ilham Ma'mum

Selasa, 12 Julai 2011

*Kelana ke Ipoh*

By : Selimutsura

Semalam..

 Hayya Alassolahhhhhh!!!!!

Bang kedengaran mengejutkan, usap kan mata "Alhamdulillah hidup lagi aku, moga hari ini lebih baik..amin".
Mengambil wuduk dan bersolat, aduh sakit nya tubuh ku masih belum hilang bisa bersih barangkali, tapi sebelum itu sudah sebulan sakit tekak sukar menelan, bila sambal disua ke mulut rasa pedih sikit-sikit, seminggu juga hidung berdarah..kering kembali..mungkin panas dalam badan tak menurun lagi..

Ya Ilahi Rabbi Ya Allah
Anta Maqsudi wa Ridhoka Matlubiy...
semoga Allah menyembuhkan luar dan dalam, kerana soal perubatan melibatkan rohani dan menuntut jasmani.

Hari ini, ku menaiki LRT seperti biasanya, teringat pula peristiwa 9 Julai, menjadi simpanan dalam kamus kehidupan dan sejarah. Hari-hari menunggang gonggok elektrik pergi dan balik, letih sudah pastinya apabila pulang dari pejabat. Kalau kerja sikit pulang macam biasa tapi selalunya balik lambat. Namun sudah biasa rutin bekerja perlukan semangat yang kuat, kalu tiada sokongan terjatuh dihamparan , Allah sebagai dokongan membakar jihad dalam diri. 

Pagi ini cuaca dingin sedikit, sweeter hitam belang biru2 laut ku sarungkan (ada setahun umurnya). Beg lama ku sudah putus, diganti beg adik ku yg lama. Doa bertawakkal segalanya Allah dalam keselamatan. Pagi itu, masih ramai juga Polisi berlegar2 memandang-mandang, dalam hati ku "hai..takkan nak tangkap org lagi, sudah2 lah".

Terkejut melihat sms dibimbit ku, pagi ini perlu ke IPOH. Katanya mahu melihat Kedai Buku yang dalam proses utk dibuka disana. Sekitar 9 pg, bertolak ke Ipoh melalui PLUS..mengikuti jalan hala ke Sg. Buluh, Tg.Malim, Behrang dan seterusnya tiba di IPOH pada jam 12.00 tengahari, perjalanan yang memenatkan. Bila setiba di Ipoh, mengingatkan ku pada sesuatu bila ternampak poster (Karnival ape ntah) tertulis SMK Gunung Rapat, mungkin berdekatan sini agaknya.

Singgah sebentar di Restoran Sabar Menanti, kreatif benor pemilik kedai makan ini..ikan bakar cicah sambal belacan mmg selera, walau susah untuk telan bacalah bismillah..sekitarnya berkonsepkan kampung, hutan dan alam semulajadi. Selesai itu terus ke lokasi. Lot tepi berhadapan dengan kawasan parking GreenTown Mall. Boleh dikatakan strategik jua krn atasnya merupakan kolej Cosmopoint. Kalau dibuka kedai buku di sini ana akan memperhebatkan buku-buku berbentuk Islamik, bahkan mungkin di sini agak sukar memperoleh buku-buku yang memberi sinergi keimanan dan kecintaan kepada Allah Subhanahu wa Taala InshaAllah.
IPOH mali..

Tetapi ada sebuah kisah yang menarik disebalik musafir kami ini ketika bergerak pulang dari Ipoh, selepas melepasi tol Ipoh..kami merancang untuk berhenti di Perhentian RNR Tapah, untuk bersolat dan makan sebentar sambil-sambil mencari jeruk buah jambu. (Jeruk habis). Sebelum berangkat pulang, kami ingin mengisi minyak di RNR krn minyak sudah ditahap E(Empty). Nak dijadikan ceritanya tiba-tiba kawasan itu "BlackOut' makanya segala operasi stesen minyak terpaksa diberhentikan dan minyak-minyak tak dapat dikeluarkan. Kami risau tak sampai ke exit terdekat terkandas.
Masjid Muhibbuddin Shah

