…??? Ustaz Khazim menyelar sebuah blogger. Header atas penuh dengan kalimat LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, kata-kata sedikit tentang perjuangan Islam tetapi post – post nya banyak kata – kata kurang enak (kesat) kepada orang lain. Ini bukan ajaran Islam, Nabi Muhammad SAW tidak mengajar umatnya begitu. Islam itu cantik dan baik dari serba serbinya, tetapi orang – orang macam inilah yang memburukkan imej Islam sendiri.
5.Kisah Amar yang gugur syahid di medan Uhud, masuk Islam ketika peperangan sedang berlaku, masuk ke syurga sebagai syuhada’ walaupun belum sempat solat dll.
6.Jangan suka menghukum orang lain, siapa kita untuk mengkafirkan orang, menuduh orang lain dan melabelkan seseorang (mulut automatik), Allah tak melihat pada luaran kamu, tetapi Taqwa yang dikira.

*banyak lagi sebenarnya, nanti ana sambung pada ruangan yang lain inshaAllah, kisah syafaat Nabi Muhammad SAW di Yaumul Hisab dan 5 ciri – ciri yang diberi oleh Imam Al-Ghazali tentang musibah* wallahua’lam


Firman Allah Taala :
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di Akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak –banyaknya.”

(Al-Ahzab : 21)
Sedalam mana cintamu pada Allah dan RasulNya,
kalau diri tidak mengikut contoh yang baik,
kata – kata, hasad, buruk tingkah laku,
masih gagal ditarbiyyah,
jangan sebut tentang perjuangan Islam,
kalau masih belum sedar kesilapan sendiri...
(Pesanan buat diri dan sahabat2 semua)

Sabtu, 4 Disember 2010

Kisah Anak kecil dan ibunya & 1432 H =)


NajmeeQamar

Kaki lima laluan sekolah rendah Datuk Keramat berdekatan pasar Keramat masih lengang, ana melihat jam di tangan menunjukkan jam 7.45 pagi. Suasana sejuk pagi - pagi sudah hangat - hangat. cahaya matahari mula muncul dengan senyuman yang tak sudah - sudah, mungkin melihat cucu - cicit Adam yang berawal bangun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifahtullah. Bagus lah..tidak bermalas lena di rumah sekurang - kurangnya manfaat masa bangun menikmati udara segar =)

Pandangan ana terarah pada kaki lima sekolah, ana terlihat seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 50-an, berbaju lusuh hitam, di selimpang pada bahu baju kemeja belang - belang, rambutnya hanya mengelilingi bahagian tepi agak kusut, sedang asyik menikmati nasi lemak sambil bersila dan kaki kanannya dinaikkan, makan penuh sungguh - sungguh, di dinding tepi ada 2 bungkus air Teh o ais, masih basah (berais). Terkadang ada orang yang melalui kaki lima itu, berwajah ala - ala takut, jijik, ada juga yang memandang nya saja konon berperasaan, ada yang mengelak berlebihan (rasa jijik).

Di saat ana melihat gelagat2 tersebut, kaki lima itu di lintasi seorang pakcik berkopiah putih di bahu kirinya disandang beg kecil, perhatian ana teralih seketika, rupa – rupanya di dalam beg tersebut ada seekor kucing mengiuw2, sedang tangan kanan nya membawa makanan kucing (macam friskies) mungkin baru dibelinya di pasar Keramat, di dekat2kan pada kucing itu agar dapat menghidunya, pakcik itu seolah memujuk2 atau bercakap2 dengan kucing kesayangannya, begitu tersentuh hati kecil ini mengingatkan pada sahabat Baginda S.A.W “Abu Hurairah” r.a yang sangat menyayangi kucing hinggakan nama asalnya tenggelam dek gelaran Abu Hurairah (Bapa Kucing). Pada hemat ana kucing itu mungkin temannya di kala sunyi, agar tidak sendirian, ada teman untuk bercerita, walaupun kucing itu tidak faham apa yang diperkatakan tetapi sekurang – kurangnya meringankan sedikit penderitaannya.

Kembali episod asal hihi =)

Orang tua di kaki lima kini sudah selesai makan, kelihatan perasaan lega, di basuh tangannya dengan air teo ais tersebut, di basuh tangan dan mulutnya berkali2, dilemparkan saja ke dinding air itu, dikeronyok bungkusan nasi lemak dan di simpul rapi dalam plastiknya. Lalu baju kemeja yang diselimpang di lap – lap kan ke seluruh badan, muka pun di lapnya, kemudian dia pun duduk sediakala dan di goyang – goyangkan badannya. Mungkin selesai makan rasa selesa dan gembira, masanya untuk menghiburkan hati sendiri. Makin lama makin ramai yang melalui kaki lima, seolah – olah menjadi tumpuan umum.

