By : Selimutsura
“Dan katakanlah, "Segala puji bagi
Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu
akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan."
(An-Naml: 93)
[ Kesentosaan fikiran bermula
dari hati yang bersih dan tenang, kegelisahan dan kesusahan tiba-tiba datang
meracuni kesentosaan. Serba tidak kena, serba salah menanggung beban dan
tekanan, lumrah biasa sebagai fitrah manusiawi. Kesentosaan fikiran dan
berlapang dada adalah pilihan yang baik, membiarkan kekusutan diganti dengan
kejernihan hikmah dari ALLAH Subhanahu wa Taala ]
Barakallahu lakuma
Tahniah, alfun mabruk buat
sahabatku Allif dan pasangannya Hasimah yang seusai melangsungkan walimah di
Port Dickson 2 minggu lepas, tak sangka ada jugak KAMPUNG JAWA kat negeri
sombilan ni hihi nama tempat pun Kampung Jawa, PD.
Memang sah kawasan tu majoriti orang
jawa, bila ana tengok menu juadah, sambal goreng, sohon, daging masak semur, cuma
pecel je yang takda, aku kok kesuwen arek mangan pecel (kalau org melayu kita
panggil mengidam la). ^^.)
namun memang meriah, sekampung rewang bareng-bareng.
(tolong-menolong bersama).
Moga diberkati ALLAH & kekal,
cintan cintun sampai ke syurga.
HIMPUN kerana ALLAH
Media arus, banyak menimbulkan polemik
pemikiran umat, berita yang disiarkan banyak mempengaruhi pandangan masyarakat
tentang HIMPUN. Tidak semuanya perlu kita ambil 100%, kalau NABIL Raja Lawak
cakap “Lu Fikir La Sendiri”, tetapi Ustaz Nabil Ahmad cakap “Marilah BerFikir
Bersama Saya” lebih menarik dan afdal di ambil yang mana?
HIMPUN mendapat sokongan dari
segenap pihak, tidak mengira latar belakang, ia dihadiri bukan sahaja yang
Islam bahkan yang bukan Islam juga. Bagi ana, apa-apa yang berkaitan dengan
kebajikan & kepentingan umat Islam perlu kita sokong dan dokong. Ana
tersentuh dgn kata-kata oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Ustaz Kamaruzzaman Mohamad sewaktu
mesyuarat bersama Munsyid Malaysia beliau ada menyatakan sekiranya ada pihak
yang tidak mahu jaga ISLAM betul-betul kita tolak, tiada kompromi samada dari
pihak mana sekalipun.
HIMPUN bukanlah satu provokasi,
untuk bertegang urat, menunjukkan silat masing-masing atau apa-apapun, secara jelasnya isu “AKIDAH
UMAT ISLAM DI MALAYSIA” adalah isu tunjang umat Islam, pihak pemerintah perlu
sedar, menunjukkan umat Islam di Malaysia mahukan pembaharuan yang membela umat
Islam. Orang diluar sana lebih banyak bercakap di FB, Blog, Twitter, dari
melakukannya, sebab itu orang yang berkata lebih banyak dari yang pergi ke
sana. Sebenarnya tidak timbul pun kebencian kepada agama lain, kerana
Rasulullah SAW tidak menganjurkan kebencian tetapi kasih sayang sebagai satu
metode dakwah yang lebih terbuka dan komprehensif. Peranan ini bermula dari
diri sendiri, mengukuhkan akidah umat sejak dari dalam buaian.
Firman ALLAH Taala :
“Tolaklah
perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang
mereka sifatkan."
[Al Mu'minun: 96]
Satu lagi ayat yang ana tersentuh
Ustaz Kazim Elias malam tadi ada menyebut lebih kurang macam ini, “kita tidak boleh
paksa orang untuk mengikut kita, tetapi asalkan dia Islam sudah cukup bermakna
untuk kita.”