Dijangka elektrik akan kembali semula entah bila, kami masing-masing mengambil keputusan bersama untuk meneruskan perjalanan juga dan mengambil exit mana-mana yang terdekat. Persimpangan BIDOR adalah yang paling dekat. Ana berdoa dan bertawakkal minyak ini cukup untuk sampai ke Pekan Bidor. Kenderaan kami bergerak perlahan untuk menjimatkan minyak sediaada. Akhirnya rasa syukur tidak jauh dari Tol Bidor beratur bermacam2 stesen minyak ada, pilih saja yang mana hihi alhamdulillah.. ^^.) 
Terserempak la pulak dgn van GENG Upin Ipin kat RNR Tapah hihi

Kami meneruskan perjalanan pulang, dengan diiringi lagu nasyid album Selawat oleh Inteam n Unic, bila sambil dengar melihat ke luar cermin kereta, melihat kebesaran Allah, hati ku sayu krn cinta ku untuknya Habibi Ya Muhammad sangat kecil dan sedikit, aku malu pada diriku..dalam hati..aku rela diambil nyawa asalkan dapat bertemu denganmu wahai Kekasih Allah.Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa Ala Alihi wa sohbihi wa Sallim. Kami tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 5.30ptg di ofis, dan meneruskan perjalanan pulang menaiki gonggok elektrik.
UPSI..(^^,) agak blur..

Kalamullah (Surah Al-Qasash 56) yang bermaksud :

"Sesungguhnya kamu (Nabi Muhammad SAW) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaiknya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."

Mohon kemaafan buat semua yang mengenali anadan yang tak kenal, ana doakan senantiasa kalian, bulan Syaaban semakin susut dimamah masa, bulan Ramadhan pula kan menyusul tiba, kerinduan yang membasahi mata ini tidakkan hampa jika mengundang ketaqwaan..
 * Maaf andai bahasa ana agak cacamarba dan kurang jelas..kerana lama sudah tak menulis..asiffff jiddan..

kau mencintaiku..


seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...

kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...

kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...

kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala...
 (Ketika Cinta Bertasbih) ^^.)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 11 Julai 2011

Gugurnya Hatiku~

By : Selimutsura

~An- Nazhofah~

Assalamualaikum, berguntur jiwa ku sewaktu detik sejarah 9 Julai yang lalu, masih panas dan hangat dalam jiwa kekecohan mereka mengkaburkan mata-mata penghuni tanahair di media-media selepas kejadian, koreksi cerita dongeng diperdendangkan, kata-kata pengulas hendak saja ku pulas, mencanang mereka berjaya, mereka hebat, mereka yang undang keamanan, mereka juangkan keadilan "PALSU".

Bila terkepung dan beberapa orang tertangkap,
Kibarnya semangat membara, 
Membenteng ketakutan membentuk kota.

Hiruk pikuk tragedi,
Membingit kesakitan diri,
Bangkit laungan suci "Allahuakbar!"
Ini je tuntutan kami, tapi depa pun tak mau..

Antara mereka yg tergari, antaranya sahabat baik ana tertangkap, ana call berulang-ulang tak terjawab
Sudah naik ke trak agaknya, akhirnya jam 9.00 mlm baru terbalas :

Z: Assalamualaikum! aku kat Pulapol ni..
M: Waalaikumussalam, yaka hang kna kat mana?
Z: kat KL S**T**L
M: Aku amik hang la camni..hang nak balik umah? Dekat ja ngan umah aku.
Z: Aku tido' umah hang la boleh?
M: Boleh2..hang nak aku amik pkui bapa?
Z: Nanti aku call hang balik na.

10 minit selepas itu...
Z: Aku tak jadi la nk tido' umah hang, lain kali la ada rezeki kita jumpa lagi..aku ngan 13 orang yang lain balik sama.
M: Oh..pulak tak jumpa la kita na..ok baik2 na balik tu..nanti sampai hang bgtau aku na..elok2 Assalamualaikum.
Z: Waalaikumussalam..

Allahumma yusahhiluna wa yusa-i'duna..aminnnnn..lega hati ana mendengar khabarnya..alhamdulillah
Bukalah mata, dan minda buat sahabat2 yang masih buta, tuli dan keliru..sudah terhidang di depan mata, takkan masih menutup muka..