Berlari – lari seorang anak kecil terlepas dari genggaman ibunya. Gelagat si kecil yang comel memikat hati ana, tidak hairanlah anak kecil ini menyejukkan hati, lalu dia pergi pada pakcik tua itu..berdiri melihatnya saja. Anak kecil itu pun mendapatkan ibunya semula di tarik2 ke tempat pakcik tua itu, dan anak kecil itu menghulurkan tangan pada ibunya diminta duit, ibunya mengusap kepala anaknya lalu diberi duit berwarna biru (RM 1) dan anak kecil itu beri pada pak cik tua itu, diambilnya dilipat dan disimpan di kocek kemeja. Subhanallah…melihat kegembiraan anak kecil dan ibunya mereka pun beredar. Allah Taala memahami keadaan hambaNya, segala kisah tercipta mengandung hikmah, ana suka berjalan – jalan melihat perihal manusia, hikmah – hikmah ini apa yang telah di ajar oleh Rasulullah S.a.w. Walaupun seringgit ia memberi makna dalam hidup seseorang..wallahua’lam sekadar cerita pendek (^^.)

"tidakkan berkurang harta yang kita infaqkan dengan ikhlas melainkan balasan yang berlipat ganda"

Dikesempatan ini ana ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432H, menghayati sirah mahmudah Nabi Muhammad SAW, terjemahkan dalam perbuatan dan hati mu..sentuhlah kenikmatannya, pasti kalau kalian hanya dengar namanya saja sudah menangis kerana rindu pada Rasulullah SAW… =)

Selasa, 30 November 2010

Crayon pagi =)

NajmeeQamar Kuning, biru, hijau, pink, merah dan jingga ungu, hitam, kelabu, putih dan cokelat Kembali pulang kenangan Morocco tercinta Detik kembara mematri hati semakin teringat Assalamualaikum shbt2 kenangan ku, di mana antum semua, sudah lama kita tak bersua, menikmati TOO JIN dan KUS KUS bersama, Kalau masih segar di minda, nafas dan nadi masih di sana, hembusan bayu membadai di jiwa, kencangnya rindu pada suasana dan masa, berjalan berlari berdiri dan duduk tepi Oudaya, Jamiah Muhammad al-Khamis, Ustazah Ghanzah, Ustazah Nourah, Kuliyyah al- Aadab wal Ulum, Lughah Arabiyyah, Masjid Sunna, Dorih, Amazig, Qal'ah, Bardun, Baitul Ujrah, Taroudant, Souk Qadeem, Souk el-Lailah, Rubu'Dajaj,Laban, Raib bil launil ahmar, Halwah, As-Shai bil na'na', Ashir, Masjid Hasan Thani, Etihad, Sarung Tangan, Vaseline, dan banyak lagi..dalam ingatan =) Sekadar mengingat kembali kisah hidup di bumi Morocco.. Bertemu kerana Allah Berpisah kerana Allah Kerana Allah kita berukhwah Kerana Allah kita berbaiah atas nama Cinta dan KasihNya (^^.)v

Video kenangan khas buat sahabat2 Morocco



Crayon kehidupan yang Allah lakarkan adalah yang terbaik, perlu hargainya dan bersyukur. Tika kita sedih, ingatlah bahwa Allah akan ciptakan satu kisah untuk menggembirakan kita, yang penting anda percaya ;)

Isnin, 8 November 2010

UK…Ehem2…@ UKM


NajmeeQamar

“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”
Al Kahfi: 109)

Assalamualaikum sahabat2, alhamdulillah dunia assignment kini kembali mengelilingi kompas perjalanan ana. Masa dan ruang yang agak singkat bagi memenuhi tahun dua yang sedang ana redahi. Kesukaran semakin terasa apabila berada di semester yang berikutnya, kayuhan dahulunya mungkin secara sepoi – sepoi bahasa tetapi kali ini kayuhan nya agak laju sedikit. Kadang – kadang masa untuk mengejar waktu “BREAK” mungkin tak sampai sejam pun. Kuliah pagi 8.30 hingga 12.30 tghari petang pula jam 2.00 ptg hingga lah jam 6.00 ptg. Campur waktu makan, solat, berjalan, huhahuha.. Kalau dapat balik awal tu rezeki masing - masing bersyukurlah sangat hihi

Kelopak mata menghayun – hayun, kepala tersengguk – sengguk, terkulai juga di meja kuliah yang keras menjadi bantal terbaik pada ketika itu..=) Keijtihadan yang bersungguh – sungguh untuk menuntut ilmu apatah lagi bila sudah bekerja menjadi satu cabaran besar, sa’ah fi yad menunjukkan jam 3.30 petang pensyarah tiba – tiba tukar topik..mungkin sebagai rencah untuk mengelak mengantuk katanya : “org tuntut ilmu ni kalau tido masa belajo..tido nyer bagusssszz..barakah nyer lain macam je..tido takpe tapi jangan dengkur sudah “ kelas sunyi seketika………kroohhhhh…krooohhh..alamak orang sebelah sudah syahid rupanya..melihat wajah penat bagai tak tergalas..sekelas gelak habis..(^^.)