Oh Ibu-Ibu
Semalam ana luangkan masa bersama
adik untuk melawat sahabatnya di Hospital Sg. Buloh. Tidak tahu mengapa semalam
banyak benar pemandu-pemandu nak langgar kete Avanjo ni. Masuk lane tengah ala2
“potong sayur”, tak bagi signal masuk simpang, memotong dari kiri, sipi-sipi
je..memandu ni memang kena banyak sabar Allahuakbar..alhamdulillah sampai juga
ke sana.
Nak dijadikan citernye kami
datang terlalu awal, lebih kurang jam 3 petang. Waktu lawatan yang ditetapkan
jam 4.30 hingga 7.30 malam. Kami pun terpaksalah menunggu lama, sambil ana
pergi cari buah-buah sikit untuk kudapan. Sepanjang duduk di bangku hospital,
lebih kurang 20 orang lebih ibu-ibu..berjalan keluar dari hospital bersama
suami dan cahaya mata baru mereka. Kesian tengok si Ibu berjalan
perlahan-perlahan ke kenderaan sambil ditemani suami masing-masing.
Si ibu & ayah senyum melihat,
sejuk hati tengok wajah anak kelahiran, pengorbanan tak ternilai. Setiap
langkah Ibu menatang kesusahan, sebanyak pahala berjihad di medan perang.
Semoga Allah memberkati mereka semua, baby comel soleh solehah aminnn.
Ada petua sedikit dari ana, antara
amalan surah-surah pilihan yang terbaik untuk dibaca dan didengar semasa
kehamilan bagi ibu-ibu :
·
Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan
·
Surah
Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang
sabar dan taat
·
Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik
jiwa
·
Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak yang cantik rupa
& cantik akhlak
·
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat
berhati-hati
·
Surah
Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak
terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
·
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
·
Surah
An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
InsyaAllah, segalanya dengan izin
ALLAH..berusahalah ALLAH akan memberi =)
Manisnya mengatasi Aiskrim
Perkongsian untuk antum semua,
semalam ana pergi ke ceramah perdana Ustaz Kazim Elias di Surau al-Mustaqim,
surau tersebut menawarkan aiskrim kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis
tersebut. Sesuatu yang menarik perhatian yang boleh diambil untuk menarik minat
kanak-kanak. Pendekatan dakwah bil hal yang bagus dan jarang sekali dilakukan.
Slot ceramah diadakan selepas
solat Magrib berjemaah. Ustaz Kazim Elias tidak boleh lari dari ceramah yang
mengasyikkan dan menceriakan, bahkan ilmu-ilmu yang disampaikan berkaitan
dengan permasalahan semasa yang kita lalui seharian.
Beliau menyebut, tempat yang
paling tenang sekali atas dunia ini adalah Rumah Allah, segala-gala jawapan
tentang kerungsingan di hati dan fikiran akan terubat di Rumah Allah, jika di
Rumah Allah hati pun tak tenang, maknanya ada something wrong namanya. Jika kat
rumah jiwa tak tenang datanglah ke masjid/surau, insyaAllah yakin bahawa Allah
akan memberikan ketenangan ke dalam diri kita. Setiap masalah ada solusinya.
Tempat yang paling selamat pada hari kiamat adalah Rumah Allah.
Ustaz Kazim, menyatakan nikmat
kebahagiaan di dunia itu ada 3 :
1. Isteri
yang solehah
2. Rumah
yang bagus
3. Kenderaan
yang bagus
Tetapi kebahagiaan yang sebenar
adalah IMAN, Iman adalah nikmat yang paling besar dan utama di sisi ALLAH
Taala. Ustaz pesan “Kalau nak cari calon , carilah yang beragama, Ustaz tu
title je..yang paling penting cari yang beragama, tukang masak yang beragama,
kalau pegawai, pegawai yang beragama, kalau jurutera, jurutera yang
beragama..selamat berbahagia insyaAllah ^^.)
“kalau tak dapat aiskrim pun takpe,
IMAN ada lagi manis.”
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Tiga
perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia
memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada
selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci
untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke
dalam Api Neraka."
(Hadis
Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selamat merasai kemanisan IMAN
& aiskrim hihi =)