~Al-Quran dan Pemeliharaannya~ 

Seusai membasuh kereta di Car Wash Mat Bangla, melihat kaki langit hujan malu-malu, angin membalas terasa mewah nikmat Allah ini, bersahaja berguguran daun2 kecil KUNING , detik-detik ini menerjah ruang fikiran mereka yang gugur al-Fatihah buat Allayarham Baharuddin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembah Keramat. 

Terbalik juga pada kenangan sewaktu belajar dulu di KUIS, di meja bulat ala-ala bentuk kayu (buatan asal drpd batu) beratapkan pohon-pohon rendang berhadapan perpustakaan, acapkali angin datang membawa kesejukan, maka berterbangan dedaunan dari pepohonan itu, Sabtu dan Ahad agak lengang, namun kehadiran rakan-rakan menghangatkan suasana, suram jadi tawa. Itu dulu..beda keadaan yang kini..aku sangat rindu saat itu..bersama sahabat2 yg juga merindu..

Jauh benor agenda cerita ini hihi seperjalanan ke Kota Kemuning, selepas menghadiri resepsi pertunangan saudara ana di Klang..(Selamat buat Tunang & Tuning) singgah sebentar di stesen Petronas Kota Kemuning untuk menunaikan tuntutan sebagai Mukallaf..ku melihat jam di tangan kanan ku.."Allah..da 7.30 mlm"..

Selesai ku berwuduk, tertawan hatiku pada 3 Kitab Al-Quran tersusun di balik kamar wuduk..berwarna hijau 2 kecil dan satunya bersaiz lebih besar sedikit. Alangkah takjub nya aku.terpana terpesona pada keajaiban ini, Subhanallah..bergugur lagi jantung ku melihat Al-Quran (saiz besar) meninggalkan kesan tinggalan dimakan anai-anai, bahagian sisi tepi bawahnya sahaja yang dimakan tetapi ayat-ayat nya masih ada, ini kebesaran Allah, dan ketaatan makhluk pada penciptanya. 

 Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9 :
Maksudnya : "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang Memelihara dan Menjaganya."

Bahagian bawahnya sudah dimakan anai-anai
Kebesaran Allah Taala..Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! 


Renungkan firman Allah dalam surah Al-Fussilat ayat 40-42 yang bermaksud :


"Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): “Buatlah apa yang kamu suka, (sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)". (40)

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi," (41)

"Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji". (42)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 13 Jun 2011

Semoga Cepat Sembuh Sahabatku

By : Selimutsura

Assalamualaikum sahabat2 ku semua, baru-baru ini ana di gemparkan berita derita yang terpaksa ditanggung oleh sahabat ana,  beliau mengalami penyakit tumor di otaknya berkemungkinan akan dibedah dalam waktu yang terdekat. Beliau bukan asing bagi ana, teman seperjuangan sejak dibangku sekolah, bersama membina pasukan nasyid pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, KL.

Tido sebantal, makan sepinggan, ketawa dan sedih bersama, surau SMKPT sbg asrama sebelum ke pertandingan2 nasyid, tiada kenangan yang bisa menghilangkan memori ini, jalan yang sukar ditempuh jalan yang senang diredah dengan hati yang cekal dan kuat. Kami bernasyid bersama sejak tingkatan 1, kejayaan demi kejayaan hingga melayakkan kumpulan kami mewakili KL ke peringkat kebangsaan pada tahun 2002. Sejak itu nama nasyid SMKPT menjadi perhatian akan persaingannya di sekitar KL.

Seterusnya selesai zaman persekolahan, kami menubuhkan kumpulan nasyid sendiri, bangun jatuh bersama, ditipu dan segalanya. Tertubuhnya Munsyideen pada tahun 2006, dengan tunjuk ajar dari kumpulan FAR EAST & Ito Lara (Penulis Lirik Terkenal) ~ yg mencadangkan nama tersebut. Alhamdulillah kejayaan demi kejayaan hingga mendapat anugerah Artis Nasyid Baru Terbaik tahun 2006, melalui lagu HABIL dan QABIL yang dimuatkan dalam album FAR EAST Halawatul Iman menampilkan Munsyideen.