Majoriti sahabat2 ana yang sekuliah sudah pun mempunyai pasangan hidupnya, bahkan anak – anak pun sudah 1,2,3,4,5 mungkin ada yg lebih. Namun melihat semangat mereka, kesungguhan mereka ana ter “recharge” untuk menguatkan semangat menuntut ilmu. Dari sudut logiknya pun, ana melahirkan rasa kagum akan kesungguhan mereka kerana sahabat ana ada kata “bila dah kawen ni lagi la semangat nak keje, nak cari nafkah, nak belajar..”. Ada yang datang dari Sg. Petani, naik bas lagi…waduh2 sungguh besar pengorbanan. Inilah ertinya kehidupan, bila memikirkan kesusahan memang susah, tapi selepas susah itu pasti mudah..percaya bahawa Allah sentiasa memberi kemudahan. Believe Allah is always by ur side =)


Sejak akhir – akhir ini, sahabiah sekuliah kelihatannya ramai yang berbadan dua..rakan di KUIS dahulu expecially gurl mula mengorak langkah membina masjid, kini ana sudah ada 2 orang anak buah..kira pangkat pakcik la sekarang ni. Tahniah ana ucapkan buat Kak Wani yang selamat melahirkan anak sulungnya chop lelaki di Penang. Hero makin bertambah la camni hihi Khabar – khabar anginnya makin ramai yang akan menyusul Alhamdulillah menambah umat Muhammad SAW. Dua’ mendapat anak yang soleh solehah amin..geram rasanya bila melihat gelagat2 anak – anak kecil..fitrah nikmat kasih sayang yang tercipta subhanallah. Baby tomei..hihi

Jauh benor topik kali ini dengan topik semasa..begitu juga topik di atas. Aduhhh..kembali pada tajuk semula =)

Semalam kuliah ada satu teka – teki yang menarik,
Pensyarah pada mula – mulanya seakan – akan serius, mundar mandir..memikirkan soalan yang sesuai untuk golongan – golongan tua macam kami ini hihi soalannya “Berikan nama sebuah negara yang kebarangkalian negaranya banjir dahulu baru hujan???” alamak ini teka – toki..(^^.) gaya seperti serius + dahi berkerut + tangan di dagu, begitu sempoi soalannya..hmm bila dah berumur ini berkarat juga memikirkan teka – teki ni. Haha…sudah pastinya perbincangan mencari jawapan begitu hangat. 30 saat sahaja masa yang diberikan akhirnya “oke…saya tahu kamu pun tak tahu, sudah jangan nak tunjuk terer” haha agak berdarah juga komennya, biasalah gurauan kita layan je..” mudah je, jawapannya anak saya pun tahu..”BAH-RAIN”…amacam tergugat ke..(^o^) aduhai..berguling – guling tergelak.(bukan guling2 maksudnya lawak la)hihi kadang – kadang ilmu kecil2 macam ni pun kita pastinya tak dapat menjawabnya..sudah pastinya kita kembali melihat Firman Allah Taala ini :

“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Lukman: 27)

Tajuk di atas ada kisahnya, ada kalanya sahabat2 lama ana terutama teman –teman sekelas atau sebelajar tanya..”Belajar kat mana skg ni?” ana jawab la “Ana blaja jauhhhh…kat UK skang ni…UK ehem2..(UKM) hihi (^^.) 143 UKM, Universiti Kesatuan Mujahidin..Allahuakbar!!!

p/s – InshaAllah kisah2 Khaleefah Cinta akan menyusul dengan plot yang lebih menarik. Amin.

Ahad, 31 Oktober 2010

....kerana Allah itu Maha Kaya..(~~,) huuu



NajmeeQamar

Antara Kaya Harta, Kaya Iman dan Kaya Makanan yang anda makan

Between Rich, Richer and the Richest..chose one???

min sohibul aggnia'..man turid???

