By : Selimutsura
"Mahu jadi suami kamu perlu memahami, erti sebenar pernikahan." Kata Pak Ajmil pada Eimam.
Perkahwinan bukannya kita masih berfikir
"main pondok-pondok" atau "main kawen-kawen."
Pernikahan adalah satu tahap yang berbeza. Sebelum ini kalau hidup membujang, makan pun sorang-sorang, dengan kawan-kawan. Kalau pergi jalan-jalan, keputusan sendiri-sendiri takpun syok dengan cadangan sendiri. Beli barang kat pasaraya pun, baju kemeja T, seluar panjang, kopiah dll, ubat gigi pun beli yang paling kecik.
"Satu soalan..apa yang kamu faham tentang kahwin ni?"
Eimam terkebil-kebil mahu menyatakan jawapan. Soalan Ondspot macam kena speedtrap dengan AES.
"Biasanya orang beri jawapan, kahwin ni kita nak ada teman hidup sampai akhir hayat..lagi nanti ada orang jaga makan minum...lagi boleh jadi tempat merajuk dan berkongsi cerita...lagi boleh berkongsi tawa dan tangis..lagi dan lagi dan lagi...
Ada juga orang bagi jawapan,..saya nak ikut sunnah sebab Nabi S.a.w kahwin, ohhh ..sebab saya nak pelihara nafsu dari melakukan maksiat, ohhh..saya mahu cinta yang halal dan diredhai Allah, sebab...saya mahu ini, mahu itu."
Eimam masih kabur, dalam hatinya. "Habis tu apa sebenarnya perkahwinan itu Pak Ajmil?"
Pak Ajmil, berasa lucu dengan sikap Eimam yang menggaru-garukan kepalanya.
"PERKAHWINAN itu ialah IBADAH!!!"
Kalau kamu kata boleh jadi teman kongsi bercerita, jaga makan minum, tawa dan tangis, pergi jalan ada teman, sana sini..itu BIASA! Macam orang lain yang berkahwin lalui. Sama je la..harian kamu.
Kalau kamu kata ikut sunnah Nabi berkahwin, orang yang bukan Islam juga kahwin cuma cara yang berbeza. Orang Kristian kahwin dengan cara mereka, orang Hindu kahwin dengan cara mereka. Bukan mahu menidakkan, betullah kita ikut sunnah Nabi Muhammad S.a.w yang mulia, suruhan ALLAH yang Tahu fitrah hambaNya.
Tetapi..dalaman, spiritual yang terkandung dalam PERNIKAHAN itu-nilai IBADAH. Seperti mana yang diekstrakkan dan dipraktikkan oleh Baginda S.a.w sebagai suami yang memahami erti perkahwinan.
Orang bukan Islam, nikah itu IBADAH kah?
Orang Beriman memandang
~Nilai IBADAH itukan tinggi disisi ALLAH, ada pahala yang besar~
Contoh :
Rasulullah S.a.w, suami membantu isteri melakukan kerja rumah, itukan indah kerana IBADAH. Bila datang waktu solat, Baginda S.a.w pun segera ke Masjid.
Rasulullah S.a.w, berkejar-kejaran dengan Saidatina Aisyah R.a, itukan indah bila kejar-kejaran itu IBADAH.
Rasulullah S.a.w melihat wajah isterinya Saidatina Khadijah R.a, lalu tenteram jiwanya malah bersemangat untuk bekerja, itu juga indah kerana ada IBADAH disitu.
Bilamana ia adalah IBADAH, pernikahan itu membuatkan kedua-duanya bersaing untuk memperoleh PAHALA disisi ALLAH Taala.
Itulah bukti anda sedang berCINTA.
Ada FAHAM! Eimam!" Pak Ajmil, mengusik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-Ayat Cinta
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.”
(Ar-Rum | 21)
---------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:
“Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik
tingkahlakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya.”
(Riwayat
al-Tirmizi)
----------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:
“Sebaik-baik perempuan/ isteri ialah bila
engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau, dan bila engkau suruh dia
mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik
terhadap engkau, dan bila engkau tiada di rumah dia menjaga dirinya dan harta
engkau.”
(Riwayat
al-Nasai)
---------------------------------------------------------------
Seorang suami, menjadi pelindung bukan saja di dunia, tetapi menjadi pelindung kepada isteri dan keluarganya dari api neraka.
..kerana Nikah itu Ibadah..
Berkayuh Untuk Bernikah!
wallahua'lam, tegurlah saya ya!
Perkongsian dari yang lebih ariiiiffff.. ^^)
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.