Selepas itu, beliau dilamar kumpulan FAR EAST untuk meneruskan agenda dakwahnya. Kami Munsyideen juga mula belajar untuk memantapkan ahli kumpulan. Faisal Abdullah kini merupakan bekas vokalis kumpulan Far East terlantar di hospital. Baru-baru ini rakan2 sekelasnya SMKPT dan SRKPT datang melawatnya di Hospital Sg. Buloh. Turut hadir rakan2 Munsyideen dan Abg Ito Lara. Masing2 meluahkan rasa hiba dan memberi kata-kata semangat untuk beliau sembuh dan ceria kembali.

Sama2 lah kita berdoa dan memohon keselamatannya, 
Sahabatku kuatkan semangatmu!!! huhu ^^.)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 7 Jun 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu di Bulan Rejab ^^.)

By : Selimutsura

ADA APA DENGAN BULAN REJAB 
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya: 

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu  dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

 

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al-Ashur Hurum (Bulan Haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. 

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya :

"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama.
Nabi bersabda, "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?
Kata lelaki itu, "Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam .
"Maka tanya Rasulullah SAW, "Kenapa kamu seksa diri kamu?. Lalu sabdaNya, "Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan".
Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! , Ujar lelaki itu
"Berpuasalah dua hari! , Sabda Nabi Muhammad SAW.
"Tambahlah lagi", Mohon lelaki itu pula. 

Maka Nabi SAW bersabda :
"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB 
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

 2. Israk dan Mikraj 

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW. 

4. Pembebasan Baitul Maqdis 

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm. 




Sumber : Laman Web Rasmi JAIS ~http://www.jais.gov.my
Gambar : melalui pencarian

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
 (Mari berkunjung ke Showcase Amal Shuhada Attaqwa)

Selamat menggandakan amalan dan pengetahuan bagi meledakkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah  Taala serta Mengoreksi diri menuju gerbang Ramadhan Al-Mubarak ^^.)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 6 Jun 2011

Setanggi Kasih 2 ~ continue ~

By : Selimutsura

Bertahtakan Kilauan Cinta
Terbias Pancaran Rindu
Saga merah senja warna
Merawatt hati yang sendu
Biarpun ada kisah NurKasih the Movie tapi masih tak setanding kisah Ketika Cinta Bertasbih, Ketertiban menjaga tatasusila, ada garis panduan yang teliti agar kisah yang dipaparkan mendatangkan sayap - sayap yang mengibaskan aura2 syariat Islami. Konsep Filem Islamik begitu hangat sambutannya, namun pada sisi agama perlu diambil kira, apa nilai kutipan berjuta-juta harga namun menyisihkan kesopanan sebagai seorang muslim. (Nasihat diri dan org lain yg sedar)

Riau (Hari Kedua) 20 JamadilAwal = 24 April 2011

Selepas bersolat subuhnya di hotel Furaya, ana mengira duit rupi, kini sudah jadi jutawan segera berbekalkan cash ditangan 1juta rupi..wah~ inilah bekal sepanjang  berada disana kalau ambil kalkulatornya, darab bahagi semua hanya RM 300 lebih duit ringgit. Ramai rakan2 ku yang mengambil nombor telefon Riau katanya murah untuk panggilan ke Malaysia. 2perkataan baru yang ana belajar:

KARTU (Simcard) & PULSA (topup)

"Apakah telefonnya sudah ada pulsanya?" Di sini telefon bimbit yang paling popular jenama Blackberry. Mana idak nya penghantaran SMS secara terus tanpa di charge langsung krn menggunakan Mesengger. Gampangkan!(Mudah saja). Jauh pula flashback ana~

Sarapan segera terhidang di meja bernombor 14, hajat mahu sahaja merasa sedikit kerana takut2 kepedasannya menjejaskan suara, tak usah risau inshaAllah bila lagi nak bedal makanan sini, bismillah...mohon berkat rezeki limpahan kasih Allah Taala Tuhan yang memberikan kekenyangan dan kesihatan pada diri insan. Kalau bukan krn limpah kurniaNYA tidak ku berada di sini. Allllaaaaaah..huhu

Perkemas baju batik kemerahan, sepatu cokelat agak berbeza, songkok baldu sisip rapi, amacam..ok?Allahumma ahsanta khalqi fa ahsin khuluqi amin..(^.^) gementar makin membara, semakin dekat langkahku semakin luruh jejantungan ini, berilah kekuatan agar mudah untukku melawannya, walaupun sudah bisa di Malaysia dengan persembahan, tetapi acapkali pesta baru maka suasana pun baru makanya degupannya pun pasti yang baru.