Assalamualaikum,
tersentuh hati ana pada kata-kata Ustazah Noraini Sekinchan, meluahkan rasa yang terbenam dalam hati, menimbulkan reaksi untuk ku berfikir dengan tazkir ringkas sebelum menyuapkan rezeki dikala tengahhari yang agak terik diselang seli angin padi yang kadang mendamaikan...

Semalam ana ke rumah saudara menjenguk nenek yang kian uzur, nenek tak sakit, darah tinggi, kencing manis, rabun, dan lain-lain apatah lagi kanser pun tiada alhamdulillah. Kerana faktor usia yang semakin meningkat menjadi fitrah manusia ke alam bayi semula. Memerlukan belai dan kasih anak-anak yang menjaganya. Bila ana salam nenek yang terbaring, nenek bertanya " Sopo iki? (Sape ni) orak kenal... " ana senyum pada nenek yang kini menjangkau usia 90-an. Mak tiba2 tolong jawabkan " Mamat...mamat iki..Memel...Memel ". Nenek masih tercengang - cengang tidak ingat sambil mengangkatkan badan sedikit melihat ana secara dekat. Lalu abah pun datang..nenek tanya " Musbah nandi? orak teko? ohhh...Musbah ". Nenek senyum memang menyentuh hati, melihat ana sambil senyum kerana tidak berjaya mengingatinya.

Ana terfikir, bila usia ku menjangkau seperti nenek..adakah mungkin anak-anak sudi menjaga ana moga-moga Allah menganugerahkan ana dengan anak-anak yang soleh solehah aminnn. Nenek dijaga oleh keluarga Ustazah Noraini, ana panggil Wak Aini..kakak kepada Abah yang kini fulltime pendakwah bebas. Meskipun sibuk dengan kerja-kerja dakwah namun masa untuk memberi kasih sayang dan tanggungjawab kepada seorang insan bernama ibu tak pernah rasa membebankan. Kalaulah ana mampu sudah pasti ingin ana jaga nenek disana, menjenguk nenek pun Wak Aini sudah lega..menterjemahkan kesukaan akan kedatangan kami.

Apabila sudah siap makanan tengahhari dihidangkan, Wak Aini memulakan tazkir ringkas sebagai tanggungjawab seorang ahli keluarga saling memberitahu akan kebaikan. Sentuhan bicara hati ke hati membelai ana pada kata-kata ini :

" Cuba fikirkan, kita ni pergi ceramah isi minyak RM 30, upahnya RM 15 atau RM 20..kadang belanja makan 2 orang ada dalam RM 15...kalau nak difikirkan mana rezekinya..mana upahnya...tapi kerana Allah itu Maha Kaya...DIA menghendaki segalanya, Keberkatan menyampaikan ilmu ataupun berdakwah itu jangan dikira upahnya, fikirkan ganjaran akhiratnya...Contoh kita makan2 ni banyak lauknya..ada ikan taucu, ada sup tulang, ada burung puyuh goreng dan macam2..tapi tak habis pun, macam tak luak je...sebab keberkatan rezeki tadi..Allah menilai akan kesusahan kita, Allah menilai keikhlasan kita..."

"Kita ada kereta, kita ada rumah, kita ada suami ada isteri, ada anak-anak...semuanya itu akan kembali pada Allah, kita ni nak hidup lama mana sedangkan usia Nabi Muhammad SAW pun hanya mencecah 63 tahun sahaja"

Ana jua mengungkap kata-kata dari Abah " Kita ni hebat sangatkah, kita rasa diri kita ni hebat sangat, ada kuasa ada ilmu tetapi zalim, orang kaya sekalipun tetapi hati kosong.."

Mendengar kata-kata tazkir ini, mengingatkan ana..erti sebenar Allah menciptakan manusia. Tujuan asal diciptakan Ayahanda Adam dan Ibunda Hawa.

Apapun kesusahan yang menimpamu, pupuklah kasih sayang sesama saudara, rendah kan hati bersederhanalah, lontarkan kata-kata dengan baik dan hikmah, sampaikan yang baik walau sedikit, ana tak kesah ana miskin ana tak kaya..yang ana kesah Kaya Cinta pada Allah....

kerana Allah itu Maha Kaya dengan KASIH SAYANG...(~~.) huhu

Kita sama - RAIHAN (hayatinya...huuhuu)

Isnin, 25 Oktober 2010

Ya Allah aku tidak layak =(

NajmeeQamar


Ya Allah...
Ya Allah....
Ya Allah....
Yang Maha Penyantun jua Maha Lemah Lembut
Aku menangis Ya Allah
seharian ku
Esakan airmata jua hati
hina nya aku Ya Allah
aku tidak layak langsung Ya Allah

Ya Allah..
Yang Maha Pengampun jua Penyayang
Aku kelu, aku bisu
adakah esakan ku doa ku
diterima..
Aku hanyalah insan biasa
Berusaha terbaik untuk berubah
tetapi..
Betapa rendah nya kedudukan ku
aku tidak layak langsung Ya Allah

Ya Allah..
Yang Maha Pendamai dan Penenang
Aku pasrah aku redha
apa jua balasan dariMU
Tersimpuh ku pada sejadah
Tertunduk malu ku menadah tangan
hingga ku tersungkur terbaring
kerana aku tidak layak Ya Allah...