Kami bersegera ke Gedung Besar Riau (dewan) acara yang akan berlangsung dalam masa sejam lagi. Muka jam sudah menunjukkan pukul 8.12 minit pagi. Bisik hatiku mungkin kita kan lewat jika bersama-sama yang lain menunggang bas, akhirnya kami mengambil langkah menaiki KOPSI (teksi sewa) yang pastinya teksi ini canggih dan mewah "jenama Chevrolet",
Supir : mahu kemana?
Malik : Gedung Gabernur tahu enggak kamu?
Supir: oh..ayuh2.


Gayanya macam mengerti sahaja selok belok ke sana, rupanya sudah beberapa kali kami berpusing disekitar bandar Pekan Baru. Pak supir menggunakan antena phone seperti biasa teksi2 yang lain sudah jelas sesat kami di Jalan Sudirman. Walaupun Malik (Sahabat Malaysia di Riau) sudah setahun lebih berada di sini namun masih ragu dengan jalan2 yang bersimpang siur.


"Kalau kita sesat jalan tak mengapa boleh dicari tetapi kalau sesat akidah binasa lah kesudahannya"


Alhamdulillah jumpa jua ke destinasi persembahan, nampaknya langit kian mendung melitupi ruang angkasa biru. Sempat jua kami berempat bergambar sementara menunggu yang lainnya. Ini hari yg penuh sejarah, buat pertamanya membuat persembahan di khalayak umum dan orang besar Riau di luar negara. Berpakaian batik kemerahan jambu membara semangat dakwah yang tidakkan luntur.


Tap..tap..tap...busssssssh!!!! hujan yang pada mulanya menitis perlahan berganda pula selepas beberapa saat. Dalam hati ana "Ya Allah Kau tunjukkan padaku akan kebesaranMu, hujan di negara asing ini..berbeza corak aturannya..hujan yang membawa kepanasan haba pergi". Melemaskan hamba dalam melihat kehebatan Yang Maha Agung..Subhanallah.


Jam tas menunjukkan jam 10.37 pagi, ucapan dan aluan, doa dan bacaan Quran, masa yang dinanti telah tiba, perbarisan nasyid kami persembahkan dengan alunan nasyid Ya Nabi Salamun Alaik (Selawat salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW) & lagu berjudul "Anak". Genderang musika mengadun suara bergemersik memikat pendengar. Halwa selawat dan ingatan di Riau bergema oleh anak-anak muda Malaysia. Segala puji bagi Allah memudahkan kami hingga jayanya.


Persepsi majlis tersebut jua diserikan dengan tarian asli masyarakat Riau dan alunan lagu-lagu asli Melayu Riau-Malaysia. Melihat sepertinya tiada jauh bezanya pun kerana kita ini serantau. Kalam dan bait pantun yang tidak pernah kita sedari, pelajari apatah lagi ketahui, rasanya kita sudah kehilangan sebahagian besar tinta bahasa ketamadunan kesopanan bahasa dulu kala.


Selesai majlis ini, kami membuat satu pakatan untuk berjalan-jalan ke Sekitar Pekan Baru, yang masih baru bagi ana dan kawan2. Sejurus tanpa lewat kami pun menaiki kopsi biru (ala tut tut)..wah sempit dan kecil..tergelak sakan dalam hati, mengukir senyum di kala waktu semakin membahang. Kami di pandu "tour guide" oleh Akhi Malik n frenz ke Pasar Bawah.