Rindu demi rindu yang terluka
pada pengharapan dan doa
bilakan ia hadir menegur
semua kian terbang
bersama pahit yang tercatit
Entah berapa lama
waktunya kan kembali
Memeluk dan membawa janji
Namun telah menjauh rasa
Aku bertaubat...(~~.)
aku khilaf Ya Allah...huhu


"Suburkanlah iman dihati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian membuka jalan
Untuk kembali kepada tuhan"

Ahad, 24 Oktober 2010

Saiyaraty...huhu


NajmeeQamar

NajmeeQamar

Assalamualaikum sahabat2, kete ana dengan izin Allah terlibat dalam kemalangan baru2 ini..keadaan sesak ketika itu, sebuah kereta meluncur laju lalu merempuh avanjo ana dari belakang...terkejut, kejung, gigil sume ada innalillah wa inna ilaihi rajiun, perkara dah nak jadi...ada hikmah dan pengajaran buat ana dan ada sedikit pengalaman kecil bagi menghadapi keadaan seperti ini. Alhamdulillah ana dan adik ana selamat. buat tatapan antum..teruk jugak la..huhu




Ya Allah ku di uji mu bulan ini..dengan penyakit, kemalangan dan sebagainya, agar aku tabah hadapinya..bantu aku Ya Allah...aku redha..

Kisah yang hilang...sudahpun hanyut..


NajmeeQamar

Kisah silam yang pilu
suratan yang mnyedihkan
kemana arahnya ia menjadi cerita
debu-debu dosa
memeritkan bila tersentuh
tahu ku sudah meninggalkannya
menjadi debu yang terbang ditiup angin

Semakin rancak ku mengisi masa depan
memadamkan segala noda
datang badai izin ilahi
tabah redha hukuman buat diri
aku biarkan ia hanyut
pada sungai tangisan dan titisan
airmata

ku mahukan hanyalah kisah baru
yang kini mengelilingi
menjadi kamus istimewa jadi tatapan
menjadi impian
bukan sekadar cerita fantasi
mencari balutan kasih dan cinta sejati
pada Allah mencintai dan merindui
yang sentiasa kekal abadi

gugur ku jatuh ku perit ku...ku serah padaMU Ya Allah...

Khamis, 21 Oktober 2010

Aku benar2 cinta.. (~~.)


NajmeeQamar

Pada susuk jasad yang mulia
Telahpun pergi 1400 tahun dahulu
meninggalkan selautan ceritera cinta
namun tidak cukup sebenarnya
Pada garisan keimanan yang tercipta
aku sering mengingatkan
dilubuk hati yang kerdil ini
akan kecintaan ku untuk mu (SAW)

Sepinya ku rasa
Dambaan umatmu terlampau pada dunia
Kekejaman harta membunuh lalu mazmumah menjadi Raja
Empayar mu mengelilingi dunia dahulu
Terusan akidah terbentuk setiap pelusuknya
Sudah lupakah pada nya (SAW)
tetapi aku berkata mahupun dibisikan hati ini
aku sangat teruja
mencintai mu (SAW)
segenap ruang hati dan nyawa

Bila ada yg menghina dan mencemuh
aku sangat sakit hati
aku menangis akan kekurangan ku
apa yg ku patut lakukan
melihat, duduk sahaja atau pedulikan
tak sanggup aku...

Berderai airmata
Penawar apa yang paling mujarab mengubat
kerinduan ini
ku tersadar pada kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq
"Barangsiapa menyembah Muhammad, bahawa Muhammad telah pergi tapi Barangsiapa menyembah Allah, Sesungguhnya Allah itu kekal"

Bertamulah cinta hakiki, berteleku cinta abadi...
Kau pergi meninggalkan seri, pada benua kecintaan yang tinggi
Menawan jiwa2 pelbagai seni dan bangsa
Tanpa ada curiga pada warna kulit dan bahasa
Bernaung sempurna di bawah Lailahaillallah
Cop mohor kebesaran kemuliaan Islam Muhammad Rasulullah

Berbahagialah buat kalian yang merasai hangatnta cinta Nabi (SAW)
Beruntunglah buat kalian yang meyerahkan diri di malam tatkala
sendiri mengungkap cinta Ilahi...