Kami berjalan kaki, melihat barangan kulit yang asli, harga sangat murah, kualitinya juga boleh tahan sudah pastinya peminat-peminat barangan kulit tergila-gilakan. Beg, Kasut, Tali Pinggang dam lain2. Mata ana turut tertawan dengan kilauan jam-jam tangan, ini mungkin terkilas pandangan pada jam tangan sahabatku berona warna hitam klasik. Namun ana menahan diri dari menyambarnya..haha masih banyak kiriman yang masih belum dibeli sudah semestinya ole-ole buat usrah dan kawan2.

Ku tak dapat bohongi, ku sudah jatuh cinta pada busana-busana muslim nya. Saat itu kocek ku lihat hanya tinggal beberapa keping wang rupiah, segala cenderanubari sudah ku beli. "YANG INI TINGGAL SATU SAJA, TIADA LAGI YANG LAIN"..kata si penjual berbusana tudung bercorak bunga disisipan kanan. "Oh..iya saya mahu ini bisa enggak" (^^) sudah langsai segala wang saku, 1juta Rupi dihabiskan yang tinggal hanya beberapa puluh ribu, dan beberapa syiling. Pastinya membeli yang berpatutan sahaja. Baju busana Muslim yang magisnya memikat ana hanya 85,000 Rp cukup berbaloi di DANNIS shop. Ada satu kedai yang kami masuk dikenali sebagai "Rabbani" ingatkan ada kaitan dengan Kumpulan Rabbani di Malaysia.

Setelah jauh kaki pun mula terasa lenguh, tekak pun mulai kehausan, perutpun meragam kelaparan, kami pun menjamah makanan di Lapangan Tembak Senayan Cafe tertera iklan Teh Botol~ menyantap Nasi Ayam ~ makanan memang mantop sahabat2 lain mencuba Bakso. Kami pun pulang ke Hotel Furaya, ana berkemas2 sedikit kerana esoknya kami akan bertolak pulang ke tanahair. Beg ku semakin gemuk ^^,)

Malam ini ada kisah yang menarik, kami ke satu destinasi, Akhi Malik mengajak kami untuk makan jagung bakar di tepi sungai Riau. Setibanya di sana, berbumbungkan jambatan, kerusi2 rehat ala-ala tepi pantai tersusun atur, gadis-gadis Riau bersama pacar2 mereka menikmati panorama sungai sambil menjamah makanan yang dibakar. Ada juga yang membawa keluarga untuk berehat-berehat bersahaja.

Kerusi kosong sudah kami isi, mereka menjamu jagung bakar dan pisang bakar. PISANG BAKAR??? ini pertama kali dalam sejarah ada pisang bakar..yang menariknya pisang bakar ini di tumpahkan atasnya coklat dan ditabur dengan coklat rice (warna - warni) memang menarik. Subhanallah..dengan lafaz basmalah ana memotong sedikit..rasanya..hanya ana yang tahu hahha terbaik! boleh cuba pasni kat umah..

Ketika menjamah sedikit, berselang air suam tiba-tiba datang sekumpulan kanak Riau bersma gitar kapuknya. "Yang..oh..Yang..." nyanyian lagu wali band katanya tapi ana tak pasti, selesai saja satu lagu, ana request lagu "TOMAT" ~ malam itu bergema sungai Riau ~ bersama lagu hilang kepenatan seharian berjalan. Duit rupi dan ringgit kami hadiahkan sebagai upah nyanyian. Sebelum kami pulang ke hotel dengan wajah tersenyum kami sempat singgah di Masjid Agung An-Nur yang sangat terkenal di sini. Alhamdulillah. "inilah kenangan".

Riau (Hari Terakhir) 21 JamadilAwal = 25 April 2011

Santapan pagi, telur burung puyuh dan nasi goreng dan air kopi kaw. Penerbangan ke Malaysia waktu sore dalam lingkungan jam 2 petang. Sejam awal kami perlu berkumpul dan menaiki bas. Sempat jua ana dan sorang sahabat menapak sekejap ke gerai busana berdekatan. Baju Melayu Riau begitu anggun sekali, bercekak musang tanpa menampakkan butang (ala-ala baju Raihan) tetapi materialnya begitu cermat dan teliti. Tona warna yang berombak kemilau membuat si pengunjung ingin memilikinya. MashaAllah cantik buatannya, menanam dalam hati untuk kembali ke Riau semula. Tepat jam  3.24 petang kami berlepas ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan dan lukisan minda.





Firman Allah SWT:









Selimutsura ~ Riau 2011
 

Bermaksud : “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhjirah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju, maka telah tetap pahala di sisi Allah., dan adalah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an Nisa’:100)

Selasa, 31 Mei 2011

Sekadar Luahan Sebentar

By : Selimutsura
~ Kuntum Cinta di Taman Syurga ~
~ Bait - bait Lara Mula Bercerita ~
~ Aroma Magisnya Kian Hampir Terasa ~
~ Pepohon Rendang Berjihad malamnya ~
~ Umpama bukan Berlaku Biasa ~
~ Mencari Redha Menjadi kekasihNya ~
" Rejab membuka Tirainya, Syaaban membuka Pintunya, dan Ramadhan sudah ku nampak Gerbangnya " ~~.)
 

Ahad, 15 Mei 2011

Setanggi Kasih 1

By : Selimutsura


Sudahpun 2 minggu berlalu, meninggalkan perjalanan musafir ini di Riau, Indonesia. Kembara iman yg tertulis ini merupakan nikmat Allah yang tak dapat dicari-gali atau dicari-ganti. Kalau kita tak melaluinya manakan dapat ibrah cerita di rantau orang. Berbekalkan doa dan semangat semua alhamdulillah ana sampai jua di bumi Riau. Kedudukan nya di selatan tanah air, terletak di Kepulauan Sumatera yang 2 kali lebih kecil (separuh) dari Semenanjung Malaysia. MashAllah begitu kecil dunia ini.


Perjalanan bermula pada 19 JamadilAwal, bersamaan 23 April 2011: Penerbangan Air Asia pada jam 3.30 petang. Suit kusyen hitam putih ana duduk di sayap kiri, tengah dari 3 kusyen sayap kiri. Sebelum itu ada satu kisah yang menarik =)


Terminal LCCT :
Selepas menunggu lama di medan perlepasan, Pekan Baru. Ana mengangkat beg sorong bersama beg galas merah hitam (beg bantuan baitulmal adik punya) berkichin "Senyuman Jutawan" hijau putih. Pengembaraan masih jauh, sederap langkah ke terminal Pekan Baru. Begitu teruja, mengambil gambar bersama teman-teman. Mana tak nya, kali terakhir menaiki Burung Terbang Berenjin pada tahun 2007 ke Morocco (Etihad Airlines).
Silap ini ke Medan..haha


Melangkah kaki dengan penuh konfiden, para pembantu memberitahu terminal ke Pekan Baru, Riau..dihala kan tangan kanannya. Ana bersama teman2 melalui terminal..nun hujung..sana..begitu teruja hinggakan dilambai2 tangan oleh staff koptik kapal terbang menghalang ana menangkap gambar. Sempat jua curi2 akhirnya berjaya. Sehingga kaki kanan ana sampai hadapan muka pintu kapal terbang, kami disuruh turun semula..alangkah kelakarnya, kami terpaksa turun semula..hahahah "ini kapal ke Medan"..adusssss...hihi Ya Rabbi..silap2..


Memang sah, pembantu Air Asia, tak membantu..membuat ana jadi buntu saja =)


akhirnya, terminal ke Pekan Baru, Riau lagi hujung rupanya..berwarna putih merah bercorak kartun Lat, alhamdulillah kali ni mesti betul..kawan2 sume sudah terkekeh3..sakit perut dibuatnya. Namun inilah nikmat musafir mengajar kita dari perjalanan yang dilalui. Allahuakbar Kabira!
Saujana Memukau


Persona cinta Agung, hubbullah yang menitis, menitiskan airmata akan kebesaranNya. Bila melihat ditetingkap saujana petang menghambat jiwa. Terbenam nya matahari, sunnatullah mengikut rentak kejadiannya..tiada bahasa atau bicara selain memuji kebesaran Allah, bila ana terpandang dibalik jendela kecil tepat jam 4.05 petang kami pun berlepas ke ruang udara.