Allah mencintaimu, kerana cintamu kepadanya (SAW)
Insan agung yang mencintai ikhwan nya , umat nya , diakhir zaman...(~~.)

moga sajak ini jadi inspirasi buat kalian untuk terus berjuang, mencintai Nabi Muhammad SAW dan pegangan yang dibawa, cahaya atas cahaya, kebenaran sentiasa beroleh kemenangan..wallahua'lam =)

Selasa, 19 Oktober 2010

Islam memuliakan bangsa..=)



NajmeeQamar

Alir nya airmata diperkamaran rindu
Nestapa dosa yang ku titi
Pada titian bebuluh yang nipis
Terhuyung hayang resah gelisah

Terpaut semula pada kalimah Mu
Seruan suci meraih madu
semanis rasa seraut senyuman
Duduk lalu sujud
Malu kan silam ku
Membuka Kitab Cinta

Sepuasnya ku menangis
Hingga tersingkap sayu sendu


Assalamualaikum sahabat2 yang dirindui, memejam kan mata atau sengaja memekak kan telinga, segala nya sudah terbentang dihadapan kita, semua sudah jelas hukum hakam nya, sudah tersedia solusi nya.


Solusi yang ana ingin tegaskan disini ialah mendampingi al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi hujah para aulia'ullah, ulama, pejuang2, daei2 dan siapapun yang berlabelkan sebagai muslim. Sangat bertuah dan beruntung bagi mereka yang senantiasa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai Pakar Rujukan Utama, sebagai bacaan hiburan terhebat, dan teman setia ketika sedih dan gembira.

Gagasan hadith Rasulullah SAW :
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan seumpamanya, tidak aku katakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

(Riwayat Tirmizi)

Ketika Ijtima'Tarbawi Dewan Pemuda Pas pada 1-3 Oktober baru-baru ini, di Rusila Marang Terengganu Tuan Guru Dato' Nik Aziz berpesan 3 perkara penting kepada pemuda.

Solusi pertama mengingatkan kita supaya mendampingi al-Quran, menjadikannya sebagai bentuk zikir yang khusus yakni dengan bertadarus dan menghayatinya.

Solusi kedua mengajak kepada pemuda supaya lebih aktif melakukan tahajjud, untuk beroleh taqwa dan iman yang mantap kerana amalan Tahajjud adalah amalan umat terdahulu dalam memperoleh kegemilangan.

Solusi ketiga dengan mempergiatkan diri dengan solat Dhuha, pembuka segala kemudahan dan rezeki, semoga perjuangan sentiasa memperoleh pertolongan Allah.

Sampai bila kita mahu dibelenggu oleh kejahilan pemerintah, sudah tiba masanya kita merubah persepsi sempit kepada Islam, Islam itu kaffah merangkumi segala aspek, sampai bila jua kita mahu mengambil sikit2 tentang Islam yang ada kepentingan untuk diri sendiri tetapi menolak sebahagian lain yang menyekat kepentingan dan keuntungan diri. Sedarlah wahai generasi pemuda, Islam itu membawa rahmat dan berkat, membebaskan segala kesempitan dan kesusahan, Islam membela umat Islam...

Kegemilangan empayar Islam Ottoman bukanlah kerana memperjuangkan bangsa tetapi bukti yang jelas lagi bersuluh, Islam lah yang mengangkat martabat sesuatu bangsa. Sebagai contoh Empayar Islam Ottoman mengangkat bangsa Turki, Empayar Kesultanan Islam Melaka mengangkat bangsa rumpun Melayu, dan Empayar Islam Madinah mengangkat bangsa Arab. Islam memuliakan bangsa, tepatlah agenda menegakkan agama Allah lebih penting berbanding bangsa, dengan Islam penyatuan semua bangsa dan lapisan kulit. We 're brothers we're sisters seperti tajuk lagu kumpulan Raihan colaborate Genius Aulad Talents.

Wallahua'lam =)

Khamis, 14 Oktober 2010

Selamat Bertunang Kakak =)

NajmeeQamar


Cincin sudah tersarung rapi
Di jari tersimpuh berseri
Menanti waktu hari kan menanti
Terpatri seluruh kata dan janji

Wahai kakak ku bernama aini
senyum anggun bagai puteri
Bertatah lembaran putih disisi
Mengikat sunnah halal kan nanti

Adik mu disini berkata
wajahnya garang ala-ala selamba
Perih maung berjuang demi adik semua
tangis mu takkan sepi dengan ketawa

Nun jauh kerja kesana kemari
Menanggung beban ketua famili
Tika kita susah ku bisikkan pujuk diri
Biar sekarang susah kemudian gembira sekali


Doa sarat bersama senyum tawa
Selamat bertunang wahai puteri raja
jangan sedih-sedih tentang kisah lama
Kisah lama kini jadi kenangan bersama
terlakar indah segala rahsia

Selamat Bertunang buat kakak ana =)
Moga jodohnya panjang...tahun depan kawen yooooo hihi

Ahad, 26 September 2010

Hadirnya Merdu (^^,)


NajmeeQamar

Menarilah syahdu
bersandar di kala sedih ku
bentangkan permaidani sendu
bersujud di sejadah gemalai nan rindu

pelayaran kapal bernakhoda
melihat gugusan bintang angkasa
mempesona segenap hati pada mata
oh syahdunya...
ku akui kebesaranMU iLaHI

Ombak hadir membadai samudera
bergantung aku pada tiang iman
Resah hati maut ini kunjung tiba
lidah ku kelu menangis ketinggalan
Oh syahdunya...
ku akui kesalahan ku Ya iLahi


di pentas cintaMu
ku temui sebuah memori
mengarang cerita menjadi sketsa
mewarna pelangi sesedap rasa
kadang hujan tak berpayung
kadang panas tak berteduh

siapa kah yg sabar?
dan siapakah yg ikhlas?
hati kita jika ada penyakit
ada ubat yang menyembuhkan
ada penawar yang menenangkan

Qalbu oh qalbu
bisikkan kata-kata rindumu
ambil lah rasakan ia...
pejamkan mata sejenak
Kasih sungguh Allah padamu
masa itu peluk lah ia...
tundukkan angkuh kerdilkan jiwa...


fealin....make healin ur heart....Allah fi Qolbi...
Gemersik merdu rindu...it's comes...=)

Selasa, 21 September 2010

Anda sudah tahu? sifat - sifat bangsa Yahudi



NajmeeQamar

Assalamualaikum sahabat2 semua, konsep jihad sangat luas lagi2 masakini pelbagai cara dan wadah yang boleh menjadi senjata umat Islam bagi mempertahankan akidah dan membela keutuhan ummah, gelombang-gelombang dan frekuensi musuh-musuh Islam kini kian memuncak, apatah lagi selepas peristiwa 11 September 2001 yang menjadi titik hitam Islamiphobia di kalangan orang-orang bukan Islam. Tetapi ana menyatakan hikmah peristiwa berdarah itu jualah menjadi momentum atau boleh diistilahkan sebagai batu loncatan bagi mereka mengenali Islam dengan lebih mendalam. Sudah pasti bagi mereka yang benar-benar menghayati dan mengenali Islam "TAK KENAL TAK TAHU, TAK KENAL TAK CINTA" isu-isu kontroversi yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam sudah menjadi kelaziman mereka. Terbukti dan pasti Hadith Nabi Muhammad SAW tentang tabiat mereka bagi menconteng arang pada bendera putih kebenaran yang di bawa oleh Islam.

Bertepatan dengan gagasan hadith ini tentang mereka (Kristian & Yahudi)yang cuba memperdaya sehingga berjaya :

“Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)


Sedarkah antum semua sepanjang Ramadhan dan Syawal ini, kita di bangkitkan dengan isu pembakaran al-Quran secara besar-besaran di Amerika, isu pengharaman pemakaian tudung & hijab di perancis, isu bantahan pembinaan Masjid di Ground Zero berdekatan tapak WTC,dan apatah lagi isu di Palestin yang tak sudah-sudah, pengkhianatan munafiqin yang menjadi tali barut mereka, sedar dan fahamilah semua ini didalangi oleh musuh-musuh Islam yang di ketuai oleh bangsa YAHUDI. Satu bangsa yang dilaknat Allah hatta yaumil kiamah...sedikit perkongsian ilmu antara sifat-sifat bangsa Yahudi yang perlu antum ambil tahu, dan ana sebagai muslim mujahid mencintai antum semua..kita adalah khaleefah, ahsanun nas fil ard, "kuntum khaira ummah uhrijat linnnas" (jangan jadikan ia sebagai kata-kata pada mulut dan lembaran sahaja tetapi Kalamullah ini menjadi kekuatan untuk terus gigih berdakwah, mengukuhkan Ketenteraan minda, jasad dan rohani kita.