Kapal Terbang Air Asia :
Lebih kurang 45 minit berada di awangan, pelbagai reaksi manusia yang boleh dikongsikan. Sebaris kerusi dihadapan nampaknya sekumpulan warga asing sepertinya "Band" drpd Britain rasanya, ada BLING2 yg besar dikantung lehernya. Seorang agak tua kelihatan berumur 40 - an, Lelaki berkumis macam Sarjan Misai Gerak Khas TV1..berambut blonde..meletakkan gitarnya di kabin barang. Kedengaran juga suara rengekan anak kecil, mungkin kurang selesa berada di ruang udara..telinga ana pun berdesing seketika..bila ana memandang kanan, kelihatan seorang ayah, ibu dan anak kecil yg comel..ibunya sedang mengusap2 bibir anaknya. Bulat matanya..sejuk memandang..moga jadi anak yg soleh aminn..


Lapangan Terbang Sultan Sharif Kassim II :
Setibanya tayar kapal terbang mendarat di landasan..fuhhh..lega alhamdulillah selamat tiba jua ana ke tanah seberang, jiran serantau seakidah, yg hanya kita tahu kisahnya di saluran media sahaja. Keringat mula membasahi badan, cuaca panas tak berangin tanpa mentari sebaik tiba di zon imegresen Terminal untuk pemeriksaan kedatangan orang luar di Balai Ketibaan. Selepas beratur agak panjang, hanya 2 kaunter imegrasi yang ada..kami semua menunggu bas untuk ke tempat penginapan. Mereka memanggil Pak Supir (Pemandu) memandu bus nya yang tertera ayat "PARAWISATA"  ke destinasi persinggahan kami di Hotel Furaya, Jalan Jenderal Sudirman Pekan Baru.


Lapangannya kecil, berbeda dibanding Malaysia, penduduknya 99% adalah Melayu Islam. Raut wajah tidak jauh bezanya dengan kita. Melangkahkan kaki di bumi Riau, terasa bahang panas tidak berangin. Cuaca kota seakan-akan kita di Pantai Port Dickson..suam2 tak berangin, peluh mula membasahi bajuku namun detik rasa gembira menghilangkan segala kesulitan. Pertama kali mengelilingi Pekan Baru, bangunan2 nya masih sederhana namun kekagumanku melihat sebuah Bangunan seakan2 rekaan di Putrajaya..ianya merupakan Perpustakaan Riau..wah asyik sungguh pemandangan petang ini..Allahuakbar!!!

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 10 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sudah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Malam Pertama :
Bergegas ke Dewan Pak Gebernur untuk latihan Nasyid, mereka memanggilnya GEDUNG. Tersergam indah di tengah2 kota Pekan Baru. Barang2 Alat muzik dipunggah ke Van sewa memenuhi ruang "Bonet". Teruja melihat bila ketemu sahabat lama yg kini belajar di sana, Ust Abd Malik..graduan Kuis yang melanjutkan pelajaran di UIN, Univct Islam Riau. Menjadi heboh dibuatnya.


Latihan penuh semangat, namun perut belum terisi. Rancangan mahu saja beli di Toko2 sekitar Pekan Baru, tetapi alangkah bersyukurnya sudah terhidang makanan berbungkus "Nasi Padang". Sayur2 bebijian bersambal, Ikan kukus, Ayam Masak Merah..melelah airmata..hiihii Alhamdulillah nikmat kesabaran daripada turun flight terasa gendang2 berbunyi kini hilang. Debaran esok untuk persembahan masih belum sempurna, tekad ana susun atur semula.."Bagaimana ni bang, kita sudah mahu pulang, mahu butuh apa2 bisa setelkan"..ternganga seketika. Ohhh..hihi baik2, bagi kami 10 minit lagi..makasih ya Pak..=)

Sungai masa mengalir begitu cepat, tak terhalang oleh kekayuan ataupun bebatuan, meninggalkan hulu menghala ke hilir, Bayu malam membasah jua keringat, kepenatan terlukis di raut wajah sahabat2 ana, semoga sukses semua..selamat malam..Bismikallahumma ahya wa amut, Bismillahi tawakkaltu Alallah..usapan menenangkan jiwa, menanti debaran gundah esoknya, sekian terlelap memejamkan mata..


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Antara keindahan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Bersambung...=)
Nasi Padang yg Pedasss...

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...