Sifat-sifat Bangsa Yahudi yang anda perlu Tahu :
1. Keras hati dan Zalim
2. Kebanyakan Fasiq dan sebahagian kecil beriman kpd Allah Taala
3. Musuh yang paling bahaya
4. Amat mengenali kekuatan umat Islam dan kelemahannya, spt anak sendiri
5. Mengubah dan memutarbelit keadaan
6. Menyebunyikan kebenaran
7. Hanya menerima apa jua yang hanya menuruti hawa nafsu mereka
8. Ingkar dan tidak dapat menerima kebenaran al-Quran
9. Memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan diri, mematikan akal terhadap kebenaran
10.Mencampuradukkan yang hak dan batil
11.Berpura-pura mendukung Islam, sebenarnya melaga-lagakan umat Islam
12.Hati sudah tertutup menerima Islam kerana dilaknat Allah Taala
13.Kuat berpegang pada rasa kebangsaan dan mangatakan mereka adalah bangsa pilihan
14.Tidak ada kebaikan jika mereka memimpin
15.Dengki, iri hati kepada orang-orang Islam
16.Mencintai kehidupan dunia, rakus, mahu umur yang panjang, takut kematian
17.Berbohong dan memungkiri janji
18.Berlindung disebalik mulut yang manis dan baik
19.Mengada-adakan perkara yang dusta dan menyukainya
20.Sombong dan memandang rendah umat Islam
21.Tidak amanah, mamakan harta-harta orang
22.Selalu melakukan kerosakan dan menganjur peperangan

Sumber : Jazakallah kepada alkurawi.blogspot.com


Pesanan ana masing-masing memainkan peranan, setiap diri Muslim itu ada kelebihan tersendiri jadikan gunakan ia sebagai senjata-senjata kita, yang bijak pandai teruskan memberi sokongan idea, yang bernasyid terus bernasyid, yang bijak IT teruskan gunakan medium itu, yang berjuang teruskan kami sentiasa memberi sokongan dan dokongan, ad-dua' silahul mukmin..=)

Buat saudaraku di Pakistan..doa kalian dalam keselamatan dan kesejahteraan..i luv u all..wa are muslim...=)


"Di depanmu menanti 2 kebaikan, samada syahid ataupun kemenangan" - Kata-kata Tariq ibn Ziyad ketika menentang Raja Roderick, meruntuh kota kebatilan, membina kota keimanan di Eropah melalui Jabal Tariq(Gibraltar)...

Ahad, 5 September 2010

Salam Yaumil Eid (^^.)v


NajmeeQamar

Salam sahabat2 dengan rasminya sebelum ana pulang ke kampung dan bercuti, ana ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan dengan penuh takzimnya Salam Yaum Eidul Fitr terutama buat Usrah ana di Damai dan Permai, yang banyak bersabar melayan celoteh dan ragam diri ini hihi..tidak lupa doa dan sokongan yang tidak pernah putus, menjadi pembakar semangat dan inspirasi =) Jazakallah Khaira Jaza'

Ucapan jua buat sahabat2 zaman persekolahan SMK Padang Tembak dan SMAKL (2003-2004, teman2 Sebilik G302 KUIS, teman sekuliah Syariah B KUIS, teman seijazah di UKM, teman2 Mukhayyam Arabi Universiti Agdal Rabat, Morocco..teman2 di Jordon dan Mesir..teman2ASAEXPLORE...sahabat2 Nasyid Munsyideen (Azizul, Azri, Hakimi), Akhi Nabil, Akhi Azwan dan Akhi Fadzli (FAREAST), Akhi Amin, Akhi Syah, Akhi Rahim (INTEAM) dan teman2 nasyid semua...jua buat Komuniti Teman Inteam (KTI)..

Tidak lupa juga buat para2 Ustaz dan Ustazah yang banyak membantu ana..Ustaz Rodhi, Ustaz Farid, Ustaz Daud, Ustaz Monona, Ustaz Ismail, Ustaz Nothman,Ustaz Syarul, Ustazah Afifah, Ustazah Laili..Cikgu-Cekgi di SMKPT dan SMAKL dan semua yang pernah mengajar ana..mohon maaf ampun dipinta..=)

Akhir sekali buat muslimin dan muslimat yg mengenali atau yg belum pernah kenal...inilah doa ana buat antum semua sebagai pengubat rindu sekian lama tak ketemu moga Hari Raya nanti kita berjodoh ketemu..amin3

SALAM KEMAAFAN DAN KERINDUAN MAAF ZAHIR DAN BATIN...(^^,)/

Lautan membadai rindu halaman,
Kampungku indah damai dan permai,
Sambut Ramadhan mohon kemaafan,
Raih kemenangan di Syawal melambai...

Berhari raya dengan kesederhanaan jemput datang umah ye =)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...